Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Mei 2019

Akhirnya Ustaz Zaharuddin Buka Mulut Isu Audio Nik Abduh, Nafi Jadi Dalang Penyebar Rakaman.

ZAHARUDDIN MUHAMMAD | i) Saya dapati fitnah menyatakan saya rakam audio yb ustaz nik abduh sudah sangat tular daripada hanya cakap-cakap dalaman sehingga kepada public. 


 
Ada yang komen dalam wall, ada yang pm direct dan ada tanya berdepan. Lebih malang bila fitnah ini dijadikan cerita bisik bisik di belakang dan prejudis di dalam menilai betul atau salah. 

Sehingga dalil dalil quran dan hadis sudah blur akibat prejudis cerita fitnah ini. Jika melarat saya boleh dedahkan cerita ini A-Z dan background audio itu sendiri. Berdepan dengan orang alim senang sebab hujah yang menjadi panduan. 

Berdepan dengan orang jahil lebih susah sebab mereka bepegang dengan sentimen. Tapi berdepan dengan hipokrit penipu jauh lebih sukar sebab depan sokong, belakang bangkang fitnah dan cantas. Jenis macam ni hanya kebenaran, hujah dan sabar serta istiqamah sahaja bekal terbaik.

ii) Saya coret tulisan ini ialah untuk menghindarkan fitnah yang sedang menjalar, bukan fitnah yang sedang tidur:

Antara fitnah yang sedang menjalar ialah saya rakam audio YB Nik Abduh sebar dan dedahkan.

Jawapan saya:

1. Kalau saya rakam dan sebar, nescaya saya sebar rakaman peristiwa tu sampai habis. Kalau dengar sekerat rakaman itu, orang akan kata saya yang lawan tok-tok guru sebab YBNA mendakwa semua ambik duit umno termasuk diri dia, tetapi saya sahaja yang keras bangkang, su' zonn dan lain-lain.

 

 
2. Kalau saya sebar, nescaya saya sebar jawapan saya selepas amukan itu. Antara jawapan saya ialah YBNA tak boleh samakan saya dengan Arif Fahmi menantu ATGNA, justeru dia tiada posisi dalam parti manakala waktu saya bangkang perbuatan tidak integriti sahabat sahabat saya ini, saya masih ahli majlis syura, ajk pas pusat pada waktu itu, bukan macam Arif Fahmi.

3. Majlis itu berakhir dengan amukan bukan dengan tasbih kaffarah. Amukan itu berlaku selepas saya menjawab, membaca ayat dan tafsir berkenaan hukum su' zonn, YBNA suruh berhenti daripada membaca nas dan angkat punggung cabut dengan nada marah. Kalau saya sebar nescaya adegan amukan akhir ini adalah pilihan terbaik saya.

4. Kalau saya sebar, saya juga akan sebar pengakuan penubuhan RTI oleh Takiri dan pujian tantawi terhadap jasa2 RTI lawan dan kalahkan jebon waktu saraf dedak mula memburukkan saya konon-kokonnya saya buat gerakan sendiri untuk rosakkan parti dari dalam dengan penubuhan RTI.

Jika masing-masing nak mainkan sentimen siapa sebar, saya juga ada dengar-dengar seorang mamak runner yang dikatakan memasang rakaman itu waktu memujuk mereka mereka yang tidak puashati dengan pimpinam berdedak. Alasan pujukan mamak ni mudah, "ini projek tok guru, kalau tak percaya dengar apa nik abduh kata". Lalu rakaman itu dimainkan untuk membuktikan bahawa perbuatan mendedak itu adalah perbuatan kepimpinan tertinggi parti. (Padahal sebenarnya tidak dan saya akan coretkan nanti bukti-bukti tindakan mendedak ini tidak direstui oleh kepimpinan tertinggi).

Ramai ingat majlis itu ialah mesyuarat rahsia maha dewa sebagaimana dakwaan YBNA dalam tulisan pintu-pintunya. Sebenarnya tidak!!! Majlis itu adalah majlis perpisahan Unit Inteligent ISP selepas dibubarkan. Saya panggil 2 insan yang banyak tikam Unit Inteligent dibelakang kononnya unit ini jemaah dalam jemaah, padahal unit ini adalah rasmi di bawah ISP dan diluluskan rasmi di dalam mesyuarat AJK PUSAT di mana waktu itu saya adalah ahli jawatankuasa. Jika pertemuan itu sulit maha dewa, nescaya kami rampas semua hp di hadapan saya. Tetapi ramai yang tak serah HP termasuk Nurul Islam sendiri. YBNA tak tahu apa-apa tentang majlis itu sebab dia hanya ikut tumpang Takiri dan Tantawi daripada sahaja. Dia juga tak terlibat dengan operasi Unit Inteligent. - 9 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...