KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Jadi, aktiviti menonton Tanda Putera di pawagam secara percuma pula tue telah pun menjadi aktiviti yang diberikan markah merit kepada mahasiswa2 di UMP..
Tak sangka program macam neh pun boleh diberikan markah merit.. tak nampak pun macam aktiviti yang ilmiah melainkan menghabiskan duit je.. dari mana agaknya mereka mendapatkan duit untuk menaja mahasiswa2 ini supaya menonton Tanda Putera?
Lihat bawah ;
Dah jadi sesi troll budak2 UMP kat page dorang.
Rujuk ==> https://www.facebook.com/umptroll
Cadangan buang masa pula tue ;
Genre filem neh fisyen. Rekaan. Bukan mewakili fakta. Bahkan banyak kali dinyatakan bahawa ia adalah hasil persepsi oleh pengarahnya. Dia menyangka perkara seperti itu wujud tetapi tak bermaksud bahawa perkara seperti itu benar2 wujud. Ia tak boleh dijadikan sebuah karya rujukan dari segi fakta. Jika rujukan hasil kerja seni dan yang berkaitan takde hal. Tapi kalau nak anggap ia karya sejarah dan fakta itu salah.
Cuba bawah pula komen2 yang dipetik dari wall Zaharin = ORANG UMNO mengenai Tanda Putera ;
Saya nak bercakap benar bahawa Lim Kit Siang bukanlah nama penting dlm isu Mei 13, nama yang hebat masa itu ialah Chan Man Hin, Goh Hock Guan, Fan Yew Teng. Pergilah rujuk dengan Lee Lam Tay.. dia juga banyak mengetahui peristiwa Mei 13, 1969. Bila pemimpin UMNO tak baca sejarah itulah jadinya. Saya bukan menyokong DAP dan Lim Kit Siang.. tetapi kita mesti berlaku adil kepadnya.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia tidak memainkan isu perkauman.. dia main sentiment kaum buruh dan pekerja. Ingat masa pilihanraya Mei 1969.. Presidennya Syed Husssein A Attas. yang menulis banyak buku soal rasuah dan pertarungan klas..
Saya kata adil kepada LIm Kit Siang bukan kepada DAP.. Dlm Islam keadilan adalah perhitungan manusia. Saya telah menyertai berbagai forum dan sebagainya dlm isu Mei 13, jika saya kata.. punca Mei 13 adalah kerana UMNO kalah di Selangor... lagi orang marah.. Itu yang saya bertanya masa Mei 13, Perikatan kalah di Pulau Pinang.. sepatutnya Mei 13, mesti berlaku lebih teruk di Pulau Pinang.tetapi tidak kerana masa ceramah2 Gerakan di Pulau Pinang masa itu, isu perkauman tidak di bangkitkan..
Pada 8hb Mei 1969 saya ke Trengganu meliputi berita PrU di sana.. balik ke K. Lumpur..pada 11hb Mei 1969.. Pada 12hb Mei 1969 meliputi berita kemenangan parti pembangkang di Jalan Sultan dan Jalan Petaling. Pada 13hb Mei 1969 jam 2.00ptg di rumah Menteri Besar Selangor untuk mebuat liputan perjumpaan semua wakil2 rakyat Selangor, kerana Perikatan Selangor tidak boleh membentuk Kerajaaan.. tetapi menjadi satu perhimpunan orang2 Melayu untuk berarak.. Segala butir apa yang berlaku dirumah datuk harun.. ditulis secara novel oleh Sdr Marwilis.. bekas Exco dan waki rakyat Selangor yang berkerja dengan Datuk Harun.. pergi cari bukunya atau jumpa dia.. beliau masih hdup lagi.
Lelaki berbaju putih di kenali dgn nama Uncle Don anak Tsri Taib Andak. Beliau macam anak angkat Tun Razak Hussein. Di kira agak rapat dengan Tun Razak. Banyak perkara yg dia tahu. Dia pun menggeleng kepala fasal kisah Tun Razak dlm Tanda Putera.. tak betul tu katanya...
Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200565036988180&set=a.2029934147766.2105131.1226460439&type=1&relevant_count=1
Saya rasa Tanda Putera sudah di tayangkan kepada pembesar UMNO, kerana mereka agaknya menontun filem pakai mata sahaja tampa fikir.. mereka tak nampak satu kesan yang boleh merosakan UMNO dan menjatuhkan maruah pemimpin yang sudah meninggal dunia itu. Ada satu babak menunjukan Tun Razak menalipon Tun Dr Ismail minta Tun Dr Ismail masuk kerajaan balik. Apa Tun Ismail jawab? nak tanya Neno (Toh Puan) dulu. Maknanya sehebat mana pemimpin UMNO ini semua bergantung kepada isteri membuat kelulusan dulu. Eloknya babak itu di potong sahaja walau sebenarnya ada berlaku percakapan itu. Agaknya jika Neno kata 'jangan', maka tidak Tun Dr ismail Abd Rahman di anggap negarawa tersohur. dia akan mati..sama saperti bekas2 menteri yang lain, yang di ingat dlm 100 hari sahaja.
Petang tadi berbual panjang dengan Datuk Samad Maharuddin, abang tua saya dlm politik. Beliau pernah berkerja sebagai pegawai Akbar dengan Datuk Harun Idris. Kami bertukar maklumat dan dia membenarkan sebab kami sama2 berada masa petang Mei 13 di rumah MB Selangor bermula rusuhan kaum. Datuk Harun Idris pakai baju putih lengan panjang yang di sensing sampai kepengkal lengan, dia berucap atas Bas Sri Jaya yang membawa pekerja2 bas itu untuk ikut sama berarak, Dlm filem 'Tanda Putera' Datuk Harun Idris berucap pakai bush jacket dan kemudian dia pitam@pengsan.. sebenarnya tidak begitu.. Datuk Harun Idris masuk kerumah untuk berjumpa dengan wakil2 rakyat Selangor. Dan kami setuju dengan desakan Lim Guan Eng akan babak kencing bendera Selangor dirumah MB Selangor di tiadakan, kerana tiang bendera itu dlm kawasan rumah.. tak ada sesiapa yang masuk.. yang ada ialah pada Mei 12, ada kumpulan bersorak-sorak depan rumah itu.. Sepatutnya Finas dan Suhaimi Baba perlu berhati-hati bukan main hentam kromo nak menghabiskan grant RM4.4juta..
Filem 'Tanda Putera' sebuah filem yang tidak bermutu dan merosakan fikiran rakyat. Sebaik jangan di bawa anak2 melihatnya.. Langsung tak ada faedah dan kesan.
Pada Mei 13, Kerajaan Selangor tidak ditubuhkan, semua calon2 BN yang menang di panggil kerumah MB Selangor..
Rujukan : https://www.facebook.com/zaharin.m.yasin?fref=ts
Zaharin orang UMNO, bukan orang PR. So orang2 UMNO yang taksub melulu pasal Tanda Putera patut membaca kritikan Zaharin dengan ahti yang terbuka sebab dia antara individu yang terperangkap dengan insiden tersebut. Bukan based on cakap2 mulut dan sebagainya. Aku dah lama follow dia. Orang UMNO yang berbahas, berhujah dan berani menyatakan pendapat memang layak dihormati berbanding orang UMNO yang merepek tak tentu hala, bercakap tanpa fakta dan suka fitnah sentiasa.
Lue fikirlah sendiri.
Bai.