Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 November 2018

Great Eastern Life Insurance Sumbang RM2b Untuk Elak Peraturan BNM Kata Pemuda UMNO.

Shahril Sufian Hamdan | SKIM INSURANS B40 : LGE BOHONG DEWAN RAKYAT?

1. Kerajaan PH umumkan akan wujud Skim Insurans B40 di mana Syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia akan menyumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan.




2. Skim insurans itu pun sekadar memberi perlindungan RM8 ribu untuk rawatan empat penyakit kritikal. 8k memang tidak cukup dan belum jelas apa akan berlaku selepas habis RM2 bilion itu. Tapi tak apa itu cerita lain hari..

3. Cerita utama : Great Eastern Life Insurance Malaysia ini adalah milik bank Singapura OCBC.


4. Tahun 2009, Kerajaan BN memutuskan syarikat insurans di Malaysia tidak boleh dimiliki 100% syarikat asing - maksimum dihadkan kepada 70%.

5. Tahun lepas, BNM beri amaran terakhir kepada syarikat insuran asing yang masih belum mematuhi peraturan ini.

6. Dalam pembentangan Belanjawan 2019, LGE ucap terima kasih kepada Great Eastern atas sumbangan RM 2 bilion itu seolah-olah sudah muktamad dan satu jasa baik dari syarikat itu. (Lihat lampiran)



7. Tetapi media Singapura Isnin lalu lapor kenyataan syarikat Great Eastern bahawa ia belum setuju buat sumbangan. (Lampiran)


8. Mana satu betul? Adakah LGE telah berbohong di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan rakyat?

9. Mungkin ramai tanya kenapa Great Eastern sanggup menyumbang? CSR ka? Laporan media sama mendedahkan, rupa-rupanya syarikat itu sedang berbincang dengan kerajaan PH bagi mendapat pengecualian daripada syarat BNM untuk menjual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan.


10. Secara jelas, Great Eastern memberitahu satu kaedah untuk mendapat pengecualian ialah dengan membuat sumbangan RM2 billion ini. Nampak tak unsur "quid pro quo" di situ?

11. Harap LGE boleh buat penjelasan a) adakah anda berbohong atau mengelirukan Dewan? b) Bajet ini untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura? - 10 November 2018.

Admin The Patriots Dakwa DAP Mahu Hapuskan Hak 153.

HELMI EFFENDY | ICERD HARUS DISOKONG UNTUK HAPUSKAN HAK 153." - DAP

Haaaaa... tengok ni. 



DAP dah bersuara kenapa dia nak sokong ICERD.

Kata DAP...

"Dalam “Deklarasi Setapak”, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”."

Bila tak ada label Bumiputera dan bukan Bumiputera, ini bermaksud tiada lagi hak keistimewaan yang dimiliki oleh kita orang Melayu dan Bumiputera yang lain sebab hanya label ini sahaja yang membolehkan kita memiliki semua yang termaktub dalam 153.

Lagi dari DAP...

"Selama berpuluh-puluh tahun ini, DAP kekal menentang dasar asimilasi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional, iaitu dasar “Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa”.

Sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin parti kita, sudah tentu boleh menjadi sebuah rujukan bagaimana penolakan dasar diskriminasi kaum dilakukan."

Dan kemudian, DAP kata lagi...

"Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.

Gantikannya dengan dasar yang berkepentingan memelihara hak setiap kaum, agar semua bangsa di Malaysia dapat terus hidup makmur bersama, demi negara yang mendukung prinsip kita semua sama."

Ini semua hujah-hujah DAP untuk mempertahankan ICERD. Maksudnya, parti Iblis ini dengan jelas mengatakan kepada kita bahawa mereka menyokong ICERD bahawa mereka tidak bersetuju dengan semua kontrak sosial dalam Artikel 153!

Mereka secara tidak langsung memberitahu kita bahawa hak-hak keistimewaan untuk bangsa Melayu adalah bersifat perkauman, diskriminasi yang perlu dihapuskan dengan adanya ICERD. Kalau tak, DAP tak akan berhujah sedemikian:

"Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum."

Atau...

"Maka, sebagai ahli DAP, kami patut memahami erti sebenar dan justifikasi kesamarataan kaum.

