
1. Merujuk kepada keratan berita yang dipetik dari berita mingguan semalam, hubungan dagang malaysia-us meningkat sebanyak 50%.
2. Dari 20% kepada 70%.
3. Salah ke? Aku tak nilai untuk salah atau betul. Tapi perlu ke? Heh
4. Semasa Mahathir pegang malaysia, dia pun bukan suka nak akrab dengan US neh. Memang tak suka tetapi ada. Walau ada tetapi terkawal. Heh
5. Mahathir pernah juga banyak kali kena kecam dengan US.
6. Berbeza dengan Najib. Seringkali melawat sana, bini dia pun berkawan dengan artis2 sana.
7. Salah ke? Sekali lagi aku cakap, aku tak nilai untuk mencari salah atau betul, tapi wajar ke? Wajar ke Najib akrab dengan Obama? Wajar ke Malaysia rapat dengan US? Wajar ke Rosmah Mansur sering berhibur dengan artis Hollywood? Wajar ke mengiklankan Rosmah kat US? Ini semua adalah persoalan wajar atau tidak, bukan betul atau salah. Wajar kalau ianya penting. Tak wajar kalau ianya tak penting. Itu je.
8. Jika pernah baca dulu, ada satu artikel aku tulis pasal IMF nasihatkan Najib pasal MEB. Heh. [Nanti aku letak link, blog lagi satu takley buka, kehabisan bandwith pula] IMF neh sapa? Apa hubungan dia dengan Malaysia? Kita ada pinjam duit IMF ke yang sampai sibuk2 nak nasihatkan org pasal hal2 kewangan negara kita?
9. Kalau ikut dasar Mahathir dulu, dasar pandang ke timur : Korea / Jepun. Aku rasa dasar tersebut masih relevant.
10. Berbanding dasar Najib aku tengok terlalu banyak yang fishy. Yang paling dekat dengan dasar2 Mahathir neh tak lain tak bukan, DSAI, anak didik Mahathir sendiri. Yang lain dalam umno memang takde. Even anak Mahathir sendiri gagal. Tengok parpu kari sudahlah. Itulah dia contoh anak Mahathir pertahankan kuasa menerusi bloggers dan beria2 nak cantas KJ. Taktik kotor.
11. Adakah APCO menasihati Malaysia agar rapat dengan US?
12. APCO ini dimiliki oleh orang Israel.
13. Memang tak hairan kalau ini yang di galakkan oleh APCO.
14. Rapat dengan US bererti rapat dengan ISRAEL.
15. Ini bermaksud apa2 dasar yang ada kaitan dengan Israel, Malaysia boleh pinda kelak. Yelah, mula2 hubungan perniagaan, makin lama makin rapat, hubungan lain pula yang tercipta. US ialah kekasih Israel. US seringkali tunduk kepada kemahuan Israel. Dan Israel ini musuh Palestine. Sedangkan kita pro-Palestine. Oleh itu tidak nampak sebab2 yang kukuh kenapa perlu kerajaan kita akrab dengan Israel dan US.
16. Kalau nak perhatikan sekarang pun, hanya pembangkang aje lantang mengutuk tindakan Israel, di ikuti oleh Mahathir. Yang pro kerajaan terutamanya Najib tak dengar pun suara2 dia kedengaran.
17. Adakah ini bermaksud dia sudah tunduk kepada tekanan APCO, Israel ataupun US?
18. Bina kilang coke di malaysia juga mengecewakan ramai org islam di Malaysia. Dengan pelaburan 1b, Najib sanggup tutup mata atas pembunuhan kejam Israel ke atas rakyat Palestine. Adakah sebanyak itu nilai Najib? adakah sebanyak itu nilai rakyat malaysia? Kenapa tak buka peluang kepada syarikat tempatan seperti radix cola yang dicipta oleh org islam? Apa salahnya kerajaan bantu syarikat tempatan islam yang berdaya saing kerana syarikat HPA mendapat sambutan yang baik di luar negara seperti Indonesia tapi kerajaan sendiri pula sanggup anaktirikan syarikat tempatan. Heh
19. Memutuskan bekalan gasoline kepada negara iran yang cukup kuat menentang polisi US dan ISRAEL juga mengecewakan rakyat islam di Malaysia. Iran kuat membela nasib rakyat Palestine meskipun jiran terdekat Palestine buat pekak badak dengan penderitaan rakyat Palestine kerana telah dibeli oleh US dan Israel. Adakah Malaysia akan jadi seperti itu kelak? Jika ya, saya benar2 tidak redha wahai Najib. Sudahlah forum2 arab di dunia internet sudah mula lancang mengutuk kita. Mengutuk kerjasama kita dengan apco. Mengutuk kerjasama kita dengan US. [nanti saya paste link selepas topup bandwith blog]
20. Memang benar Malaysia jiran yang amat jauh dengan Palestine. Even nak klasifasikan as jiran pun mustahil. Tapi Palestine adalah saudara rakyat malaysia. Mereka saudara seagama kita. Rakyat Malaysia berbilang bangsa sudi bantu palestine atas dasar kemanusiaan. Mathias Chang sudah membuktikannya. Tapi kenapa pemimpin Malaysia boleh pekak badak dan terus terusan membina hubungan yang makin lama makin intim dengan musuh no 1 rakyat islam di Malaysia?
Ameno : Jangan pandang remeh kerjasama perniagaan/dagang dengan US. Cara mereka nak conquer kita ialah melalui duit. Duit mereka masuk menerusi perniagaan. Dari situ kita telah terjajah secara rela ataupun paksa.
belajarlah dari kesilapan yang lalu
BalasPadamAPCO milik israel? kahakhakhakhakahk byk baca buku cerita dongeng pambangkang ni
BalasPadamHoi Shah, baca sini
BalasPadamhttp://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=30720:getting-to-know-apco-and-its-israeli-links&catid=21:special-reports&Itemid=100135
shah dgn najid ada persamaan.. dua2 jenih makan daging sedara sendiri.. shah, buka la mata hati, baru boleh nampak.. jgn jadi cam najib, dah lah bodoh, diperbodohkan pulak..
BalasPadam