Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Mei 2019

"50% Dulu Dah Cukup Untuk 'Habiskan' Istana Johor" - Kadir Jasin.

POLITIK | Pergolakan antara Istana Johor dengan Kerajaan Pakatan Harapan diteruskan dengan tindakan A. Kadir Jasin yang menyahut cabaran Tengku Mahkota Johor bagi menggunakan kekuatan 110% bagi 'menghabiskan pihak tertentu'.




Tunku Ismail Idris sebelum ini mendakwa baginda mengetahui mengenai usaha untuk 'menghabiskan' pihak istana yang didakwanya dirancang oleh "Kadir" dan mencabar individu itu agar menggunakan kekuatan 110% bagi merealisasikan hasrat tersebut. 

"Kadir, saya tahu mengenai pertemuan di Menara Ilham. Sila teruskan (rancangan) itu.

"Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini. Jika kamu mahu menghabiskan kami, kamu perlu menghabiskan kesemuanya. Kamu tidak boleh buat separuh jalan atau 50 peratus. Kamu perlu bersungguh-sungguh dengan 110 peratus,"
titah pewaris takhta Johor itu di Twitter pada ahad.

Menurut TMJ lagi, pihak berkenaan sepatutnya menumpukan perhatian terhadap masalah rakyat.

"Tolong selesaikan masaalah Rakyat. Itupun kalau sudi," titahnya lagi.


Menyahut cabaran itu, Kadir pula menggesa agar Ketua Polis Negara membuka siasatan terhadap IP beku dan syarikat Mados Sdn Bhd mengenai pembayaran cukai.  

"Little Boy" atau budak kecil macam bom atom yang meranapkan Hiroshima pada tahun 1945 ini amat berbahaya walaupun dia kecil dan tak tahu apa-apa.

Jadi kita kenalah buat sesuatu. Tak cukup dengan cakap saja.

Lagi pun budak kecil ini sudah ala-alukan kita untuk melakukan 110 peratus.

Tak payahlah 110 peratus. Lima puluh peratus dulu dah cukup.

Jadi kita minta KPN baru buka balik IP yang beku atau tutup dan Lembaga Hasil Dalam Negeri tengok banyak mana cukai Mados Sdn Bhd bayar sejak beratus tahun berniaga.

Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari setuju?

Terima kasih,"
tulisnya di Facebook.



Berdasarkan respon yang diterima di hantaran Kadir itu, tidak kurang ramainya bersetuju dengan cadangan perniagaan keluarga Diraja Johor patut disiasat polis.


Namun mereka juga mahu perniagaan milik keluarga Tun Mahathir, Daim dan anak beranaknya serta A.Kadir Jasin disiasat oleh polis dalam masa yang sama. 

Nampaknya pergaduhan sesama golongan VVIP ini membuatkan rakyat tidak mempercayai satu pun di antara mereka. - 9 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...