PRK di Dun Tenang nampaknya tak berapa tenang. Tak sepadan langsung dengan nama nya dun Tenang. Heh
Sebenarnya telah berlaku sesuatu kejadian di sana. Papa gomo aka blogger's umno didapati telah menyamar sebagai petugas2 Pas. Selain dari itu, dia juga didapati merapati dan mendekati petugas2 PAS, untuk tujuan mencungkil maklumat / rahsia / aib calon Pas di dun Tenang iaitu Normala sudirman untuk disebarkan bagi memastikan Puan Normala kalah teruk di Dun tenang. Baca sini untuk info.
Kalau ditanya kepada saya, saya mengakui memang PAS sukar menang di Tenang. Tak kiralah samada calon PAS mempunyai rekod buruk ataupun tidak. Bukan nak rendah diri ataupun lemah semangat tetapi kita bersikap realistik. Realistiknya ialah negeri Johor ialah negeri kelahiran umno. Negeri Johor ialah proksi umno yang terkuat dan terkukuh. Negeri Johor diperintah oleh umno dengan tekun meskipun masih berlaku beberapa penyelewengan. Umno di Johor tidak sama sikap seperti umno di negeri2 lain. SAR di johor, umno pelihara meskipun Mahathir marah.
Pembangunan rakyat di Johor, umno jaga meskipun masih ada yang ketinggalan dan terabai, tapi kemungkinan itu kecil dan kurang jika dibandingkan kerja2 umno di negeri2 lain. Sekutu terkuat PAS, ialah UMNO di johor. Di negeri2 lain, PAS memang hebat berbanding Umno. Hebat dari segi pengetahuan agama, akhlak dan sikap. Tetapi tidak di Johor. Untuk mencari orang Johor yang menyokong PAS, memang ramai. Tetapi untuk mencari orang Johor yang benci umno memang sukar. Ia ibarat seperti Pas di Kelantan. Sebagaimana kuat kubu Pas di Kelantan seperti itulah kuatnya umno bertapak di Johor.
Saya sendiri tidak suka menipu dalam penulisan demi membodek pemimpin2 saya. Saya bukan mahu melemahkan semangat juang PAS. Tetapi, kehebatan, kekuatan, kebaikan umno memang terserlah di Johor, tempat kelahiran umno sendiri.
Oleh itu, untuk menang, PAS kena tukar format perjuangannya. Kena pancing strategi baru. Mahu jaja isu pembangunan? Itu tidak bagus. Mahu jaja isu agama? Itu juga tidak cerdik. Adalah lebih baik jaja isu penyelewengan setempat. Isu rasuah, isu ketidakadilan, isu teraniaya, isu2 yang relevan dengan kawasan dun Tenang. Ingat, kalaupun PAS sukar menang di Tenang, pastikan PAS berjaya mengurangkan jurang undi kemenangan [majoriti] sekurang2nya.
Harapan mesti kena pasang. Cita2 mesti kena ada. UMNO di johor adalah lawan sebenar PAS. Seteruk2 UMNO di negeri lain, umno di Johor adalah UMNO yang paling terbaik pernah saya jumpa, sebab itu bila org johor sokong umno, saya sudah faham kenapa dia berbuat demikian. Ibu saya sendiri berasal dari johor, dan ibu saya sendiri tidak suka mahathir, tetapi itu tidak bermaksud dia benci umno. Benci pemimpin2 umno tidak bermaksud benci umno. Benci najib tidak bermaksud benci umno.
Namun, jika petugas PAS dapat mencungkil pemberontakan dalaman orang2 SETEMPAT dun tenang terhadap umno, maka gunakanlah ia untuk meraih undi tambahan. Ingat, jangan buat janji melulu. Rekod PR yang lepas, banyak janji tidak tertunai. Alasan memang senang diberikan. Tetapi rakyat bukan mahu dengar alasan. Yang rakyat mahu tahu ialah hasil kerja. Ingat, pemimpin yang tidak baik, tetapi boleh buat kerja dengan baik, itu mendapat kepercayaan rakyat berbanding dengan pemimpin yang baik tetapi tidak boleh buat kerja dengan baik.
Ameno : PAS sukar menang di tenang, tetapi jgn lemah semangat. Lagi satu elakkan bawa isu2 peribadi. Saya percaya penduduk tidak suka jika di jaja isu peribadi calon bagi kedua2 belah pihak.
pandangan yang jujur dan tidak berat sebelah. i likeee... dah payah nak dapat skang neh.
BalasPadamartikel ttg dun tenang ni mmg mantop.... sy duduk johor... sy mmg akui kenyataan yg kamu natakan di atas.. org johor... mereka slg mnhormati wlupun beza fahaman politik...
BalasPadammemang ada benarnya artikel ini....SAR kat johor dijaga oleh umno, dan boleh kata diwajibkan mcm SRK...
BalasPadamaku sokong pas, abg aku umno....emak bapak aku umno, tp oleh kerana agak kecewa dgn pemimpin umno, dia bukannya pangkah pas/PKR tp buat undi rosak, sygnya tetap masih dgn umno....
sangat brsetuju dgn ape yg ditulis.. jujur n x berst sebelsh...sebagai anak johor...saya bersetuju sgt...
BalasPadamsetuju..mmg org johor kuat umno..like my mum org johor..mmg ketara...tp arwah ayah sy org kuat pas..so, anaknye..??huhuh..
BalasPadamDAH TAU KALAH BERTANDING BUAT APA ? KORANG NAYA CIKGU MALA YERR.
BalasPadamLEPAS NI KORANG NAK BAGI GAJI KAT DIA KER?
MEMBAZIR TAU, JELAS NAK KALAH REDAH JUGA. JADIKAN ORANG POMPUAN ALAT. TERUK KORANG NI..
artikel ttg dun tenang ni mmg mantop.... sy duduk johor... sy mmg akui kenyataan yg kamu natakan di atas.. org johor... mereka slg mnhormati wlupun beza fahaman politik...
BalasPadamJangan la begitu "Alahai si luncai"...gaya kamu berkata-kata merosak imej pemimpin yg kamu sokong...saya hanya la seorang hamba ALLAH yg memerhatikan keadaan sekarang...di sini ramai yg berkata yg baik-baik...jaga la tingkah laku mu...
BalasPadammaaflah "Alahai si luncai" ni tak berapa nak cerdik.. maafkn lah dia.. :)
BalasPadamApe maksud "Sekutu terkuat PAS, ialah UMNO di johor." Sekutu ke Lawan?
BalasPadam