Jangan sesekali terpengaruh dengan kenyataan bahawa perpaduan rakyat hanya boleh dicapai dengan merendahkan status atau kedudukan kaum masing-masing."

Jelas, mereka nak hapuskan hak 153 sebab bagi mereka ia diskriminasi untuk merendahkan hak bangsa lain.

Jadi, masih ada orang yang mengatakan bahawa ICERD tak akan sentuh semua ni? Kononnya ICERD tak akan kacau hak bumiputera.

Bullshit.

Aku cakap bullshit!

DAP dah tunjuk belang dia siapa.

Mana mereka yang semua menjerit pada aku "kita kan ada perlembagaan?" - 10 November 2018.

MoF Setuju Baucar Buku Diteruskan.

KENYATAAN MEDIA | KEMENTERIAN KEWANGAN SEDIA TIMBANG SYOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN SUPAYA SKIM BAUCAR BUKU UNTUK MAHASISWA DITERUSKAN
Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan syor Kementerian Pendidikan supaya meneruskan skim bantuan baucar buku bagi mahasiswa.



Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam, mesyuarat yang pertama sejak Belanjawan 2019 dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pada 2 November 2018 lalu.

Kementerian Kewangan bersetuju untuk melihat perkara ini yang bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pengajian tinggi.

YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri juga melahirkan pandangan bahawa bantuan seumpama ini diteruskan. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian Kementerian Kewangan dan sokongan YAB Perdana Menteri dalam mempertimbangkan perkara ini. Kami berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat.

Seperti saya telah menjanjikan sebelum ini saya akan memastikan kebajikan mahasiswa dijaga. Skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa.

YB DR. MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

10 November 2018

Dua Adun DAP Isytihar Sokong ICERD, Malaysia Tak Perlu Pengasingan Seperti Label Bumiputera.

Setahu kita, pengisytiharan “Deklarasi Setapak” yang dirumuskan oleh pelopor DAP pada tahun 1967, adalah satu bukti kepercayaan parti DAP bahawa prinsip kesaksamaan antara kaum mesti diterapkan dalam proses pembangunan negara, terutamanya apabila kita berada dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum.



Dalam “Deklarasi Setapak”, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”.

Kalau kita melihatnya dalam konteks hari ini, ideologi DAP pada ketika itu adalah satu pendirian yang bersifat inklusif dan berpandangan jauh.

Namun begitu, lihat balik kepada dasar dan polisi yang kami kemukan pada hari ini, adakah DAP semakin beranjak ke hadapan? Atau sebaliknya kami tidak lagi melihat kepada ideologi yang diperjuangkan selama ini?

Perlu ingat, “Deklarasi Setapak” adalah satu deklarasi yang telah membentuk hala tuju perjuangan DAP bagi merealisasikan impian “Malaysia untuk rakyat Malaysia”.

Selama berpuluh-puluh tahun ini, DAP kekal menentang dasar asimilasi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional, iaitu dasar “Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa”.

Sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin parti kita, sudah tentu boleh menjadi sebuah rujukan bagaimana penolakan dasar diskriminasi kaum dilakukan.

Visi DAP adalah membina sebuah masyarakat yang tiada pengasingan di antara warna kulit atau kaum. DAP memperjuangkan masyarakat yang memberi peluang saksama kepada setiap individu untuk mengejar dan merealisasikan impian masing-masing.

Itulah sebabnya DAP masih tetap berdiri teguh di atas tanah air ini sehingga hari ini dan kini berjaya mendapat mandat rakyat bertukar dari parti pembangkang ke parti memerintah selepas PRU14 pada bulan Mei yang lalu.

Maka, sebagai ahli DAP, kami patut memahami erti sebenar dan justifikasi kesamarataan kaum.

Jangan sesekali terpengaruh dengan kenyataan bahawa perpaduan rakyat hanya boleh dicapai dengan merendahkan status atau kedudukan kaum masing-masing.

Ini bukanlah erti “kesaksamaan untuk setiap rakyat” tetapi ia namanya ialah “asimilasi semua rakyat”.

Kita mesti tahu, perbezaan warna kulit bukannya satu dosa atau alasan untuk menafikan hak seseorang.

