Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Mei 2019

Kerajaan Tuntut Aset Najib, Rosmah Bernilai RM711j.

POLITIK | The Edge melaporkan kerajaan dan pihak polis bertindak menfailkan dua saman perlucutanhak terhadap Najib dan Rosmah dan beberapa yang lain bagi menuntut pemilikan barangan bernilai RM711 juta.


Antara barangan itu adalah;

👉 Hartanah di Lembah Klang

👉 Barangan kemas

👉 27 kenderaan mewah

👉 Wang tunai pelbagai matawang asing

👉 Beg tangan

👉 Jam tangan


👉 Cermin mata


Dua notis usul dan afidavit sokongan difailkan di Mahkamah Tinggi pada 7 Mei 2019 untuk merampas kesemua barang-barangan yang dinyatakan di atas kerana ianya didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB. 

Notis usul yang pertama difauilkan bagi merampas harta di Lembah Klang, wang tunai pelbagai matawang asing, barangan kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam bernilai RM680 juta.


Notis usul kedua difailkan bagi merampas barangan bernilai RM31 juta iaitu, 27 kenderaan mewah, wang tunai pelbagai matawang asing, 29 akaun bank, jam tangan dan beg tangan. 


Kedua-dua kes akan didengar sebulan dari sekarang.


Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Amerika telah bersetuju untuk memulangkan wang sebanyak RM233.7 juta kepada Malaysia.

Ini adalah wang yang dirampas dari syarikat perfileman Red Granite Pictures, yang terlibat dalam skandal pengubahan wang haram. 

Syarikat itu dimiliki oleh anak lelaki Rosmah Mansur hasil dari perkahwinan pertamanya, yang juga anak tiri kepada Najib Razak.

Untuk rekod, berikut adalah antara barangan yang disita dari beberapa kediaman Najib dalam siasatan skandal 1MBD.


👉 26 jenis wang tunai matawang asing.


👉 12,000 jenis barangan kemas.

👉 284 beg tangan.

👉 423 jam tangan.

👉 234 cermin mata hitam berjenama Gucci, Versace, Cartier.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...