Versi peraturan lama;
Bermula Mei 2019, kerajaan telah;
๐ Membenarkan cermin tempat duduk belakang dan cermin belakang digelapkan sehingga 0% ketelusan cahaya. Atau bahasa mudahnya, 100% tinted.
๐ Bagaimanapun peraturan untuk cermin depan dan cermin sisi pemandu dikekalkan seperti sedia ada, yakni 70% dan 50% ketelusan cahaya.
๐ Bagi yang ingin menggunakan cermin gelap 0% ketelusan cahaya, anda boleh membuat permohonan kepada JPJ.
๐ Namun permohonan hanya terhad kepada dua keadaan, iaitu;
๐ Faktor keselamatan
๐ Faktor kesihatan
๐ Bagi faktor keselamatan, anda perlu membayar RM50 bagi setiap permohonan dan RM5,000 akan dikenakan sebagai yuran selepas permohonan diluluskan. Setiap permohonan yang lulus mempunyai had masa selama 2 tahun. Selepas dua tahun, pemohon perlu memohon semula dan membayar RM5,000 sebagai proses renewal (memperbaharui) jika ianya diluluskan. Proses ini akan berulangan setiap dua tahun.
๐ Bagi faktor kesihatan, individu yang memohon akan dikecualikan dari membayar sebarang fi, baik fi borang permohonan mahupun fi bagi setiap kelulusan.
๐ Namun, pengesahan bertulis dari Pakar Perubatan Kerajaan perlukan disertakan maka semua jenis fi yang akan dikenakan boleh dikecualikan.
๐ Kesemua peraturan di atas hanya tertakluk kepada kenderaan bermotor milik persendirian. Bagi perniagaan ataupun kenderaan awam, ketelusan cahaya mestilah 70% paling kurang.
Respon netizens.
Terdapat pelbagai reaksi dari netizens, namun rata-ratanya menyambut baik perubahan yang dilakukan oleh JPJ kerana beranggapan peraturan baru lebih baik dari peraturan sedia ada.
Yang menyokong;
๐ Antaranya, kegelapan 100% dibenarkan di bahagian tempat duduk belakang.
๐ Kebanyakan VVIP yang memakai cermin gelap akan dikenakan RM5,000 setiap dua tahun, ianya wajar. JPJ boleh buat duit juga.
๐ Penjenayah mudah dikenalpasti kerana setiap permohonan yang diluluskan punya database di JPJ. Kenderaan tinted tanpa kelulusan, mungkin dianggap mahu melakukan jenayah tertentu dan akan diperhatikan penguatkuasa.
Yang mempertikaikan;
๐ Kelonggaran perlu diberikan pada wanita, OKU, atas faktor keselamatan.
๐ Fi patut dikenakan berdasarkan jenis kenderaan dan kapasiti enjin.
๐ Hapuskan caj permohonan RM50.
Sudah tentu, penggunaan cermin hitam mempunyai pros dan cons berdasarkan kepada individu itu sendiri. Bagi penjenayah, tanpa peraturan ini sekalipun, mereka akan tetap melanggar undang-undang. Mereka tak perlu bayar RM5,000 untuk pastikan kenderaan mereka lulus pemeriksaan JPJ, kerana mengikuti peraturan yang ditetapkan kerajaan, bukanlah ciri-ciri yang ada pada seorang penjenayah tulen.
Bagi mereka yang mahu salahgunakan peraturan ini seperti tujuan melakukan perkara-perkara maksiat dan sewaktu dengannya, mereka mungkin akan mengambil kesempatan.
Bagi orang awam, mungkin mereka akan merasakan polisi ini sedikit membebankan jika mahukan tinted hitam 100% atas alasan cuaca, aurat dan keselamatan. - 7 Mei 2019.