Tetapi, politik yang berasaskan prinsip perkauman dan diskriminasi barulah penyumbang kemerosotan negara, dan sekali gus memusnahkan perpaduan negara kita yang tercinta ini.

Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum.

Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD. (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD))

Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.

Gantikannya dengan dasar yang berkepentingan memelihara hak setiap kaum, agar semua bangsa di Malaysia dapat terus hidup makmur bersama, demi negara yang mendukung prinsip kita semua sama.

Chow Yu Hui
ADUN TRAS

Chiong Yoke Kong
ADUN TANAH RATA

Kenyataan media bersama oleh Chow Yu Hui dan Chiong Yoke Kong di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 9 November 2018

Terima Komisyen Jutaan Ringgit, Ahli Parlimen BN Ini Akan Didakwa SPRM, Siapakah Agaknya?

THE MALAYSIAN INSIGHT | SEORANG lagi Parlimen dijangka dihadap ke mahkamah untuk kes rasuah berhubung pelbagai projek kerajaan bernilai lebih RM3 bilion, lapor New Straits Times.


Laporan itu mendakwa, ahli Parlimen bergelar Datuk Seri tersebut melakukan perbuatan itu sejak 2015 sehinggalah Barisan Nasional tewas pada 9 Mei lalu.

Laporan berkenaan, memetik sumber yang dekat dengan siasatan berkenaan, mendakwa wakil rakyat tersebut meraih jutaan ringgit hasil komisyen dari pemberian projek terbabit.

Projek berkenaan antara lain dilaporkan melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Kesihatan.

Salah satunya melibatkan bahagian tertentu untuk Lebuh Raya Pantai Barat dan satu lagi bagi pembelian ambulans bernilai RM100 juta, lapor NST.

Selain itu, siasatan juga tertumpu pada projek pembinaan jalan di Pelabuhan Klang, Sik di Kedah dan kawasan lain di pantai barat semenanjung.

Menurut laporan tersebut, kes melibatkan ahli Parlimen itu merupakan tumpuan bagi siasatan lanjut ke atas Najib Razak semalam.

Bekas perdana menteri itu dilaporkan disiasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat jam semalam. - 10 November 2018.

Selepas PH Memerintah Rating Petronas Dari Stabil Kepada Negatif.

NAJIB RAZAK | Tahniah Kerajaan PH, hari ini Moody's telah "downgrade" outlook atau penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif.

Inilah dia hasil kecekapan menguruskan kewangan negara, dan langkah-langkah bijak yang diambil dalam Belanjawan 2019 seperti menjarah Petronas untuk bayar dividen tinggi bagi tampung kekurangan hasil.

Ini bermakna penarafan kredit negara pun berkemungkinan besar akan turut dipengaruhi.


Ini pun dalam keadaan harga minyak boleh dikatakan tinggi dan stabil sekarang ini.

Apa jadi kalau harga minyak jatuh?

Apa "buffer" atau penampan yang kita ada nak tampung sekiranya berlaku krisis harga minyak sekali lagi?

Kerajaan BN dahulu berusaha bersungguh-sungguh untuk kurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak dengan mempelbagaikan sumber, selaras dengan keperluan semasa dan sejajar dengan arus perkembangan ekonomi dunia.

Tapi Kerajaan PH nak kembali ke zaman lama pula. Tak pernah dibuat orang.

-----------

Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan terbitan domestik dan mata wang asing tidak bercagar kanan PETRONAS pada A1, namun mengubah tinjauan daripada stabil kepada negatif.

Agensi penarafan itu juga mengesahkan penarafan A1 bagi nota tidak bercagar kanan Petronas Capital Ltd dan program nota jangka sederhana (MTN) jangka sederhana selain sukuk diterbitkan melalui Petronas Global Sukuk Ltd, namun mengubah tinjauannya kepada negatif daripada stabil.

Moody’s berkata, tindakan penarafan itu adalah susulan pengumuman kerajaan bahawa PETRONAS akan membayar dividen RM26 bilion pada 2018 dan RM54 bilion (termasuk dividen khas RM30 bilion) pada 2019.

