Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 September 2013

Ahmad Maslan Kena Balon Di Facebook Kerana Anggap Rakyat Malaysia Semua nya BODOH.



Jangan.

Jangan sesekali beranggapan bahawa keseluruhan rakyat di negara ini bodoh2 belaka. Itu satu tindakan yang tidak bijak sama sekali. 

Menurut Ahmad Maslan ;

Penggunaan RON 95 mengikut pendapatan isi rumah ;

RM3,000 ke bawah = RM132 sebulan.

RM5,000 ke bawah = RM375 sebulan.

Sejurus data ini disiarkan di saluran berita Astro Awani, Ahmad Maslan mendapat kritikan balas yang sangat2 negatif dari warga maya. Bayangkan saja ulasan yang 'diterbitkan' oleh seseorang yang duduk dalam kementerian kewangan..

Bukan jawatan cikai2. Taraf menteri pula tue.

Tapi tak aneh sebab PM kita si Najib tue pun anggap BRIM RM500 cukup untuk setahun kan?

KAH KAH KAH

Isu penting. Menjawab kepada soalan. Ahmad Maslan salah. Jika ini ialah purata [sebab takde perkataan purata pun kat situ] pun ia tak tepat. Pengiraan ini sebenarnya menyinggung perasan rakyat jelata di negara ini.

Ahmad Maslan, ketahuila. 

1. Jumlah penggunaan minyak secara bulanan tidak boleh ditentukan melalui tangga gaji. Kalau kita nak kira jumlah penggunaan minyak, kita tengok jenis kereta [enjin berkuasa besar atau kecik], jarak ulang alik dan juga berapa kali kita gunakan kenderaan kita dalam sehari.

2. Tak semestinya gaji besar guna kereta besar gaji kecik guna kereta kecik. 

3. Ahmad Maslan mungkin merujuk kepada mereka2 yang dah berkeluarga. Tapi tak semestinya dalam satu2 keluarga tue ibu dan bapa bekerja. 

4. Begitu juga tak semestinya satu2 keluarga itu boleh menggunakan kereta kecil semata2 hanya kerana mereka mahu begitu. Kalau ada anak 5,6 mana boleh guna kereta kancil.

5. Begitu juga bagi mereka2 yang tinggal di luar bandar. Bagi yang tempat kerja jauh, bagaimana? Dengan gaji kecik, guna kereta kecil pun kos tetap meningkat disebabkan faktor tak mampu beli / menyewa rumah di kawasan tengah2 bandar atau berdekatan dengan tempat kerja. Ini bermaksud kemungkinan besar orang2 yang bergaji kecil perlu keluarkan lebihan wang untuk minyak berbanding orang2 kaya sebab lazimnya orang2 kaya tinggal di kawasan bandar dan orang2 yang kurang berduit tinggal di kawasan pinggir bandar berdasarkan kemampuan mereka yang mampu beli/sewa rumah dengan harga tersebut.

6. Orang2 yang bergaji kecil tak semestinya menggunakan motor. Jika RM135 sebulan untuk MOTOR agak logik. Bergantung kepada jarak juga la. Dengan jumlah berapa kali dia gunakan motor tersebut dalam sehari. Tapi still tak bergantung kepada gaji. Sebab ada juga orang2 kaya yang berpendapatan besar menggunakan motor untuk pergi kerja. Macam salah seorang yang aku kenal kat sini. Melayu kaya, ada kedai, dekat rumah, naik motor je pun.

7. Jumlah penggunaan minyak memang tidak boleh diukur melalui pendapatan. Ada jenis2 kenderaan memang jenis jimat minyak dan ada juga yang sebaliknya.

8. Apa yang Ahmad Maslan boleh buat ialah kira purata penggunaan minyak sehari2 oleh rakyat Malaysia dan perbelanjaan minyak seharian oleh mereka. Memang tak boleh dipecahkan ikut pendapatan sebab tak logik. 

9. Buat kira2 sebelum dan selepas kenaikan 20sen. Bandingkan. Tengok sejauh mana peningkatan perbelanjaan itu berlaku dari segi minyak jek.

Gaji bulanan yang kita dapat tak menentukan berapa banyak kita gunakan minyak sehari2. Hampa ada menteri yang berfikir macam neh. Berapa banyak pula harga minyak yang dikeluarkan oleh menteri2 kita? Gaji mereka lagi besar, betul tak? Ada keluarkan RM375 sebulan tak? Ataupun sebenarnya tak keluarkan duit satusen pun sebab minyak SPONSOR?

Nampak tak kat situ bagaimana gaji tidak memainkan peranan terhadap jumlah penggunaan minyak sehari2 oleh rakyat Malaysia?

Sesiapa yang ada link dengan Ahmad Maslan, direct link tolong la bagi artikel neh kat dia. Aku percaya dia sebenarnya dah kena kelentong dengan orang2 yang bekerja dengan dia [sangka baik]. Aku percaya orang2 yang bekerja dengan dia sedang membodek dia tahap dewa. Sampaikan info2 merepek begini pun boleh lepas kat pihak media. Tolong la bagi dia baca apa yang aku tulis neh. Kalau ko sedara mara Ahmad Maslan pun takpe. Lepas baca2 bagitau la kat dia. Tolong la. Rakyat di negara ini tak boleh bear dengan satu lagi menteri2 yang kurang cerdik untuk mentadbir negara ini. We had enough. Seriously, enough.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...