Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Mei 2019

Najib Dakwa Penang Kurangkan Penjawat Awam Kerana Aset Dah Tiada..

NAJIB RAZAK | Kerajaan PH mengumumkan mereka akan kurangkan 5% dari jumlah penjawat awam dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Langkah ini dikatakan selaras dengan dasar kerajaan Persekutuan PH untuk melaksanakan kadar pengurangan yang sama bagi jumlah penjawat awam.

Semasa DAP mengambil alih kerajaan negeri, perbelanjaan tahunan kerajaan negeri telah naik hampir 4 kali ganda.

Tapi mereka masih boleh mengelakkan defisit tiap-tiap tahun kerana banyak aset-aset dan hak negeri telah dijual semasa mereka memerintah.

Hampir RM40 bilion nilai aset dan hak tanah kerajaan Pulau Pinang telah dijual dalam tempoh 10 tahun itu.

Oleh itu, mereka mampu berbangga dengan surplus dalam bajet itu tiap-tiap tahun sehingga ramai tertipu dengan propaganda DAP menjaga kewangan negeri dengan baik walaupun ianya adalah dari hasil jual aset.

Kini, tidak banyak lagi aset-aset negeri boleh dijual kerana terlalu banyak telah dijual sebelum ini.

Pada masa yang sama, mereka perlukan duit untuk projek-projek mega dengan kroni mereka seperti projek PTMP sebanyak RM50 bilion termasuk lebuhraya paling mahal dalam Malaysia yang kosnya RM500 juta setiap km.

Oleh itu, kerajaan Pulau Pinang perlu mengurangkan kos tahunan mereka.

Cara paling mudah ialah dengan membuang kakitangan kerajaan.



Sumber : https://www.malaymail.com/…/penang-to-trim-state-ci…/1752314

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...