Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Mei 2019

Nissan Urvan Yang Kerajaan Tuntut Sebenarnya Digunakan Sebagai Van Jenazah.

VIRAL | Satu dari 27 buah kenderaan jenis Nissan Urvan yang dituntut oleh kerajaan baru-baru ini kerana dikatakan terlibat dalam penyelewengan 1MDB - SRC digunakan sebagai van jenazah.


Media sebelum ini melaporkan kerajaan melalui Peguam Negara telah bertindak menfailkan dua permohonan untuk melucutkanhak Najib, Rosmah dan 17 pihak lain ke atas barangan yang disita oleh PDRM pada tahun lepas.


Nilai barangan yang disita oleh PDRM pada tahun lepas ialah RM1.1b. Bagaimanapun kerajaan hanya mahu menyahmilik harta bernilai RM711j kerana dipercayai itulah aset-aset yang terlibat dalam dakwaan penyelewengan 1MDB.

17 pihak lain yang dinamakan itu selain dari Najib dan Rosmah ialah;

Nor Ashman Najib
Nooryana Najwa Najib
Riza Shahriz Abdul Aziz
Mohd Kyizzad Mesran
Senijauhar Sdn Bhd
Aiman Ruslan
Yayasan Rakyat 1Malaysia
Yayasan Semesta
Rembulan Kembara Sdn Bhd
Goh Gaik Ewe
Ng Chong Hwa
Lim Hwee Bin
Kee Kok Thiam
Tan Vern Tact
Geh Choh Hun
Obyu Holding Sdn Bhd

Susulan dari perkembangan terbaru itu, Najib kemudiannya menyindir kerajaan kerana melaporkan 27 buah kenderaan jenis Nissan Urvan yang mahu dinyahmilikkan itu sebagai KENDERAAN MEWAH.

Hal itu menjadi bahan tertawa netizens pro pembangkang di sosial media.

Selain dari itu, pendedahan mengenai sebuah dari kenderaan itu digunakan sebagai van jenazah turut disebarkan.

"Ada yang pertikai buat apa DS Najib Razak dan yayasan / individu berkaitan dengannya memiliki sehingga 27 buah Nissan Urvan. Maka logiklah jika kerajaan Malaysia mahu lucut hak kenderaan itu daripada beliau dan mengambil alih kenderaan-kenderaan tersebut sebab nampak sangat ia pembaziran.

Sebenarnya salah satu jenis kenderaan tersebut telah diserahkan kepada Masjid Merapoh dan digunakan sebagai van jenazah. Sejak akhir tahun lepas, van tersebut telah disenarai hitam dan tidak dapat memperbaharui cukai jalan - menyebabkan kesukaran 5000 kariah kawasan tersebut bagi menguruskan kematian memandangkan jarak kawasan tersebut ke Hospital Lipis adalah kira-kira 100km.




Saya berharap kerajaan Malaysia akan dapat memperoleh semula van tersebut daripada kariah berkenaan. Kemudian van tersebut boleh digunakan sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri, Menteri Agama atau Menteri Kewangan.

Biar reti sikit masing-masing benda gini pun nak buat modal,"
kata
Abdul Rahim Hilmi Zakariya.

Hasil semakan mendapati salah satu dari 27 jenis kenderaan Nissan Urvan itu memang digunakan sebagai Van Jenazah oleh kariah Masjid Jamek, Merapoh.


Van itu diserahkan kepada kariah berkenaan pada tahun 2011, oleh Najib Razak sendiri ketika menjadi Perdana Menteri.


Namun ianya tidak dapat digunakan pada masakini berikutan telah disenaraihitamkan kerana dipercayai terlibat dalam skandal 1MDB.


Manakala 26 Nissan Urvan yang lain tidak didedahkan digunakan sebagai apa, oleh siapa dan apa tujuannya setakat ini. - 13 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...