Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Mei 2019

Analisis PRK Sandakan Versi Pro Pembangkang.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya | APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARIPADA PRK SANDAKAN

1. DAP menang besar di PRK Sandakan 2019. Calon mereka Vivian mendapat 16,012 undi berbanding calon PBS, Linda yang hanya mendapat 4491 undi. Majoriti 11,521 undi. Jumlah ini adalah lebih besar berbanding kemenangan mendiang ayah Vivian pada PRU 2014 iaitu 10,098 undi.

2. Jumlah keluar mengundi adalah 55%, antara yang terendah sejak PRK Port Dickson. Ia juga menandakan kali pertama parti kerajaan menang setelah tewas 3 kali berturut-turut dalam siri PRK sebelum ini.


3. Apakah puncanya? Pertama, kejayaan DAP memainkan emosi pengundi tentang kedudukan Sabah di dalam Persekutuan. Berbeza dengan Semenanjung, rakyat Sabah menganggap bahawa negeri mereka sentiasa dianaktiri sejak dahulu lagi. Jesteru apabila Gabungan Bersatu Sabah (GBS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), BN dan PAS memilih untuk berkecuali dalam undian pindaan Perkara 1 Perlembagaan, ia telah ditafsir sebagai kelemahan komitmen parti2 ini bagi mengubah nasib rakyat Sabah. Malah, ia menjadi modal mudah bagi DAP bagi memainkan sentimen kepada pengundi.

4. Kedua, Parti Bersatu Sabah (PBS) juga mengulangi kesilapan MCA ketika PRK Balakong pertengahan tahun lepas. Logo PBS masih dianggap asing berbanding BN. PBS tidak pernah menggunakan logo parti mereka untuk bertanding sejak 2002 (menyertai BN) dan menyebabkan ia tidak dikenali oleh generasi muda. Kesannya, DAP berjaya merampas PDM Sim Sim dan Pulau Berhala yang dihuni majoriti bumiputera Islam

5. Ketiga, pembangkang Sabah tidak sistematik. Berbanding PRK Rantau, Semenyih dan Cameron Highlands yang menunjukkan kekuatan kerjasama BN dan PAS, ia gagal diterjemah di negeri Sabah. GBS dilihat kurang bermaya dengan jentera yang masih bertatih sejak kehilangan posisi sebagai kerajaan negeri. Malahan gerak kerja kempen GBS juga bersendirian dan jarang melibatkan BN dan PAS. Ia menyebabkan keyakinan pengundi pembangkang menjadi rendah sekaligus mengakibatkan pengundi2 BN sebelum ini memilih untuk tidak keluar. Ini dapat dilihat di PDM-PDM Tanjong Papat yang mengalami jumlah keluar mengundi kurang 60% sedangkan siri2 PRK sebelum ini menunjukkan kaum bumiputera Islam sentiasa memiliki peratus keluar mengundi yang tinggi

6. Barisan Pembangkang juga kerap memainkan isu kegagalan PH menunaikan manifesto. Sedangkan manifesto seperti penghapusan tol, harga minyak dan lain2 tidak mempunyai kesan besar kepada penduduk Sabah. Ia seolah olah mengulangi kesilapan Pakatan Rakyat pada 2013 yang menumpukan isu miskin bandar sehingga menyebabkan BN ketika itu berjaya terus memerintah dengan undi daripada rakyat berusia dan di kawasan pedalaman. Sebagai contohnya pada PRK ini, DAP memperoleh 169 undi bagi Saluran 1 SMK Sung Siew sedangkan PBS hanya mendapat 12 undi.

7. Apa yang perlu dibuat? Pertama, GBS-BN-PAS mesti membentuk satu jawatankuasa khusus bagi gerakan politik negeri dan wajib diketuai oleh parti tempatan. Rakyat Sabah sentiasa percaya bahawa nasib mereka akan lebih baik jika diperjuangkan oleh anak negeri sendiri.

8. Kedua, GPS-BN-PAS mesti menangani isu kedaulatan Sabah dengan mengemukakan cadangan baru bagi memastikan kehendak rakyat negeri dipenuhi. Pindaan Perkara 1 yang dicadangkan PH sebenarnya tiada apa2 kesan signifikan kepada kedudukan Sabah tetapi keengganan barisan pembangkang untuk menyokong usul pindaan tersebut telah menyebabkan mereka dilihat sebagai 'anti-Sabah'. Saya mencadangkan agar parti pembangkang segera melakukan siri perbincangan dengan ketua masyarakat dan profesional negeri bagi mengetahui kehendak sebenar mereka. Contohnya autonomi yang lebih luas dan kuasa ekonomi (termasuk peratusan royalti minyak) yang munasabah. Ia boleh menjadi titik tolak tawaran baru pembangkang kepada rakyat negeri ini dan menghapuskan imej negatif ciptaan PH- DAP

9. PRK Sandakan ialah kekalahan besar kepada pembangkang terutama GBS. Tetapi ia adalah satu peringatan penting bahawa setiap negeri mempunyai maruah dan kehendak berbeza. Menghina rakyat negeri Sabah atas keputusan mereka hari ini tidak akan menambah apa-apa faedah kepada barisan pembangkang.

10. DAP berjaya menjadikan hubungan PAS dan UMNO sebagai faktor yang menakutkan sebahagian rakyat Sabah. Kerjasama yang erat dan berpusat dan diketuai oleh parti tempatan boleh meleburkan imej ini secara perlahan-lahan.

11. InshaAllah. Akan tiba masanya majoriti rakyat Sabah akan menerima HIJ-RAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...