“Tinjauan negatif kepada penarafan PETRONAS mencerminkan pandangan kami bahawa profil kewangannya akan terjejas jika kerajaan terus meminta syarikat mengekalkan dividen yang tinggi, khususnya jika harga minyak susut,” kata Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, walaupun syarikat minyak negara itu boleh menyokong pembayaran dividen yang diumumkan dalam belanjawan dan masih mengekalkan kedudukan tunai bersih, peningkatan selanjutnya dalam pembayaran dividen tetap tidak dapat diketepikan, terutama jika keperluan pembiayaan kerajaan meningkat.

"Pulangan pemegang saham yang tinggi akan mengurangkan keupayaan syarikat untuk menyerap turun naik harga minyak mentah dan mengekang fleksibiliti kewangannya. Bagaimanapun, Moody’s menjangka PETRONAS akan terus melabur dalam pertumbuhan pengeluaran dan rizabnya," katanya.

Halan menegaskan bahawa perubahan dasar kerajaan selanjutnya untuk sektor minyak dan gas boleh mempengaruhi kedudukan PETRONAS sebagai pemilik tunggal sumber petroleum negara dan meningkatkan royalti yang dibayar ke atas pengeluaran minyak dan gas huluannya.

Leveraj kewangan kasar Petronas, seperti yang diukur oleh jumlah hutang/pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan, meningkat kepada 0.7 kali bagi 12 bulan yang berakhir pada 30 Jun 2018 daripada kira-kira 1.0 kali pada 2016.

Moody’​​​​​​​s menjangka syarikat itu mengekalkan leveraj kewangan kasarnya di bawah 0.8-1.0 kali dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Ia berkata, jumlah hutang/jumlah permodalan Petronas kekal konservatif, di bawah 15 peratus setakat 30 Jun 201, dan Moody’s menjangkakan nisbah ini akan kekal pada 15 hingga 20 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang berbanding penurunan tahap ambang melebihi 30 hingga 35 peratus. - 10 November 2018.

Jangan Asyik Salahkan Barisan Nasional Kata Daim.

BERNAMA | KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin.


Beliau berkata apa yang berlaku pada masa lalu adalah sejarah dan pentadbiran baharu perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun.

“Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada menunaikan janji. Rakyat tahu apa yang berlaku dan itulah sebabnya mereka mengundi untuk menyingkirkan kerajaan terdahulu.

“Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk tidak mengulangi kepimpinan (kesilapan) yang sama,”
katanya kepada pemberita di Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.

Daim berkata kerajaan harus berusaha untuk memulihkan keyakinan di kalangan pelabur untuk menarik mereka kembali ke negara ini.

Beliau berkata 9 Mei menyediakan peluang keemasan kepada Malaysia di mana setiap orang secara bersama menentang kleptokrasi dan berjuang untuk kebebasan bersuara, keadilan untuk semua, ketelusan dan akauntabiliti.

“Dalam tempoh enam bulan lalu, kerajaan jelaskan apa yang perlu dilakukan dan mengambil pelbagai langkah kecil dan besar, bagaimanapun destinasi kita masih jauh,” katanya.

Daim menggesa rakyat Malaysia memberi sedikit masa kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya, yang bekerja keras untuk mereformasi ekonomi, yang merupakan perkara paling penting untuk dilakukan sekarang.

“Orang ramai tidak sabar, mereka mengundi untuk perubahan dan mahu melihat keputusan dengan segera. Janji telah dibuat tetapi apabila kerajaan mengambil alih, tiba-tiba mendapati perbendaharaan itu kosong.

“Bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji itu? Jadi ia akan mengambil masa,” katanya.

Ahli perniagaan kelahiran Kedah, ahli politik dan bekas menteri kewangan yang bersara 20 tahun lalu itu berkata, beliau bersyukur kerana beliau bersara.

“Saya tidak mahu berada di kedudukan itu, sebab itu saya bersara,” katanya.

Diminta mengulas mengenai Belanjawan 2019, beliau berkata ia sejajar dengan perjalanan Malaysia baharu.

Pada 2 November, Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019 dengan peruntukan sebanyak RM314.5 bilion, peningkatan sebanyak RM24.1 bilion berbanding RM290.4 bilion dalam Belanjawan 2018, manakala Belanjawan 2017 diperuntukkan RM260 bilion.

