Allah, mahu aku menentukan harga barang sekian2 macam neh. Kalau mahal, mahal la. Itu sebab Allah yang tetapkan. Kalau murah, murah la. Itupun sebab Allah yang tetapkan.
Macam neh ka?
Bagus. Menambahkan kekeliruan di kalangan umat islam dan umat non islam di Malaysia. Lepas neh kalau ada yang salah faham terhadap Islam usah la kita dok canang pongpang2 salahkan mereka. Ini kerana salah faham ini tidak timbul dengan sendirinya. Ia bersebab. Dan boleh jadi ia kerana Allah yang tetapkan juga, betul tak?
KAH KAH KAH
UFB menulis dalam kolum cetusan yang diterbitkan oleh SH
Kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan. Ia bukan suatu disukai dan diraikan, ia adalah azab, penderitaan bagi orang miskin.
Seseorang memiliki akidah lurus sentiasa mengaitkan apa yang terjadi, baik nikmat mahupun azab kepada ALLAH. Hal ini ditunjukkan dalam satu peristiwa di mana harga barang di pasar Madinah menjadi mahal pada zaman Nabi. Anas bin Malik ra. berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’”UFB,
Para sahabat meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang miskin dapat membeli dengan harga mampu milik. Namun mungkin kita tidak sangka Baginda enggan memenuhi permintaan itu antaranya kerana bimbang menzalimi peniaga.
Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Abu Daud)
Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini. Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.
Perintah ini sejajar dengan hadis kenaikan harga tadi, juga sabit dalam sabda Nabi, “Jika suatu musibah menimpamu, jangan kamu berkata: ‘Kalau aku lakukan begini tentu akan jadi begini dan begini’. Tetapi ucapkanlah, Qaddarallah wama syaa-a fa’al, kerana ‘kalau’ membuka pintu syaitan. (Riwayat Muslim)
Di samping itu, menjadi kewajipan atas manusia untuk beriman bahawa yang meluaskan dan menyempitkan rezeki adalah ALLAH semata, dalam erti kata turun naik harga barang tidak mempengaruhi rezeki. Ini sebagaimana firman ALLAH, “ALLAH meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
Sabda Nabi SAW, “Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan tawakal yang sebenar pasti ALLAH memberi kamu rezeki sepertimana Dia memberi burung rezeki. Burung pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petangnya dalam keadaan kenyang.” (Sahih. Al-Tirmizi)
Bukanlah rezeki menjadi luas dan sempit kerana manusia, bukan juga yang memberi rezeki itu kerajaan atau diri sendiri, sebaliknya semua daripada ALLAH. Naik dan turun harga barang juga daripada ALLAH. “Segala nikmat yang ada padamu dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.” (Al-Nahl: 53)
Dia pernah tak amek tahu kenapa harga barang jadi mahal di zaman Nabi SAW? Itu kalau citer di atas neh betul la. Jangan salah faham. Aku tak pernah ragui hadis. Tetapi aku seringkali terfikir, adakah tafsiran hadis tersebut merujuk kepada tafsiran yang benar2 berlaku pada zaman itu.
Jika benar harga barang MAHAL di zaman Nabi SAW, apakah sebabnya harga barang tersebut MAHAL? Apakah situasinya? Adakah merujuk kepada semua jenis barang? Atau adakah merujuk kepada barang2 tertentu? Jika barang2 tertentu, barang apa? Adakah barangan tersebut merupakan barangan keperluan harian orang miskin? Dan Nabi SAW pula pemimpin yang macam mana?
Adakah jika BARANG NAIK = ada saluran2 yang membolehkan NABI SAW rembat duit tersebut untuk kepentingan diri sendiri?
Harga barang mahal di zaman Nabi SAW [jika benar] mungkin merujuk kepada perubahan status ekonomi ketika itu. Mungkin kerana peperangan. Aku tidak tahu. Tetapi orang miskin di zaman NABI SAW bukan macam orang miskin di zaman sekarang. Orang miskin di zaman Nabi SAW, mereka ada NABI SAW. NABI SAW = adil, jujur dan amanah.
NABI SAW hulurkan bantuan untuk orang miskin. Takde biokrasi, takde karenah merepek, tak payah masuk paper, tak perlu merayu. Situasi dia. Ko susah, mereka nilai [sahkan cerita tersebut] dan mereka bantu. Situasi sekarang. Ko susah, bila nak minta bantu banyak cerita, sampai kes malukan orang pun ada, muka masam macam la semua yang susah tue harus di layan bagai sampah.
Ketelusan zaman Nabi SAW adalah jauh api dari panggang nak dibanding dengan ketelusan zaman BN. Bab aurat pun fail, jangan sembang kencang bab barang naik pula. Itupun ada ahti nak heret Allah. Konon nya Allah menetapkan harga barang itu mahal dan murah. Tafsiran secara rambang ini mengelirukan.
