Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Julai 2011

Pengalaman menyertai demo bersih 2.0 - part 1



Best. Siyes best. Walaupun aku kena bantai dengan polis tetap aku rasa best. Best yang part demo. Yang part kena bantai tue aku kenang sampai mati. Bagi aku, rugi pada yang tak pergi. Aku akan pecahkan pengalaman aku kepada 2 ataupun 3 part. Ikut kesesuaian lah. Aku rasa ramai kot yang dah tahu aku pergi sana by bus. 

Awal pagi aku dah siap. Bebudak kampung aku yang pergi awal pagi dalam kol 2,3 pagi sebelum aku, seme kena tahan dengan polis angkut masuk balai. Kesian gak tak dapat sertai demo sedangkan dah datang jauh2. Dekat 30 orang kena angkut, manakala lagi 30 orang lepas. Mereka rombongan ramai2 dekat 60 orang. Kesemuanya ahli pas.

Bas berjalan pukul 8. Perjalanan memang cantik tapi bas kosong. Hairan gak aku. Sampai kat rawang kami kena halau naik bas lain plusliner tak silap aku. Sebelum kena halau tue drebar bas ada bagitau yang kita semua kena naik bas lagi satu untuk sampai ke kl. Dia tak boleh bawa. Law apa tue? As drebar bas, orang bayar ko dekat rm20 per individu untuk ko bawa orang ke kl. Tapi ko boleh plak humban kami seme kat rawang atas alasan ko tak boleh bawa sebab taktau jalan. Tah pape.  

Benda neh actually, takde issue pun pada aku. Sebab kami seme selamat sampai ke destinasi masing2. Cuma at least tunjukkan sikit rasa bertanggungjawab tue. Ini tidak, berlagak nak mampos. Salah satu sebab yang membuatkan aku bengkek gak dengan drebar bas neh ialah sikap kurang ajar dia dengan pasangan warga tua berbangsa cina kat dalam bas tue. 

Kesian aku tengok pasal uncle tue dah tanya baik2. Dan tetap tanya baik2 walaupun kena marah plak tue. Biasalah kan orang tua bukan dengar sangat. Dah tue dia cina mesti lah pelat sket nak sebut "duta". Uncle tue sebut "duta" tapi dengar macam "rusa". Itupun dia nak marah2. Tah pape. 

Tapi bila dia marah uncle tue sekali lagi bila uncle tue tanya dia banyak kali pasal apa dia berhenti kat rawang aku masuk campur. Aku dah panas beb. Orang tua tue aku suspect kurang pendengaran. Biasalah warga tua. Dekat 70an kot umur dia. Aku cakap lah kat drebar bas tue "pakcik, dia tak dengar kot, cakap elok2 sudey. Orang tua. Mungkin tak faham" Then aku cakap kat uncle tue, "drebar nak isi minyak". "Ooo itu minyak ka?". Aku senyum. 

Mungkin uncle tue taktau teknologi gas megas neh. Then tak sampai 5 minit drebar bas tue halau kita orang naik bas lain plak.  Aikk tadi ko kata nak isi gas neh ko potpet taktau jalan nak masuk kl plak. Baik toksah jadi drebar bas. Mengumpat aku dalam ahti.

Naik bas no dua neh lagi sesak. Dari rawang sampai ke hentian duta dia potpet2 mengutuk bersih. Haizh. Pakcik, ko bikin aku panas. Aku nak berangan pun tak senang. Yang aku boleh nak tergelak tue dia bersembang dengan satu chinese dalam bas tue. Umur dalam 40an ke atas. Pompuan lah kan. 

Dia dok potpet2 kutuk bersih. Yang si chinese pula asyik2 tanya dia. Ada satu soklan tue chinese tue tanya "apsal mereka tak buat demo di stadium?" Then drebar jawab.. "ye lah buat lah di stadium shah alam. Itu kerajaan sudah kasi permit. Ini kl ma. Mana boleh. Mesti sesak2. Kasi orang susah." Then chinese tue jawab.. "kalau takde ini bersih, kl tak sesak punya lah." Hehehe.. aku gelak dalam ahti. Bodoh lah ko pakcik. Melayu macam ko memang aku menyampah. Siyes.

"Bukan itu macam, cuma ini kl maa. Pusat bandar. Ada 4 lorong tapi 3 sudah tutup. Polis kasi tutup maa. Ini kacau. Kasi susah sama orang lain." "Ohh polis lah tutup jalan. Ingat itu bersih kacau jalan." Jawab makcik cina tue. Hehehe. Terkena lagi ko. Padan muka. Aku dah jadi pengumpat setia pakcik tue dalam ahti. Fuhh sumbangkan pahala dalam account akhirat dia plak tak pepasal. Heh

Then pakcik tue membebel sorang2 bila makcik chinese tue dah turun di pertengahan jalan. Dah nak dekat2 sampai tue aku menyampuk soh drebar bas diam. "Diam lah wooiitt memekak je." Aku dah panas. Time tue drebar bas bagi ceramah free. Dok pongpang2 cakap malaysia aman, makan pakai cukup blablabla. Yang ampun sebijik cam orang umno. Then drebar tue diam. Kebetulan dah sampai hentian duta. 

Aku plak boleh bangun wat muka slumber. "Terima kasih pakcik. Camne nak pergi kl neh yerk? " "Pakcik taktau, adik cuba tanya2 teksi sekitar tengok dorang boleh bawa kan tak. Tanggungjawab pakcik untuk hantar adik sampai sini je". Kira bagus lah dia jenis bertanggungjawab. Drebar transnasional? Kena sound dulu kot.  "Okey pakcik, terima kasih". Dasar tatau malu dowh. Dah lah aku sound dia then aku minta tolong dia. Muahahahah.

