Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Mei 2019

Mahu Saman WSJ Pada Selasa, Akhirnya Najib Buka Mulut..

POLITIK | Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa beliau sebenarnya telah difitnah apabila didakwa mahu menyaman WSJ pada hari selasa dan menafikan RM2.6b pernah masuk ke dalam akaunnya. 


Berkongsikan satu pautan yang memuatkan rakaman video kenyataan asalnya, Najib berkata, "Cerita sebenar tentang:


- Najib nafi RM2.6 bilion masuh akaun peribadi.

- Najib akan saman WSJ pada hari Selesa,"
di Facebooknya pada Isnin. 



Pautan yang dikongsikan Najib itu dikatakan sebagai bukti yang Najib sama sekali tak pernah menafikan RM2.6b masuk ke dalam akaunnya.


Sebaliknya apa yang berlaku ialah kenyataan asal beliau telah disalah sangka dan dimanipulasikan oleh pihak media, dakwa halaman pro pembangkang itu.
Berikut penjelasan penuh;

RAKYAT REPORT | Dulu, ramai kata kononnya Najib pernah nafikan dah terima dana RM2.6 bilion dalam akaun beliau.

Hakikatnya, kalau kita pandai mencari dan rujuk pelbagai media dan bukan dengar cakap PH semata-mata, Najib tak pernah nafikan.

Pada 5 Julai 2015, pertama kali Najib buat penjelasan (rujuk video), beliau kata:

"Kalau nak menyamun pun, saya tak akan letak dana sebenar itu dalam akaun bank saya di Malaysia - kerana itu bukan dana yang dicuri."

Logiklah tu.

Kalau ikut logik juga dan tidak bergantung kepada dakyah PH semata-mata, jika benar itu dana hasil menyamun dan sudah disimpan kat luar negara, buat apa nak bawak balik Malaysia lepas itu masuk dalam akaun sendiri yang tentunya Bank Negara Malaysia akan tahu dan triggered.

Tapi, ada yang ulang-ulang kata Najib pernah nafikan duit tu masuk akaun dia sendiri. Bila ditanya apa sumber mereka, terus senyap. Terus mereka pusing pusing. Terus post video kucing dan masak masak.

Dan satu lagi. Pasal nak saman WSJ hari Selasa.

Kalau kita check dan dengar video ini, Najib tak pernah pulak cakap macam tu. Dok cari jugak mana datang statement tu. Bila tanya kat penyokong PH, seorang pun tak boleh bagi sumber.

Bila check balik, rupanya akhbar The Star yang petik sumber tak ada nama yang kononnya rapat dengan Najib untuk buat story. Mungkin cakap dengan Kiky kot. Meowww..

Baca ni:
https://www.thestar.com.my/…/n…/2015/07/05/najib-to-sue-wsj/

Sampai ke hari ini tak ada siapa tahu siapa sumber takde nama tu.

Story The Star tu jugak kata Najib akan buat pengumuman nak saman pada hari Selasa di acara di Semenyih di video bawah ni. Takde pun pengumuman. Video pun dari The Star.

Apa yang Najib kata, peguam-peguamnya akan teliti dan beri pendapat kepadanya sama ada boleh ambil tindakan undang undang atau sebaliknya.

Takde pulak dalam ucapan kata nak saman hari Selasa.

Yang menariknya, bila keluar story The Star tu, media lain masa tu terutama yang menyokong PH mula tambah garam, dan guna tajuk sensasi, contohnya satu media ni:

"Najib akan fail saman terhadap WSJ Selasa ini.”

http://www.astroawani.com/…/najib-akan-fail-saman-terhadap-…

Nampak tak macam mana media spin dan buatkan orang mudah percaya?

Jadilah manusia educated dan berilmu. Dan jangan beli sijil.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...