Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Mei 2019

9 Mei, BN Sambut Hari Hitam Malaysia.

POLITIK | 9 Mei 2019 merupakan hari ulangtahun genap setahun kekalahan mengejut Barisan Nasional di pilihanraya umum ke 14, mereka kini menyambut Hari Hitam Malaysia.



Hal itu dinyatakan sendiri oleh Ahmad Maslan menerusi satu hantaran di Facebooknya pada rabu.

"Jom kita berbaju warna hitam, 9 Mei, Khamis ini. 

Sempena : "Hari Hitam Malaysia"

➡️Setahun kerosakan Malaysia di bawah kerajaan PH⬅️

Sebagai tanda protes kepada rejim #PH yang “menghitamkan” kehidupan rakyat, ekonomi negara & keharmonian di #Malaysia.

Jika PM Dr. Mahathir bin Mohamad sendiri beri markah 5/10 kepada PH, pastinya ramai yang beri kurang daripada itu.

PH gagal, gagal & gagal❗️,"
katanya dalam satu kenyataan.


Tinjauan juga mendapati netizens pro pembangkang meraikan Hari Hitam itu dengan menukarkan DP masing-masing kepada warna hitam.

Ini termasuklah di halaman Facebook, profile peribadi dan akaun Twitter. 

Di DP itu tertulisnya perkataan seperti;

๐Ÿ‘‰ Pakatan Hancing
๐Ÿ‘‰ 905 - BLACK DAY
๐Ÿ‘‰ SELAMAT HARI BODOH MALAYSIA
๐Ÿ‘‰ 905 - Genap setahun kerosakan Malaysia dibawah PH

๐Ÿ‘‰ 9 Mei 2019 - setahun yang gagal
๐Ÿ‘‰ 9 Mei 2019 - Sejarah Hitam Buat Malaysia

Manakala penyokong kerajaan pula membalas dengan cara membuat poster berunsur kepatriotan ataupun poster yang mengejek kejatuhan BN dalam PRU ke 14 9 Mei sebagai tanda kematian rejim.

Analisis mengenai samada Sambutan Hari Hitam Malaysia mendapat sokongan netizens ataupun tidak akan dikemaskini di artikel yang sama selepas 24 jam. 

Ini kerana sambutan Hari Hitam Malaysia yang diraikan pembangkang akan dilakukan dalam tempoh 24 jam bermula tengah malam tadi. - 9 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...