Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 21 Januari 2011

Hebat! Kini JPJ boleh saman di mana-mana.


Ini berita BAGUS untuk rakyat malaysia..

Lihat petikan di bawah ini ;


PJ kini berkuasa di semua jalan

ALOR GAJAH 9 Jan. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

"Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk R. Perumal yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan majlis itu.

Program itu disertai seramai 494 orang yang berjaya memperoleh lesen menunggang motosikal.

Ismail memberitahu, di bawah pindaan sama, pemilik kenderaan yang gagal memaklumkan pertukaran alamat kepada jabatan itu dalam tempoh dua bulan akan dikompaun RM300.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah tidak menerima saman daripada JPJ.

"Melalui peraturan baru ini, pemilik kenderaan tidak lagi boleh menggunakan helah bertukar alamat sebagai punca surat saman tidak sampai ke tangan mereka.

"Jika lewat (pertukaran alamat) dimaklumkan kepada JPJ, pemilik kenderaan akan dikompaun RM300," katanya.

Okey, mari sini aku nak ulas guna akal positif aku. Ingat kalau kita fikir positif kita akan sentiasa di kelilingi oleh perkara2 yg positif2 belaka.

1. kalau ada pakcik/makcik yg ada motor buruk sila simpan dalam bangsal. i sure punya motor u tak 'relevan' dengan spesifikasi keselamatan jalan2 kebun. Kalau tak nanti kena saman.. auww.

kesan positif : memastikan setiap pengguna membeli motor baru ataupun upgrade motor mereka dari semasa ke semasa. kalau yang takde duit boleh exercise jalankaki atau naik basikal [err guna basikal tak kena saman kan?]

2. kalau nak pergi kedai yg tak sampai 100 meter kena guna helmet you.. kalau tak kena saman.. walaupun ikut jalan dalam [kampung2].

kesan positif : memastikan helmet korang sentiasa terguna dan mengelakkan rambut2 korang dimasuki oleh habuk2 jalanraya.

3. motor2 yg takde roadtax [takde duit nak bayar], motor2 yg tak berapa elok lepas accident [malas/takde duit repair] bolehlah dijual terus kalau tak nanti kena saman kang kalau korang guna motor2 tue even kat jalan2 kampung.

kesan positif : memastikan rakyat yg miskin hina pokai takde duit nak bayar roadtax tidak berangan yg bukan2 [sebab tak mampu bayar roadtax/insurans sibuk pakai motor plak] dan motor2 yg hancur kapak dek accident boleh dijual ke besi buruk terus bagi memastikan peniaga2 besi buruk meraih sumber pendapatan yg gemilang.

Hah.. positif kan pemikiran aku? Sapa ketuk aku dalam posting neh jaga dia. Lebih2 si shah tue. Aku dah puas bodek umno neh. Agak2lah nak ketuk aku pun. Heh.

Ameno : Jika ko fikir ko boleh melakukan.. engkau boleh.. erkk apa kena mengena lagu neh dengan tajuk citer kat atas hah?

Share this

14 Responses to " Hebat! Kini JPJ boleh saman di mana-mana. "

  1. parok2 lagu nie...rakyat didahulukan betul nie...

    BalasPadam
  2. sokonggggg... tetibe nk sokong kn..:) kwsn umh kita pn kg jgk.. kesian kt mak cik2 nk g kdi bli ikan pn nk kne pki helmet.. kita parking keta tepi jln sbb kwsn umh kita cume moto je blh lalu sbb kne turun bukit sket.. xkn nak parking keta atas bumbung plak kn.. x b'agak lgsg nk saman menyaman...

    BalasPadam
  3. achik,artikel atas tu cam ko petik dr paper ja...sumber mn achik????i'm curious mannnnn.......

    BalasPadam
  4. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

    kalu park keta luar dr kawasan umah bleh kena saman tak?

    BalasPadam
  5. kenapa jadi...ketandusan duit sangatkah JPJ meminta kuatkuasa peraturan ni... x lama lagi rakyat menentang lah tu...siap sedialah kerajaan...

    BalasPadam
  6. boleh berjalan kaki je lah pasni...ahakss...slow2 kumpul duit beli basikal...wow!!..myk2 mahal nih naik basikal..jaga kesihatan dan kewangan...

    BalasPadam
  7. tu dia aihh.
    melampau dah JPJ nih.
    takat jalan yang berturap tambah ade garisan putih tu okeylah kot.
    jalan kampung, jalan x berturap pon kena.
    parah parah.

    BalasPadam
  8. Polis baju biru keje saman,Polis trafik keje saman,Jpj keje saman...mengutip duit org je la keje diorang nih!!! cit!!! podah!!! jenayah sana sini trafik jam sana sini...hancus!!!!

    BalasPadam
  9. jalan besar pon besepah orang belanggar.. terjun sane.. terjun sinih.. yang nak pg saman orang kg tu pasaipa?? akai tarak pa?? adoih.. malaysia ku yang tersayang..

    BalasPadam
  10. achik,artikel atas tu cam ko petik dr paper ja...sumber mn achik????i'm curious mannnnn.......

    BalasPadam
  11. jalan besar pon besepah orang belanggar.. terjun sane.. terjun sinih.. yang nak pg saman orang kg tu pasaipa?? akai tarak pa?? adoih.. malaysia ku yang tersayang..

    BalasPadam
  12. tu dia aihh.
    melampau dah JPJ nih.
    takat jalan yang berturap tambah ade garisan putih tu okeylah kot.
    jalan kampung, jalan x berturap pon kena.
    parah parah.

    BalasPadam
  13. salam..betul ke ko ni minah mamak..ko duk post kutu mamak,akhirnye ko kantoi yang ko ni keturunan mamak jugak..kesian,kutuk kaum sendiri..tak nak post komen aku pun tak pe,tapi sebagai org islam dah la duk buat fitnah sana sini, dah la perempuan(sebahagian penghuni neraka)..jgn lah ditambah kang lagi dosa..bertaubat lah sebelum terlambat..ko tanya la ustaz pas apa yang aku cakap ni betul ke tak..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...