Khamis, 7 Disember 2017

Malaysia Harus Kecam Tindakan AS Iktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Kota Israel - PH.

KENYATAAN MEDIA

Malaysia Harus Kecam Tindakan AS Iktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Kota Israel


Wan Azizah
Dunia digemparkan pengumuman Donald J Trump, Presiden Amerika Syarikat, bahawa AS akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Pemindahan ini bermaksud AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengumuman ini yang dilakukan dengan begitu angkuh ini merupakan satu tindakan provokasi yang bakal mengancam kestabilan bukan sahaja di rantau Timur Tengah, malah kesannya akan disaksikan di seluruh dunia Islam.

Malaysia wajib mengecam tindakan AS ini, memandangkan ia mengenepikan harapan rakyat Palestin untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Palestin.

Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak juga perlu segera menghubungi rakan baik beliau, Presiden Trump, untuk merekodkan kecaman Malaysia terhadap langkah AS ini.

Saya juga akan memohon Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu sidang Parlimen tergempar untuk membahaskan usul khas mengecam tindakan AS ini.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia

7 Disember 2017

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...