Daim menegaskan kawalan modal mungkin tidak berfungsi untuk Malaysia sekarang kerana keadaan pasaran berubah, berbanding krisis kewangan Asia 1997-1998.

“Dasar yang sama tidak akan berfungsi hari ini dan saya menasihat kerajaan untuk tidak melaksanakan kawalan modal sekarang,” katanya.

Daim berkata pengumuman dividen khas Petronas RM30 bilion yang diumumkan dalam belanjawan baru-baru ini tidak akan menjadi masalah kerana syarikat minyak negara mampu membuat pembayaran itu kepada kerajaan. - 10 November 2018.

Jumaat, 9 November 2018

Fund My Home, Surat Terbuka Jawab Mr. Tong Pengerusi EdgeProp.

NAJIB SAAHARI | Surat terbuka untuk menjawab surat terbuka Mr Tong .

YB Dato Sri Najib Razak,

With respect, you are wrong again.

In response to your Facebook posting on FundMyHome, the reason why FMH was launched 2 days after Budget 2019 was tabled is because EdgeProp Sdn Bhd was the initiator of the idea. We have thought long and hard in the past few years about finding a solution to help Malaysians, especially those with young families, who desire to own a home of their own instead of renting.

After crystallising our idea, we took it to the government and have been engaging the various regulators in the past several months, culminating in having the idea included when the Budget was tabled in parliament on Nov 2.

FundMyHome does not currently require regulatory approval as the financing of the scheme is open only to institutions and not the retail public. Approval for retail public participation as investors will be required and we will work with regulators to have this done by the first quarter of 2019.

Let me stress that this initiative came from the private sector and WILL NOT require any government funding, concessions or guarantees, as you had insinuated in your FB post.

If you care to watch the video on the launch of FMH, you will realise this was clearly articulated by YAB Prime Minister, YB Minister of Finance and myself.

You also said that FMH will not benefit the people, but did not put forward any reasons. I will wait to read what they are, and look forward to a discourse with you on this in the future.

FundMyHome is an innovative solution enabled by digital technology and the alignment of the interests of all stakeholders to help some Malaysians own their homes, at no costs to taxpayers.

Thank You and Kind Regards

Tong Kooi Ong
Chairman EdgeProp Sdn Bhd

_________________________________________________

Dear Mr Tong .

Dengan rasa tidak hormatnya , saya ingin menjawab surat terbuka awak kepada DS Najib .

Menjawab isu pertama didalam surat terbuka awak , awak berkata skim FMH dilancarkan dua hari selepas ianya dibentangkan didalam bajet kerana idea itu dimulakan oleh anda . Saya rasa anda pasti mempunyai tukang tilik atau ahli nujum yang cukup hebat untuk menjangkakan ianya akan dipersetujui oleh YB Menteri Kewangan .

Anda berasa cukup yakin akan idea itu akan dipersetujui sampai anda sanggup keluar beratus ribu mungkin berjuta untuk menyediakan platform itu seawal mungkin . Anda juga sanggup mengeluarkan modal untuk acara perasmian dibuat seawal mungkin dan anda sememangnya sangat yakin yang idea itu akan dipersetujui sehinggakan surat jemputan untuk merasmikan majlis tersebut sudah dihantar awal kepada YAB PM .


Boleh saya tahu siapa ahli nujum yang menilik bahawa idea itu akan dipersetujui oleh YB FM ?

Saya setuju bahawa skim FMH tidak akan menggunakan dana awam. Platfromnya sudah pon disediakan sebelum bajet diluluskan jadi pastilah tiada dana awam yang akan digunakan. Itu juga yang disampaikan oleh DSN jika kamu membaca sampaian DSN betul. Cuba luangkan sedikit masa untuk membacanya.

Anda bercakap bawah skim ini tidak akan menggunakan dana awam tapi akan menggunakan duit daripada pelabur institusi atas sebab itu ianya tidak perlukan regulator approval dan YAB PM berkata EPF boleh melabur didalam skim ini.

Tahukah saudara bahawa hanya 22% daripada pencarum mempunyai simpanan yang cukup untuk hari persaraan. 78% lagi tidak mempunyai simpanan berjuta macam saudara.


