2 keputusan penghakiman yang berbeza tetapi melibatkan peserta2 demo di negara neh. Kedua2 kes telah menyebabkan OKT dipenjarakan dengan setahun dan dua tahun.
Kes pertama melibatkan 13 peserta demo yang melawan rampasan kuasa di Perak. Rujuk sini.
Kes kedua pula melibatkan seorang peserta demo yang menyertai perhimpunan BERSIH 3 sehingga terlibat dalam konflik yang tidak disangka2.
Kes berlaku di Terengganu. Penoreh getah yang berusia 26 tahun dihukum penjara setahun dan denda RM5,500 setelah didapati bersalah dalam 3 pertuduhan.
Yang pertama ;
Rosakkan kereta polis.
Yang kedua ;
Cederakan pegawai polis yang bertugas.
Yang ketiga ;
Cederakan wartawan Alhijrah.
Kenapa demo yang begitu aman seperti BERSIH boleh bertukar menjadi GANAS? Mestilah sebab ada tukang yang buat PROVOKASI. Bila ada rakan2 perjuangan kita gagal menahan EMOSI maka mereka terperangkap lalu bertindak melakukan sesuatu yang mereka tak pernah ada niat nak buat pun.
BTW, yang aku heran, berlambak2 rakyat kena bantai walaupun tak buat salah pada demo BERSIH 3 tue apa citer pula?
Aku tak kata mencederakan POLIS itu betul. Merosakkan kereta polis itu betul. Ataupun memukul wartawan Alhijrah itu betul. Harap faham disini ye.
Cuma aku kata kita perlu memahami kenapa rakyat marah sangat pada demo BERSIH 3. Bahkan selepas demo BERSIH 3 siri2 demo selepas itu pun RAKYAT jadi semakin MARAH dari hari ke hari. Ini kita kena fahami juga.
Apa pun tindakan keras dan tegas hakim negara ini berkaitan dengan peserta2 demo menyebabkan aku memikirkan sesuatu. Apakah ini satu hint atau amaran langsung kepada rakyat bahawa jika kita melibatkan diri dalam apa juga demo, dan jika kita ditangkap, maka kita akan didakwa tanpa kompromi. Oleh kerana aktivis2 seringkali terlepas dengan denda akibat kutipan derma orang ramai, maka mungkin sudah sampai masanya penjara adalah tempat untuk mengendurkan semangat juang pejuang2 rakyat di negara ini?
Jika ya apakah strategi mereka berkesan pada tanggapan korang?
Baca lanjut disini ==> http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/jail-and-rm5500-fine-for-rubber-tapper-who-joined-bersih-protest-bernama