Turun je dari bas aku nampak 6 orang kena tahan dengan polis. Aku pergi dekat2 dorang. Peh tue polis tengok aku. Then aku jarakkan sket. Aku dengar lah sikit2 polis tue bebel kan. Dia minta ic. Then dia cakap panggil yang pakai baju kuning tue. Aku tengok lah arah yang polis tunjukkan. Aku nampak ada sorang pakai baju kuning2 belang2. Takan pakai baju macam neh kena tahan kot. Cakap aku dalam ahti. Then aku keluarkan kamera. 

"Nak balik mana neh?" Cakap ngan sapa? Cakap aku dalam ahti lah kan. Aku tengok kiri kanan. Rupanya ada polis sebelah aku daaa. Terkejut aku. Dari mana dia datang. Tak pasan plak. Baik aku blah cepat2. Aku senyum then blah. Sepatah haram aku tak jawab. Gila dowh. Kang aku plak kena tahan tak pepasal. Biar sampai tempat demo dulu apa2hal. Apa barang turun pergi demo kalau tak dapat berdemo kan? Heh.

Lepas keluar dari washroom aku pun cari teksi. Aku soh dia hantar aku pergi kl. Dia cakap jalan kat kl semua tutup. Then aku minta dia hantar aku kat lrt. Dia tanya nak buat apa? Hek eley lantak aku lah pun yang ko sibuk sangat kenapa? Jawab aku dalam ahti je lah. Heheh.. Nak jalan2. "Buat apa jalan2 kl semua tutup hari neh. Lrt pun takde." Laa.. betul ke pakcik teksi neh cakap? Itu pasal aku call missy tanya. Then dia cakap mana ada. Lrt elok je beroperasi. So aku minta pakcik tue hantar aku pergi kl sentral. Dari duta ke kl sentral tambang rm14.50.  Kalau aku tambah duit sket aku bawa motor datang kl pun lepas. Mahal nak mampos.

Dah sampai kl sentral kan fuhh. Mana ada sampai. Pakcik tue penipu. Dia hantar kita orang kat tepi jalan je beb. Then melilau lah ko menapak ke kl sentral. Hampeh. Terkena lagi. Sebelum tue kena soal dengan polis plak. "Nak pergi mana neh dik?" "Kl sentral". "Hah.. okey kat sana". Ceh. Kat tepi jalan tue pun ada polis. Bukan kat kl sentral. Kat selekoh nak masuk kl sentral tue. Tapi belum sampai kawasan kl sentral. Kira jauh lah juga. Punyalah semangat dorang kawal kl neh. Perghh. Gila dowh.

Then masa aku menapak tue aku nampak polis geledah satu mamat baju hitam. Yang juga menapak macam aku. Nampak bebeno fobia nya. Tah pape lah weh. Aku nya analisis kan daripada perak sampai kl aku nak datang neh laluan memang sukar. Setiap tempat yang aku singgah ada je polis dok meroyan ganggu. 

Pendek kata halangan memang dasat gila2. Dah lah macam2 cabaran kena tempuh semata2 nak menyertai demo, itu pun dekat seratus ribu orang leh lepas berdemo kat kl. Nampak tak iltizam kita orang? Kalau korang yang tak pergi demo neh korang takan tahu cabaran dia macam mana. Siyes. Memang mencabar bhai. Ada je polis dok usyar sana sini. Silap sikit mula lah kena soal, kena geledah dan segala bagai.

Kalau ikutkan semangat kerjasama sebenarnya kl boleh je operasi macam biasa. Malahan jalan2 tak sepatutnya ditutup. Asalkan polis bagi kerjasama dengan mengizinkan kami berarak sampai ke stadium. Kalau taknak bagi berarak sekalipun, polis kena bagi peluang untuk berkumpul dan berhimpun. Pasal apa polis sendiri dah tutup beberapa laluan utama kat tengah2 bandar kl tue. Macam laluan masjid jamek, puduraya dan jalan bukit bintang. Mana leh kenderaan keluar masuk kecuali motor dan kenderaan polis. 

Jadi kalau kami berhimpun kat laluan2 neh sekalipun, takde sapa2 akan terjejas disebabkan polis sendiri dah tutup laluan neh kepada orang awam. Ini tidak. Nak berarak? Pergi lah mampos. Nak berhimpun pun kena belasah. Gila dowh dorang. Tengok video bawah neh. Semangat gila berkawad semata2 nak balon rakyat.

Lihat sini kalau tak boleh buka video terbabit.



Kalau lah mereka bersemangat macam neh time nak tangkap penjenayah besar, alangkah aman nya malaysia. Tapi kita mimpi je lah ye tak? 

kah kah kah

Aksi tersebut aku rakam sebelum mereka attack kumpulan demo kat masjid jamek. Selepas kena serang tue lah aku diheret, ditolak dan dipukul oleh 3 orang polis. Aku akan citer selepas neh. Dah panjang sangat dah entry neh.

Ameno : Latihan keselamatan dengan menjadikan rakyat [benda hidup] sebagai objek untuk menguji skill masing2.

Nota : Pengalaman rakan facebook menyertai demo bersih disini dan disini

Share this

0 Comment to " Pengalaman menyertai demo bersih 2.0 - part 1 "

Catat Komen

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...