Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Mei 2019

Potongan Sewa 50% Buat Peniaga Di Bulan Ramadan.

MELAKAKINI | Kerajaan negeri menawarkan potongan 50 peratus ke atas peniaga gerai di negeri ini melalui kadar bayaran sewaan ditetapkan.
 

 
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, inisiatif itu akan diberikan kepada peniaga gerai dibawah selian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Menurutnya, potongan 50 peratus itu akan dikenakan kepada peniaga terlibat sepanjang Mei ini bagi memberi laluan sepanjang Ramadan ini.

“Perkara ini disebabkan rata-rata peniaga tidak mampu berniaga di siang hari dan ini mampu meringankan bebanan peniaga di negeri ini.

“Inisiatif ini akan disalurkan kepada 2,226 gerai terlibat di bawah seliaan PBT sepanjang Mei ini.

“Malah, mungkin ada antara peniaga terlibat ini merupakan masyarakat bukan Islam turut akan disalurkan bagi memberi mereka peluang menerima manfaat Ramadan,”
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri pada khamis. - 10 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...