Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 Mei 2019

Kini CELCOM Bukan Lagi Syarikat Malaysia Setelah Bergabung Dengan DIGI, Salah Najib Juga Ke?

NAJIB RAZAK | i) Hari ini, Axiata milik Khazanah Nasional telah mengumumkan bahawa CELCOM akan digabungkan dengan DiGi. 


celcom bukan lagi syarikat Malaysia
Selepas digabung, syarikat negara Norway Telenor akan memilik dan menguasai syarikat baru itu dengan kepentingan saham 56.5% manakala Axiata ada 43.5%,

Dengan ini, CELCOM bukan lagi syarikat telekomunikasi Malaysia dan menjadi syarikat negara Norway.

Kebiasaannya untuk gabungan syarikat dalam industri yang sama, ramai di CELCOM dan DiGi bakal kehilangan pekerjaan mereka.

Sebelum PRU14, syarikat Axiata adalah satu syarikat menguntungkan.

Tahun 2017, Axiata untung RM909.48 juta iaitu kenaikkan 80% berbanding tahun 2016.

Tahun 2018 di bawah PH pula, Axiata catat kerugian RM5.03 billion iaitu paling besar dalam sejarah mereka.

Oleh itu, Axiata telah jual banyak aset selepas tahun lepas.

Bulan Februari ini, Axiata menjual syarikat telekomunikasi M1 kepada Singapura dengan harga RM1.65bil.

Bulan April, Axiata jual perniagaan digital mereka kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

Minggu lepas, Axiata jual kepentingan dalam aset digital lain kepada Mitsui dari Jepun. Tetapi peratusan kepentingan dan harga tidak dinyatakan.

Hari ini, menyerah kuasa mengawal dan kepentingan saham terbesar dalam CELCOM kepada syarikat Norway.

 

 
ii) Dulu kita pemilik majoriti. Lepas ini, kita jadi minoriti.

Syarikat majoriti Malaysia menjadi syarikat majoriti negara Norway.

"Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Axiata berkata kedua-dua pihak akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh suku ketiga 2019, yang bakal menyaksikan Telenor menjadi pemegang saham majoriti dengan jangkaan 56.5 peratus pemilikan manakala 43.5 peratus oleh Axiata."

iii) Mari kita belajar apanya maksud jual negara.

KES 1: Syarikat kereta negara PROTON bertukar menjadi 51% milik syarikat Malaysia, 49% milik syarikat China.

Kesimpulan: Ini jual negara. Anak kehilangan. Patut nangis.

Ini jelas salah Najib.

KES 2: Syarikat telekomunikasi negara, CELCOM bertukar menjadi 56.5% milik syarikat Norway, 43.5% milik Malaysia.

Kesimpulan: Ini BUKAN jual negara. Tiada apa yang kehilangan. Tak perlu nangis.

Tak berapa pasti tapi mungkin salah Najib juga. - 6 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...