Baca petikan di bawah ini ;
Selasa , 18/01/2011 - Penduduk Yahudi menodai sebuah masjid Yaffa pada malam Ahad ketika perbarisan agresif yang tampaknya diaturkan oleh polis.Penduduk Yahudi itu mengepung dan membaling batu ke arah masjid Nuzha setelah berkeliaran di sekitar jalan-jalan kota yang diduduki secara haram oleh Israel sambil mengibarkan bendera dan berteriak “Matilah Arab”, menurut sumber-sumber dari rakyat Palestin.
Polis Israel tidak bergerak sehingga jemaah di dalam masjid mulai melawan para penyerang, tambah sumber itu. Kehadiran polis sepatutnya adalah untuk mencegah pertengkaran, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Rasanya sudah tidak perlu saya jelaskan lagi tujuan mereka [yahudi israel] berbuat demikian terhadap rakyat palestine. Ini bukan perkara baru kawan2. Bukan.
Adakah kita marah mereka ganggu jemaah yang bersolat atau marahkan mereka ganggu masjid? Tak kisahlah apa sebab nya ia tidak penting untuk kita tafsirkan amarah kita disini.
Tapi apa penting nya kita baca berita ini? Sebenarnya saya tertarik dengan laungan yahudi israel ketika membaling batu kepada jemaah masjid Nuzha di palestine. Mereka melaungkan perkataan 'matilah arab'. Adakah mereka membenci orang arab? Kenapa agaknya mereka membenci orang arab? Adakah mereka racist?
Sebenarnya perkara yang sama juga berlaku kepada kita disini. Adakah kita racist? Adakah saya racist? Adakah pembaca2 sekalian racist? Bebeberapa bulan yang lepas, menerusi twitter seorang pro pr [dap] mengatakan pas juga parti yang racist kerana berasaskan perjuangan agama. Dia cakap begitu kepada ahli parlimen dap iaitu Tony Pua. Heh.
Petikan twitter itu kemudian nya dicopy-paste oleh azeeza abdullah dan dia sebarkan menerusi fb untuk melakukan provokasi politik. Mengapa dia cakap begitu? Saya boleh faham.
Sejauh mana kita faham apa itu racist di malaysia? Adakah mempertahankan islam itu racist? Kenapa ada salah faham seperti ini? Pernah kita amek peduli? Adakah kepada mereka [non-muslim] harus kita letakkan kesalahan?
Sebenarnya kawan2, kita mungkin telah salah-faham maksud racist di malaysia. Dek kerana itulah ramai orang menganggap memperjuangkan sesuatu bangsa/agama di anggap racist.
Racist = ialah kebencian kepada bangsa/agama lain.
orang yang memperjuangkan bangsa bukan racist.
orang yang memperjuangkan islam bukan racist.
Ianya menjadi racist kalau mereka benci satu2 bangsa/agama.
Salah ke orang macam kita [muslim dan non-muslim] memperjuangkan bangsa kita sendiri?Sebenarnya tidak salah.
Siapa yang kata salah?
Salah, kalau kita meletakkan kepentingan bangsa di hadapan berbanding Allah swt.
Tetapi manusia macam kita, kalau pun kita tak letakkan perjuangan bangsa di depan Allah swt, kita kadangkala meletakkan perjuangan maksiat di depan Allah swt. Ini pun salah juga. Heh
Orang yang memperjuangkan semangat bangsa/kaum semata2 ialah orang yang assobiyah.
Orang yang memperjuangkan islam sekaligus mengangkat bangsa sendiri bukan assobiyah atau ektremis.
Islam tidak mengajar penganutnya membenci orang lain, bangsa lain ataupun agama lain. Islam cuma mengajar penganutnya membenci perkara2 yg mungkar, jahil dan kejam. Itupun dengan beberapa syarat tertentu.
PAS bukan parti yang racist apabila mereka memperjuangkan islam.
Islam ialah satu cara hidup yang di anjurkan oleh Allah swt.
Oleh itu dapatlah kita simpulkan apabila PAS memperjuangkan islam, itu bermaksud PAS memperjuangkan 'satu cara hidup yang aman, damai dan SELAMAT' sepertimana yang dianjurkan oleh Allah swt yang ter-kandung dalam setiap kalimah2 Alquran.
Cara hidup yang aman dan selamat ini sebenarnya disukai oleh kelompok majoriti manusia di seluruh dunia. Dan ini menjadi tanggungjawab kita umat islam untuk terangkan kepada rakan2 kita [non-muslims] yang tidak faham dan tidak tahu. Bukan menakut2kan mereka demi survivol politik. Baca sini. Tapi bagaimana mahu menolong mereka [non-muslims] agar memilih islam sebagai 'cara hidup'?
Bagi orang islam, cara yang paling senang untuk dihormati ialah melaksanakan apa yang termaktub dalam Alquran. Cukup ini kita buat. Jangan fikir banyak. Jangan fikir susah. Jangan fikir jauh. Insya-Allah kehormatan untuk kita [khususnya orang melayu yg beragama islam] akan datang jua dari mereka [orang cina, india dan lain2 bangsa di malaysia].
Islam meletakkan keadilan. Dan keadilan dalam islam tiada paksi kepada bangsa, kaum waima agama sekalipun. Terangkan ini kepada mereka [non-muslims].
Semua kita disini sayangkan bangsa kita sendiri. Mahu melihat bangsa kita maju ke depan. Kita sebenarnya tak boleh pilih untuk menjadi bangsa apa. Kadangkala kita cemburu melihat ada bangsa yang lebih maju dari kita. Tetapi jangan disebabkan itu kita hina bangsa orang lain. Ini tidak baik kawan2.
Sikap racist [benci bangsa lain] inilah yang terjadi di malaysia sekarang ini. Dan sikap seperti ini haruslah di bersihkan segera sebelum merebak sehingga menganggu keharmonian negara kita.
Ameno : banding masjid kita dengan masjid mereka [palestine].. jemaah kita masih kurang ke masjid.. ada masjid yg tak boleh laungkan azan ble bilal sakit.. kenapa jadi begini? adakah hanya yang berjawatan bilal je boleh melaungkan azan?
Sumber : sini
0 Comment to " Yahudi serang Masjid.di palestine. "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.