Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Julai 2011

Pengalaman menyertai demo bersih 2.0 - part II

Ketika aku menjejakkan kaki di depan pintu masuk kl sentral, aku melihat banyak polis  berkawal di depan bangunan. Aku tengok ramai gak orang macam dalam keadaan yang berjaga-jaga. Maybe matlamat dorang sama macam matlamat aku. Nak sampai di tempat perhimpunan sebelum ditangkap. Andai di tangkap di tengah2 perjalanan, memang dah takde erti. Kalau sungguh nak tangkap, biar tangkap ketika kita pergi berdemo. Baru puas ahti.

Antara gambar yang aku captured dalam keadaan takut-takut.



Masuk je aku dalam kl sentral aku dah melilau cari station LRT. Disebabkan kerabunan aku maka aku ada lah tersasar dua tiga kali. Heheh. Cari punya cari sampai tersesat kat cafe. Masa kat luar cafe tue lah aku nampak pemandangan jelas dari atas bahawa polis memerhatikan ramai orang yang keluar masuk kl sentral. Kat kiri kanan pintu masuk tue ada polis berkawal.

Kat tengah2 pun ada polis. Selepas tue aku nampak ada pakcik yang asyik memerhatikan orang. Tapi pakai baju biasa. Maybe dia polis juga. Lepas tue ada 2 orang berjalan menuju ke aku. Bersembang pasal bersih. Berkobar2 je pakcik tue cakap yang bersih neh tiada matlamat dan tidak akan berjaya. Sapa kedua2 pakcik neh? Aku tak kenal. Tapi aku percaya dorang neh ada kaitan dengan operasi untuk halang bersih. Berpakaian kemas. Dan ada pakai pas.

Dan ketika itu, kat tingkat 2[agaknyalah kan] aku tengok ada banyak orang yang sedang melepak. Aku suspect mereka ialah wartawan. Mereka semua bawa kamera besar dan tunggu kat atas neh. Maybe dorang nak tangkap gambar. Kalau berlaku kekecohan, kira nya pemandangan dari atas neh memang lah sudut terbaik nak tangkap gambar dan rakam.

Setelah merayau-rayau hampir 15 minit mencari lrt yang sebenarnya tak jauh mana dari pintu masuk, aku pun sampai di station lrt. Tak perlu aku beratur sebab aku dah ada kad touch and go. Aku tengok punya lah ramai orang menunggu kat kawasan tersebut. Aku nampak polis merata-rata. Polis ada sportcheck beg seorang lelaki kat situ. Aku pergi dekat2. Aku dengar polis tanya nak pergi mana? IC mana IC. Then aku blah. Satgi dia minta IC aku plak. Kang tak sampai tempat demo, naya.

Bukan aku nak cakap apa, tapi aku percaya rata2 yang dok kat lrt tue seme nak pergi demo. Muka ada macam2 impression. Ada yang takut2. Ada yang slumber. Ada yang tengah fikir. Ada yang cuak2 perhatikan polis. Aku nya muka plak taktau macam mana. Kena tunggu laporan dari orang yang perhatikan muka aku pada hari tersebut lah. Hehehhe.

Ketika sampai pasar seni aku tengok dah ramai gila orang berhimpun kat sana. Tapi aku tak turun sana. Aku turun masjid jamek. Aku sampai masjid jamek polis kurung aku. Bila aku tanya kenapa, aku kena marah. Sioooot weh. Bukan aku tak faham kenapa mereka tutup pintu tapi nak tutup ke apa ke biarlah orang keluar. Yang nak kurung orang dalam station lrt buat apa? Aku sempat rakam neh ketika kena kurung dalam station lrt.


Selepas aku dan dua orang cina asyik2 tanya polis bahawa kami nak keluar, nak keluar, barulah ada polis lain datang buka pintu. Dia cakap buka2. Bagi lah mereka keluar. Biar2. Polis yang tak bagi keluar tue polis lain. Aku tahu ada polis baik ada polis yang tak baik. Cuma aku heran kenapa polis yang tak baik masih diberikan tempat untuk menjadi pegawai polis sedangkan mereka tidak baik?

Dapat je keluar aku terus menyertai kumpulan perhimpunan tue. Aku tanya dorang "kenapa tiba2 polis mai kepung sini? Kita bukan kumpul kat sogo ka?" Dia cakap, "mana ada kumpul. Orang nak solat tapi masjid tutup. Lepas tue tiba2 polis datang bagi amaran cakap kita berkumpul. " Then aku pergi tanya kat orang lain plak. "Apahal neh bang? Apahal polis kepung ramai2 neh padahal dorang seme neh cuma nak solat?" Peh tue dia jawab.. "polis tutup belakang jalan. Itu yang ramai2 kecoh neh. Tiba2 je tutup semua jalan keluar. Semua berkumpul lah kat sini. Jadi ramai sampai hujung jalan."

So aku taktau sebab sebenar mereka berkumpul. Yang aku faham reason mereka berkumpul tue berbeza2. Ada yang nak pergi solat tapi kena halang. Ada yang rasa gusar sebab polis tiba2 tutup jalan belakang. Jadi mereka yang berkumpul kat tengah2 neh jadi panik. Gila arh. Macam aku cakap, dorang neh cuma nak testing apa yang dorang belajar masa latihan dalam bentuk realiti je. Padahal isu neh kecik. Dorang takde sebab nak attack kita kat situ pada hari itu.

Selepas itu aku keluar dari jalan tue. Aku tengok ramai perhatikan dari seberang jalan. Then aku nampak sepasukan fru sedang berkawad. Perghh semangat gila wa cakap lue. Semangat nak balon rakyat. Tengok sini. Lepas aku rakam then aku join balik tempat perhimpunan tadi. Selepas 3 amaran diberikan oleh polis, maka polis pun menyerang lah kami. Walhal sebelum tue dah cakap kat polis bahawa kami bukan nak serang polis. Lihat video bawah neh ;



Selepas korang tengok video di atas neh, aku cadangkan korang tengok video neh plak. Korang leh nampak tak layanan berbeza di berikan oleh polis terhadap peserta bersih dan patriot. Korang fikir lah sendiri. Masing2 ada akal kan. 

Ameno : Polis, kenapa ko tak faham rakyat?

Nota : Pengalaman rakan facebooker yang menyertai demo bersih 2.0 disini dan disini

Share this

0 Comment to " Pengalaman menyertai demo bersih 2.0 - part II "

Catat Komen

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...