Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Mei 2019

Rumah Patutnya Untuk Semua Tanpa Pengasingan, KPKT Jawab Najib.

POLITIK | Didakwa mengabaikan kepentingan memiliki perumahan oleh penjawat awam, KPKT tampil menjelaskan perkara sebenar dalam satu kenyataan media.

Berikut adalah penjelasan KPKT itu;
Hasrat KPKT Adalah Perumahan Untuk Semua:

1. Sistem Perumahan yang bersifat menyeluruh (holistik) dan tiada segregasi merupakan matlamat utama dalam membentuk sebuah negara yang mampan.

2. Apa yang kita mahukan adalah "intergrated living" atau kehidupan bersepadu untuk semua rakyat Malaysia. Langkah ini lebih praktikal berbanding membuat skim berasingan untuk kelompok tertentu yang jelas akan mengekang interaksi sosial sesama rakyat. Interaksi sosial ini adalah penting, yang mana akan mewujudkan masyarakat berpandangan luas dan tidak berfikiran jumud.

3. Kawasan kediaman yang diwujudkan tanpa segregasi antara bidang adalah penting agar rakyat Malaysia dapat meluaskan pandangan dan minda mereka dengan perkongsian ilmu/pengalaman antara satu sama lain.

5. Interaksi sosial diantara pelbagai latarbelakang pekerjaan/bidang ini akan dapat membuka ruang intelektual dikalangan rakyat ini akan dapat membina masyarakat yang berkualiti dan kehidupan yang mampan dalam membentuk sebuah negara maju.

6. Kita mahukan masyarakat Malaysia dapat tinggal dan hidup bersama, tanpa mengira sektor pekerjaan atau bidang kerjaya yang mereka ceburi.

7. Tidak timbul konotasi bahawa KPKT mengenepikan mana-mana kelompok untuk membantu mereka mendapat kediaman. Sebagai rakyat Malaysia, setiap seorang daripada kita berhak mendapat kediaman yang selesa dan komuniti yang berdaya untuk masa hadapan negara yang lebih gemilang.

8. Mungkin bagi golongan aristokrat seperti bekas Perdana Menteri ke-6, tidak memahami natijah penyatuan masyarakat seperti ini. "Bapa Kleptokrasi" Malaysia itu mungkin hanya tahu untuk meningkatkan kleptokrasi dan tidak faham iltizam sebenar untuk membangunkan negara.

Sebelum ini Najib mendakwa kerajaan Pakatan Harapan lebih suka penjawat awam rempat merata apabila bertindak memansuhkan skim perumahan khusus untuk penjawat awam.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh Najib;


 
Najib Razak | Kerajaan BN dahulu sedar akan rungutan serta kepayahan penjawat awam yang mahu memiliki rumah sendiri dengan ruang selesa pada harga mampu milik.

Kita juga faham bahawa gaji penjawat awam masih lebih rendah berbanding gaji sektor swasta.

Saya lihat ramai penjawat awam ketika itu memilih untuk duduk dalam kuarters kerajaan ataupun menyewa tempat kediaman mereka sehingga mereka bersara.

Ini kerana harga rumah yang melangkaui kemampuan mereka.

Kuarters yang didiami bukan milik mereka tetapi milik kerajaan manakala rumah sewa diduduki bukan kepunyaan mereka.

Pendapat saya ialah ianya lebih baik jika kita menggalak dan memberi peluang untuk penjawat awam memiliki kediaman sendiri.

Masa tiba mereka bersara, mereka pun ada sedikit harta di mana nilai aset boleh naik selain menerima pencen mereka.

Rumah itu nanti boleh dijadikan harta pusaka untuk anak-anak mereka.

Sebab itu pada 2013, saya lancarkan inisiatif Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) khusus untuk penjawat awam memiliki rumah dengan harga 20% hingga 30% di bawah harga pasaran.

Ekoran itu, berpuluh ribu keluarga penjawat awam telah atau sedang mendapat manfaat dari inisiatif ini. Ramai yang gembira dapat memiliki rumah sendiri.

Merekalah kroni saya. Mampu memiliki rumah sendiri atau harta sendiri.

Tetapi kerajaan PH tidak berfikir seperti itu.

Mereka telah umumkan bahawa inisiatif dan projek-projek PPA1M akan dihentikan serta-merta.

Tidak lagi ada projek-projek perumahan yang khusus untuk penjawat awam.

Inilah dia kononnya mahu membela nasib penjawat awam.

Mungkin mereka lebih suka penjawat awam merempat merata. - 14 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...