Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Mei 2019

Najib Nafi Curi RM4b Dana KWAP Melalui SRC.

NAJIB RAZAK | Penyokong PH sedang cuba menularkan tuduhan bahawa saya telah curi RM4 bilion dari KWAP melalui syarikat SRC international.

Propaganda mereka adalah berdasarkan tajuk berita sensasi yang berbunyi "Pihak bank mengesahkan dana RM4 bilion telah dipindahkan dari KWAP kepada SRC"

Biar saya jelaskan berdasarkan apa yang sudah didedahkan dalam mahkamah sejak kes saya bermula.

SRC International adalah syarikat 100% milik kerajaan.





KWAP meminjam RM2 bilion pada tahun 2011 dan RM2 bilion lagi kepada SRC international pada tahun 2012.

Pinjaman ini dijamin oleh kerajaan dan adalah untuk tempoh 10 tahun.

Untuk lima tahun pertama, SRC hanya membayar faedah antara 4.3% hingga 5.1% setahun kepada KWAP.

Pada tahun ke-6 iaitu pada tahun 2016 dan 2017 masing-masing, SRC mula membayar balik secara ansuran pokok (prinsipal) dengan faedah tahunan kepada KWAP.

Saya didakwa menerima dana RM42 juta dari syarikat Ihsan Perdana pada akhir tahun 2014 dan permulaan tahun 2015 - iaitu TIGA tahun selepas KWAP meminjam kepada SRC.

Saya BUKAN didakwa menggelapkan atau mencuri RM4 bilion dari SRC.

Lampiran ini adalah dari Laporan Tahunan 2017 KWAP yang diaudit dan dikeluarkan pada November 2018 iaitu selepas PH ambil alih kerajaan.

Laporan tahunan ini jelas menunjukkan KWAP tidak mengalami apa-apa kerugian dari pinjaman mereka kepada SRC.

KWAP dibayar oleh SRC tepat pada masanya setiap 6 bulan mengikut jadual dan syarat pinjaman.

Malah, laporan tahunan 2017 untuk KWAP menunjukkan prestasi yang baik untuk tahun itu di mana pendapatan KWAP telah naik ke RM9 bilion berbanding purata RM6 bilion pada tahun-tahun yang lepas.

Saiz aset KWAP juga telah naik RM16 bilion ke RM141 bilion berbanding RM125 bilion untuk tahun 2016 dan RM100 bilion pada tahun 2013.

Link laporan tahunan 2017 KWAP: http://www.kwap.gov.my/…/KWAP%20Laporan%20Tahunan%202017.pdf

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...