Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 15 Mei 2019

Teguran Kepada Lim Guan Eng Yang Jual Nama Tok Guru..

Abdul Rahim Hilmi Zakariya | GELI

Antara perkara yang paling saya geli adalah apabila ada orang menjual nama mereka yang telah pergi. Pada 5 Mei, SU Agong DAP Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan memuji Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menurutnya mempunyai pandangan politik sederhana berbanding pemimpin lain yang dianggap beliau sebagai ekstremis. TGNA juga kata beliau - sentiasa konsisten melindungi Pakatan Rakyat [1]

 

 
Ada beberapa kesalahan ketara dalam ucapan beliau:

1. TGNA sangat keras dan tegas dalam mempertahankan hak PAS dan umat Islam lainnya bagi melaksanakan hukum agama. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan lebih rela melihat DAP keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika parti tersebut tidak bersetuju dengan pendirian Negara Islam [2]

2. Ketika DAP memutuskan untuk keluar daripada Barisan Alternatif pada tahun 2001 - juga kerana perselisihan idea Negara Islam, TGNA telah mengeluarkan kenyataan bersyukur DAP keluar daripada barisan pembangkang kerana PAS akan mendapat lebih banyak sokongan orang Melayu Islam

3. Ia berbeza ketika PAS dan DAP terputus hubungan kali kedua pada tahun 2015. Ketika itu yang memulakan masalah adalah DAP (memutuskan hubungan dengan Presiden PAS) dan TGHH menggunakan saluran demokrasi melalui sistem muktamar sehingga ke Majlis Syura sebelum keputusan memutuskan hubungan dengan DAP dibuat.

4. TGHH juga menggunakan cara lebih lembut dalam usahanya melaksanakan hukum Islam. Bermula dengan meminda RUU355 yang memberikan kuasa lebih besar kepada mahkamah syariah dan bukannya berkeras dengan pelaksanaan hudud secara keseluruhan.

5. PAS juga sangat mempertahankan Pakatan Rakyat walaupun setelah pemergian ATGNA. Malahan DAP lah sebenarnya yang pandai2 mengisytiharkan Pakatan Rakyat terbubar selepas enggan bekerjasama dengan bekas rakan sekutu mereka itu. Sedangkan TGHH berkeras bahawa PR masih wujud walaupun DAP sudah keluar daripada pakatan tersebut [3]

6. Dan jika Lim Guan Eng benar2 menghormati TGNA, mengapakah beliau suka sangat mengungkitkan jumlah hutang negeri dan mengkritik sistem ekonomi Kelantan yang pernah bermenteri-besarkan Almarhum Tuan Guru selama 23 tahun? [4]

Hakikat sebenarnya adalah, DAP ialah parti yang sentiasa konsisten menolak pelaksanaan syariah. Mereka hanya akan berbaik dengan ahli politik Islam apabila ia boleh mengenyangkan nafsu tembolok mereka sahaja.

Contohnya ahli politik Islam yang gebang nak tutup kilang Carlsberg masa tak ada kuasa tapi tak berani had-kan operasi kelab malam bila dah jadi menteri.

Jenih gitu dia suka la.

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

-----

Rujukan:

[1] https://www.thestar.com.my/…/guan-eng-pays-tribute-to-late…/

[2] https://www.malaysia-today.net/…/tg-nik-aziz-mahu-hudud-ne…/

[3] https://www.bharian.com.my/node/62229

[4] https://www.bharian.com.my/…/kelantan-perlu-cari-sumber…/amp

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...