Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Mei 2019

Dato Murad Dan Skandal RM3b.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya | DATO MURAD DAN RM3 BILION
Antara perkara yang menyebabkan saya sukar untuk meyakini DS Najib Razak bersalah adalah kerana 'pattern' yang hampir serupa antara kes beliau dan kes DSAI 20 tahun lalu.

Salah satu kisah yang diperguna bagi menjatuhkan kredibiliti DSAI oleh kerajaan ketika itu adalah tuduhan harta sebanyak RM3 bilion yang dimiliki oleh DSAI dan didakwa disimpan oleh proksi-nya, Dato Abdul Murad Khalid - bekas Penolong Gabenor Bank Negara.

 


Kekayaan itu dikatakan disimpan melalui 20 akaun induk di luar negara membabitkan aset, saham dan wang tunai. Ia terkandung di dalam pengakuan bersumpah (SD) Dato Murad pada tahun 1999 tetapi sehingga kini tidak pernah dibuktikan atau dibawa ke mahkamah. Namun isu inilah juga yang digunakan bagi memburukkan kredibiliti DSAI terutama pada PRU 1999 dan 2004.

You see, apa yang berlaku kepada DSAI itu hampir sama dengan apa yang berlaku kepada DSN pada tahun lepas. Apabila berlakunya rampasan polis terhadap sebuah kediaman yang dikaitkan dengan beliau, nilai rampasan didakwa pihak berkuasa bernilai hampir RM1.1 bilion.

Tetapi selepas hampir setahun, nilainya berkurangan kepada RM711 juta. Dan ia bukannya milik DSN seorang, tetapi sebahagian besarnya juga dimiliki oleh 12 individu lain termasuk 3 syarikat dan 3 yayasan.

Dan bukan kesemua RM711 juta tersebut adalah wang tunai. Hanya RM4 juta dikatakan milik keluarga DSN atau individu / yayasan yang dikaitkan dengannya. Baki RM114 juta lagi didakwa sebenarnya milik sebuah syarikat oil & gas; OBYU Holdings Sdn Bhd (UMNO mendakwa bahawa wang tunai tersebut adalah dana pilihanraya mereka)

RM18 juta pula adalah simpanan dalam akaun bank, dan nilai rampasan RM711 juta tersebut turut mengambilkira nilai unit kondominium yang diserbu, sebuah hartanah di Pulau Pinang milik ibu Jho Low dan 27 unit kereta Nissan Urvan; sejenis MPV standard yang mana harga pasaran baru tidak melebihi RM130 ribu se unit.

Tidak ada Pagani Zonda, Ferrari atau Porsche Cayenne yang dirampas. Malahan sebahagian besar barang kemas bernilai RM59.8 juta sebenarnya adalah milik syarikat barang kemas Lubnan dan syarikat tersebut (sepertimana UMNO) telah memulakan proses undang2 bagi mendapatkan semula hak mereka.

Dan paling penting, selepas hampir setahun, tidak ada sebarang dakwaan jenayah ke atas rampasan barangan tersebut ke atas DSN. Yang ada cumalah usaha melucut hak selepas tempoh setahun sitaan hampir tamat.

Dan yang ada hanyalah persepsi yang dimainkan. Bagaimana angka RM1.1 bilion itu diulang bagi memusnahkan karakter seorang manusia walaupun kerajaan masih gagal menunjukkan bukti kesalahan jenayah hasil daripada rampasan tersebut.

Permainan yang sama. Pemain yang sama. Hanya mangsa yang berbeza.

Selamat ulang tahun pertama untuk kerajaan PH. Salah satu kejayaan terbesar anda semua adalah merosakkan akhlak umat manusia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...