Jika dia pencuri, maka Allah tetapkan dia seorang pencuri?
Jika dia penzina, maka Allah tetapkan dia seorang penzina?
Harga barang MAHAL, maka Allah yang tetapkan ia begitu?
Apabila kita buat benda jahat, buruk, ia bukan kerana Allah tetapkan begitu. Ia berlaku kerana kita yang mahukan begitu, dalam waktu yang sama Allah membenarkan keinginan kita.
Sama juga konsepnya dengan harga barang MAHAL. Harga barang MAHAL bukan salah pun. Jika semua orang kaya raya dapat beli harga barang yang MAHAL2, ada masalah ka? Salah ka? MAHAL itu subjektif. Bergantung kepada cara kita memandang ia. Namun generally, ia tidak lari dari pendapat majoriti.
Rezeki memang luas. Tetapi bukan bermaksud bila rezeki luas, ko boleh la naikkan harga barang sampai nasi 1 pinggan harganya rm1 juta. Dalam perincian perniagaan pun, telah Allah tetapkan pembahagian keuntungan. Dalam pentadbiran, telah Allah tetapkan juga bahawa pemimpin2 perlu bersikap adil dan jangan sesekali membenarkan polisi yang menindas rakyat.
Tak rasa ke hujah2 ini sebenarnya islam against islam?
Eh, dalam isu BARANG MAHAL, islam cakap macam neh.
Eh, dalam perniagaan begini pula hujah islam.
Eh, dalam pentadbiran, ini pula pendapat dalam islam.
Barang mahal bukan isu utama. UFB belum faham situasi sebenar. Bahkan dia baru je membentuk pemikiran yang ISLAM against ISLAM. Hujah2 dalam ISLAM sedang membantai sesama sendiri.
Yang orang persoalkan bukan kerana barang mahal. Yang orang persoalkan ialah sejauh mana harga barang tersebut mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya harga barang A = mahal. Kerana? Kerajaan kenakan cukai yang tinggi. Kenapa? Nak senangkan kroni dan poket sesetengah pihak supaya pemimpin2 tersebut boleh menjadi kaya dan hidup senang lenang meskipun pelbagai kelompok rakyat dianiaya dan tertindas. Kesan dari penganiayaan tersebut akan menyebabkan rakyat sesama rakyat pula saling menindas dan zalim menzalimi kerana dibentuk oleh sistem tersebut.
Lain la kalau barang B = mahal. Kenapa? Kos operasi tinggi. Ataupun, barang C = mahal. Kenapa? Cukai tinggi. Kenapa? Nak bagi pendidikan dan perubatan percuma untuk rakyat marhaen. Bayar mahal untuk barang C tapi mereka beroleh kemudahan / kesenangan dalam bentuk yang lain pula.
Tetapi adakah ini situasi kita? BARANG MAHAL bukan isu. BARANG MAHAL disebabkan penyelewengan dana kerajaan dan kelemahan pentadbiran [tidak telus, amanah] itu merupakan satu isu. Dan adakah ini situasi di zaman Nabi SAW yang menyebabkan harga barang mahal ketika itu [jika benar] ?
Tak boleh guna terma kalau2 katanya. Kalau PR perintah, barang tak naik. Itu salah. Tapi terma kalau2 boleh digunapakai untuk tuduh PR sokong LGBT. Kalau PR naik, negara jadi negara komunis. PR akan amalkan pluralisme. Kalau2 bersifat tuduhan, fitnah ke atas PEMBANGKANG dibolehkan. Kalau2, bersifat fakta ke atas BN, tidak boleh?
Maaflah. Aku pegang teguh pada Islam. Tapi bukan pada ustaz atau ulama. Kalau aku pegang pada ustaz, tatau berapa kali aku murtad. Sesungguhnya aku tidak percaya dan tidak akan percaya sampai bila2 pun bahawa Islam membenarkan penindasan dalam apa juga cara dan keadaan sekalipun. Manusia ada kecenderungan untuk melakukan tafsiran yang salah. Berhenti gunakan nama Nabi SAW dalam citer2 politik hari neh. Ia terlalu menyakitkan ahti aku, bila ko nak ajak orang sokong BN, ko gunakan nama Nabi SAW sesuka ahti. Tetapi akhlak Nabi SAW, nak capai 20% yang pemimpin2 ko tiru pun, HARAM.
Jika selepas ini non muslim dok sindir2, perli2, owhh rupanya Nabi SAW pun sokong BARANG MAHAL, Islam pun sokong BARANG MAHAL, disebabkan penerangan yang tidak menyeluruh, bersifat terpilih dan sekerat2 oleh sesetengah pihak, lue fikirlah sendiri. Jangan sesekali salahkan mereka atas kekeliruan yang korang sendiri timbulkan. Tolongla.
BTW, untuk penulisan penuh oleh UFB, baca sini ==> http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/harga-barang-ketetapan-allah-1.199821