Siapakah pihak yang dikatakan terlibat?
👉 Sultan Muhammad V.
👉 Istana Negara & wakilnya.
👉 Sime Darby Plantation Berhad (SDP selepas ini).
👉 GI A Resources Sdn Bhd.
👉 Pengarah Jabatan Tanah Dan Diraja Melaka.
👉 Mualaf berbangsa cina dari Singapura.
👉 Pentadbir tanah Jasin.
👉 Kerajaan Negeri Melaka.
Apakah kisahnya?
Nama Sultan Muhammad V dan Istana Negara telah digunakan kononnya Sultan mahu membeli tanah yang dimiliki oleh Sime Darby Plantation Berhad di bawah harga pasaran.
Harga pasaran : Tidak dinyatakan tetapi lebih dari RM35j sekurang-kurangnya..
Harga yang tawarkan : RM35.282j
Bagaimana ia berlaku?
👉 Kerajaan Negeri Melaka melakukan 'pengambilan wajib' ke atas lot tanah yang dimiliki oleh SDP.
👉 Bagi menguatkan (menghalalkan) tindakan mereka itu, nama Sultan Muhammad V dan Istana Negara digunakan.
👉 Terdapat surat bertarikh 4 April 2018, yang ditujukan kepada Kerajaan Melaka, berkepala surat Istana Negara, yang ditandatanggani oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang menyatakan sokongan untuk tanah tersebut diambilalih oleh GI A Resources Sdn Bhd.
👉 Terdapat notis bertarikh 20 September 2018, yang mengatakan tanah itu akan diambilalih. Bagaimanapun SDP tidak menerima notis tersebut, juga tidak pernah mengisi Borang A dan Borang D - yang wajib diisi bagi memproses tuntutan pengambilan wajib.
👉 SDP hanya mengetahui proses pengambilalihan sedang berlaku pada 1 Oktober 2018, berdasarkan satu notis melalui Borang E.
👉 Pada 12 Disember 2018, GI A Resources menulis kepada SDP, pihaknya mewakili Agong (pada ketika itu) dan akan terlibat dalam perbincangan bersama Yayasan Sultan Muhammad V.
👉 Pada pertemuan 10 Januari 2019, antara GI A Resources dan SDP;
📌 GI A Resources berkata PEMERINTAH (Sultan Muhammad V) mahukan tanah Melaka.
📌 GI A Resources juga menunjukkan bukti satu surat yang bertarikh 4 April 2018, yang ditandatanggani bagi pihak Datuk Pengurus Bijaya Diraja untuk diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Plantation (dan Kerajaan Melaka) bagi pemakluman pengambilan wajib.
📌 Tujuan pengambilan wajib adalah untuk pembangunan Bandar Pendidikan Bestari di Melaka. Hal itu juga telah mendapat persetujuan dari Sultan Muhammad V, dakwa GI A Resources.
👉 SDP menafikan mengetahui ataupun menerima apa-apa surat seperti yang dinyatakan oleh GI A Resources itu, bagaimanapun jika hal itu benar maka ia telah melanggar Artikel 74 dan Senarai II dalam jadual sembilan.
👉 SPD berkata, berdasarkan situasi lampau, setiap plot tanahnya yang diambilalih akan digunakan untuk kepentingan umum seperti membina sekolah, lebuhraya, masjid, hospital dan prasarana awam.
👉 Oleh itu pengambilan wajib ke atas tanahnya (syarikat GLC), bagi tujuan komersial, apatah lagi dikuasai oleh rakyat asing perlu dihalang.
Dimanakah lokasi tanah itu?
LOKASI : Tanah ladang seluas 75.07 hektar di Lot 7498 di Merlimau di daerah Jasin.
Ketika ini terdapat;
📌 Ladang Kelapa Sawit.
📌 Lima buah kediaman termasuklah sebuah banglo zaman penjajahan yang berusia 66 tahun - yang digunakan oleh pihak pengurusan ladang.
Siapakah GI A Resources Sdn Bhd?
👉 Syarikat yang dikuasai oleh Taiwan.
👉 Syarikat ini mendaftarkan sebagai pelaburan hartanah.
👉 Xinzhongwei Capital Holdings Sdn Bhd mempunyai 70% saham syarikat GI A Resources Sdn Bhd.
👉 Xinzhongwei Capital Holdings Sdn Bhd pula dimiliki oleh rakyat China dan Taiwan yang memegang 98% saham syarikat.
Apakah tindakan SDP?
👉 Menghalang tuntutan pengambilan paksa.
👉 SDP dimiliki oleh KWSP dan PNB = GLC Malaysia.
👉 SDP menfailkan tindakan mahkamah semakan kehakiman terhadap GI A Resources Sdn Bhd, Pengarah Jabatan Tanah Dan Diraja Melaka, Pentadbir tanah Jasin dan Kerajaan Negeri Melaka bagi menghalang pengambilan wajib.
Kenapa kerajaan negeri Melaka pimpinan Pakatan Harapan turut dinamakan sebagai responden?
👉 Beberapa kali surat telah dihantarkan kepada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
👉 Bertarikh 29 Oktober 2018, 13 November 2018 dan 25 Mac 2019 tetapi tidak mendapat respon balas dari Adly Zahari.
👉 Tujuan kesemua surat-surat itu dihantar adalah untuk merayu agar kerajaan negeri menghalang proses pengambilan wajib ke atas plot tanah milik SDP.
👉 Disebabkan tuntutan SDP tidak dilayan, maka ia terpaksa melakukan semakan kehakiman bagi menghalang proses penukaran hak milik (pemerolehan) ke atas tanah tersebut.
👉 SDP juga akan mencabar Akta Pengambilan Tanah 1960, yang mana ia tidak boleh (seharusnya) disalahguna untuk mengambilalih tanah secara tidak rasional (pengambilan wajib/paksa tanah berkepentingan awam kepada pemilikan asing). Untuk rekod, SDP dimiliki KWSP dan PNB.
Bagaimana SDP dipaksa untuk akur pada pengambilan wajib?
👉 Surat bertarikh 19 Mac 2019, yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Jasin menyatakan akan memperolehi (pengambilan wajib) plot tanah yang dinyatakan. Proses akan diselesaikan pada 27 Mac 2019.
👉 Pada 27 Mac 2019, Pejabat Tanah Jasin telah menganugerahkan geran (pampasan) sebanyak RM35.282j kepada SDP bagi perolehan 75.07 hektar tanah ladang.
👉 Ini bermakna, tanpa persetujuan dengan SDP, tanah tersebut dipaksa pindahmilik ke syarikat asing - itupun atas campurtangan Sultan Muhammad V, seperti didakwa GI A Resources. GI A Resources mendakwa mereka bertindak atas kepentingan Sultan Muhammad V.
Bagaimana mualaf cina dari Singapura terlibat?
👉 Sosok mualaf berbangsa cina Singapura ini pertama kali disebutkan oleh A. Kadir Jasin di blognya.
👉 A.Kadir Jasin mengatakan mualaf itu adalah individu yang paling keterhadapan dalam pengambilan wajib tanah milik SDP.
👉 Mualaf itu berkahwin dengan seorang perempuan melayu dari Melaka dan rapat dengan Sultan Kelantan.
Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/474311
https://www.theedgemarkets.com/article/sd-plantation-claims-palace-was-used-merlimau-land-deal
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/30/sime-darby-unit-sues-foreign-firm-over-alleged-land-grab-using-ex-agongs-na/1748493