Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 September 2013

Protes Seret Motor PAS GAGAL?

Sempena kenaikan harga minyak. PAS ada buat kempen. Mari la kita semua melakukan satu siri protes besar besaran..

Ya, protes apa tue Ustaz?

Seret motor. Kita seret motor tanda minyak takde. Minyak takde sebab duit takde. Duit takde nak beli minyak mahal.


Idea neh tidak teruk pada aku. Aku sentiasa meraikan semangat rakan2 seperjuangan. Pada aku, ada idea, usahakan ke arah itu adalah sejuta kali lebih baik daripada tak buat apa2.

Daripada kondem idea orang tapi tak bagi langkah alternatif nak buat apa. 

Tapi sayangnya ada sesuatu yang tak kena dengan protes ini. Apa dia? Yang tak kena kat protes neh ialah dari segi ruang promosinya. Siapa tahu bahawa jumaat ini akan ada protes seret motor? Ko tahu? AKu pun tatau kalau aku tak nampak orang kutuk2 program neh.

KAH KAH KAH



Kenapa tak ramai yang sebarkan perkara ini ek? Adakah kerana kena seret motor? Pendapat aku sendiri. Ikhlas. Aku fikir perkara ini menyusahkan. Kena heret motor pula. Awak dah le tengah bengang sebab BN naikkan harga minyak. Lepas tue awak penatkan pula badan awak dengan heret motor. Entah nak kena heret berapa lama. Berapa jauh. Berapa ramai pula tue. Semua orang ada motor ke. Semua VVIP yang turun berdemo heret motor sekali gak ke. Atau rakyat je yang seringkali kena heret, seret dan berdepan apa bagai dengan segala bagai tue?

So soalan2 ini terfikir dalam kepala hotak aku. Tapi tak bermaksud program ini tidak baik. Ia cuma soalan2 yang terbit dalam benak aku. Itu saja. Dah namanya soalan. Dan soalan pasangan nya jawapan. Maksudnya kat sini soalan2 dalam kepala hotak aku memerlukan jawapan. Bukan maki hamun marah tuduh menuduh ataupun respon royanan.

Dari apa yang aku lihat juga. Sisi positif. Jika protes ini berjaya menghimpunkan orang ramai ia sebenarnya memberikan impak yang besar. Ia boleh mendapat millage berita dalam dan luar negara. Sekaligus memberikan impression kepada kerajaan dan dunia luar apa yang rakyat Malaysia rasa mengenai tindakan kerajaan baru2 ini yang menaikkan harga minyak disamping keadaan rakyat yang sedia terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Pun begitu. Sambutan umum terutamanya aktivis mengenai protes ini agak dingin. Lihat aje di ruangan FACEBOOK. Tak ramai yang tahu apatah lagi hampir tiada orang yang mempromosikan ia. Aku tak sure kenapa. Tapi aku syak ia mungkin ada kaitan dengan penganjur protes ini yang mana dia ada hubungan yang tidak baik dengan para aktivis2 pro rakyat dan juga dengan geng2 PKR. Beberapa kali siri pertengkaran yang mengeruhkan hubungan PAS dengan PKR sebenarnya memberikan gambaran yang tidak sihat tentang tuan punya badan.

Begitu juga siri2 pertengkaran dengan sesama pemimpin2 PAS.

Aku tiada pendirian yang konsisten tentang hal2 pertengkaran dan perselisihan faham tersebut. Walaupun jauh disudut ahti, aku rasa semua itu adalah bullshit. Orang sibuk lawan BN, korang sibuk gaduh sesama sendiri.  

Apa yang aku tahu aku cuma mahu lawan kezaliman dan kezaliman itu ialah penindasan ke atas rakyat. Segala usaha yang dibuat jika bertujuan untuk menyuarakan hak rakyat aku akan sokong. Sepertimana yang aku dah sebut tadi, idea bila disusuli dengan usaha, aku akan raikan. Aku raikan bukan bermaksud aku kata idea tersebut idea terbaik. Aku raikan kerana sekurang2nya mereka ada usaha untuk lakukan sesuatu daripada tak buat apa2..

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...