Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Mac 2019

Pemuda Amanah Jawab Dakwaan Manifesto PH Kencing Hancing

PEMUDA AMANAH KUBANG KERIAN | Akhir-akhir ini ramai penyokong pembangkang yang share sebuah poster 'nakal' untuk burukkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan hari ni sebagai kerajaan yang gagal melaksanakan janji atau manifesto. Saya nak jawab satu persatu tuduhan dalam grafik tersebut.


1) Berkenaan GST. Jelas bahawa PH telah mengotakan janji untuk memansuhkan GST malah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas mengambilalih Putrajaya.

Tetapi adakah PH secara senyap-senyap memperkenalkan SST? Jawapannya, TIDAK!

Jika kalian membaca dengan teliti buku manifesto yang dilancarkan sebelum PRU lepas, PH tidak pernah menyembunyikan cadangan untuk memperkenal semula SST bagi menggantikan GST. Saya lampirkan 'screenshot' berkenaan dalam gambar kedua. Bacalah!

2) Tentang harga Petrol yang kononnya PH mahu turunkan sehingga RM1.50. Soalnya, bila masa pula PAKATAN HARAPAN pernah cadangkan untuk menurunkan harga petrol sehingga RM1.50 tu?




Jangan sengaja buat-buat tak tahu atau buat-buat lupa bahawa cadangan turunkan harga petrol sehingga RM1.50 tu dibuat semasa kempen PRU ke 13, iaitu semasa PAKATAN RAKYAT yang mana dianggotai bersama semasa tu antara PAS, PKR dan DAP; bukannya PAKATAN HARAPAN yang dianggotai oleh AMANAH, DAP, PKR dan BERSATU!

Kenapa pula nak tuntut kerajaan hari ini untuk turunkan harga minyak sedangkan semasa PRU-13 tersebut rakyat telah menolak tawaran turunkan harga minyak masa tu?

PH hanya berjanji untuk stabilkan harga minyak malah seawal kemenangan PH tempohari, harga minyak ditetapkan pada kadar siling iaitu RM2.20 dan diturunkan kadar siling tersebut kepada RM2.08 beberapa minggu lepas.

Bahkan cadangan lebih spesifik, PH akan memperkenalkan subsidi bersasar sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 hari tu. Nah, saya lampirkan juga 'screenshot' berkaitan manifesto dalam gambar ketiga. Bacalah!

3) PTPTN dan Pendidikan Percuma. Ya, bab ni memang diakui hakikat bahawa kerajaan masih belum mampu laksanakan sepenuhnya janji yang termaktub dalam Janji 100 Hari.

 

Tapi kalau dibaca dalam Janji 100 Hari tersebut, ada dua perkara yang penting, iaitu pelepasan bayaran semula kepada peminjam bergaji kurang RM4000 dan satu lagi, nyah-senarai hitam peminjam untuk ke luar negara.

Hakikatnya, janji untuk nyah-senarai hitam itu telah dilaksana segera oleh kerajaan. Hanya pelaksanaan penangguhan bayaran bagi peminjam berpendapatan kurang RM4000 sahaja yang masih dalam kajian dan perincian di peringkat kementerian.

Nah, saya sertakan juga 'screenshot' tentang janji yang ada kaitan dengan PTPTN ni. Ada disebut pasal pendidikan percuma? Bacalah!

4) Gaji minima RM1500. Sekali lagi, tuan-tuan dan puan-puan kena baca dan hadam betul-betul apa yang PH sebut dalam manifesto. Janji gaji minima tu dibuat untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun. Saya ulang, 5 TAHUN.

Bukannya hari ini menang, esok terus naik gaji minima RM1500. Tolonglah jangan rendahkan intelektual kalian sehingga tak ketahuan hala. Proses penetapan seperti dasar gaji minima ini bukan semudah A B C.

Sekurang-kurangnya, kerajaan dah bermula dengan penetapan yang selaras di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu sebanyak RM1100. Malah janji untuk menyamaratakan kadar gaji minima untuk seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam janji PH tersebut. Jadinya, untuk mencapai RM1500 tu perlu secara berperingkatlah. Bahkan PH berjanji untuk menyemak kadar tersebut setiap 2 tahun.

Saya lampirkan 'screenshot' berkenaan gaji minima ni sekali dalam gambar kelima. Bacalah!



5) Berkenaan hapus TOL. Ha, ini yang saya paling suka nak sebut sebab janji menghapuskan tol ni tidak terdapat langsung dalam Janji 100 Hari PH pun tapi ramai yang tak faham bahasa seolah nak minta kerajaan hapuskan tol hari ini juga? Jangan marah kalau saya kata kalian sebenarnya ada masalah mental untuk memahami isu ini secara mudah.

Adakah perlu saya hurai maksud perkataan 'BERPERINGKAT'?

Hakikatnya, kerajaan sudah pun memulakan langkah awal ke arah penghapusan tol tersebut. Itu pun masih ada yang mempermainkan cadangan diskaun 30% dan percuma di tengah malam. Come on lah, dah namanya berperingkat.

Nah, saya sertakan jugaklah 'screenshot' manifesto tol ni dalam gambar keenam. Bacalah!



Kesimpulannya, BACA, BACA, dan BACA! Jangan malas MEMBACA!

Sekian. - 13 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...