Oleh yang demikian, Kerisauan yang dinyatakan oleh bekas PM itu ada asasnya. Rumah yang disenaraikan didalam skim FMH bukanlah rumah yang berada ditempat yang strategik . Jadi besar kemungkinan pelabur institusi akan melabur dikawasan yang tidak strategik .

Skim ini juga didapati tidak memberi manfaat yang banyak kepada rakyat mungkin DSN tidak menyatakan alasannya tapi disini suka saya memberitahu alasannya;

1 - Jika ada apa-apa kerugian seperti rumah jatuh harga , mengikut sistem kiraan skim FMH kerugian itu tidak ditanggung bersama tetapi ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Pelabur akan dapat kembali duit mereka dahulu , jika ada lebih baru diberikan kepada pembeli.

2 - Jika pembeli ingin memiliki rumah tersebut, pembeli perlu membeli pada harga pasaran walaupon depositnya sudah dibayar terlebih dahulu.

3 - Wang pembeli difahamkan akan diberi kepada pemegang amanah dan keuntungan daripada itu akan diberikan kepada pelabur. Jika pelabur sudah mendapat keuntungan daripada situ kenapa keuntungan dimasa hadapan masih lagi perlu diberi kepada pelabur bila pembeli ingin memiliki rumah tersebut?

4 - Developer pula dapat menjual rumah mereka. Jika rumah yang dijual bersifat strategik bolehla ianya memberi keuntungan kepada pembeli tetapi malangnya rumah yang disenaraikan merupakan rumah yang tidak terjual ( unsold unit ). Rumah itu tidak terjual kerana tidak mempunyai nilai strategik. Tambahan pula diskaun rumah, kos legal dan duti stamp tidak ditanggung seperti rumah-rumah yang dibeli melalui cara biasa.

Skim FMH betul merupakan sistem yang inovatif tetapi ianya masih lagi perlu diperhalusi agar ianya betul-betul memberi manfaat kepada rakyat dan pelabur secara saksama dan adil

Terima kasih. - 9 November 2018.

Great Eastern Holdings Belum Setuju Nak Sumbang RM2b Tapi Lim Guan Eng Dah Beria-Ria Umumkan Di #Belanjawan2019.

LAPORAN | Nampaknya Menteri Kewangan buat hal lagi. Kali ini melibatkan skim insurans percuma untuk golongan B40. 

Menurut portal Singapore Business Review, Great Eastern Holdings Ltd. mendakwa, pihaknya masih belum memberi kata putus berhubung sumbangan sebanyak RM2 bilion bagi memenuhi ketetapan pemilikan asing di Malaysia.


Portal Singapore itu melaporkan, Great Eastern Holdings Ltd. ketika ini sedang berbincang dengan kerajaan Malaysia berhubung pilihan bagaimana Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd. (Great Eastern) mampu memenuhi keperluan pemilikan asing.

Katanya, satu daripada pilihan tersebut adalah Great Eastern perlu menyalurkan dana amanah pembangunan khas, berkemungkinan besar dalam bentuk dana perlindungan kesihatan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

“Pada peringkat ini perbincangan berkenaan pilihan masih lagi dijalankan dan maklumat terperinci mengenainya belum lagi dimuktamadkan.

“Berdasarkan pilihan yang sedang dipertimbangkan, Great Eastern Holdings Ltd. percaya perkara itu tidak akan memberi kesan material terhadap pendapatannya dan Great Eastern,”
kata Great Eastern Holdings Ltd. dalam satu kenyataan semalam.

Untuk rekod, pada 2 November 2018 yang lalu, Lim Guan Eng di Parlimen mengumumkan skim kesihatan percuma untuk golongan B40. Skim Kesihatan itu mengandungi Skim Insurans yang akan melindungi kumpulan sasaran sehingga 8,000 setahun bagi 4 jenis kategori penyakit kritikal.


Dan pengumuman itu disusuli dengan kenyataan Menteri Kewangan itu bahawanya, Great Eastern bersetuju untuk mencarum RM2 bilion kepada dana pembangunan insurans.


Dan ini bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh portal
Singapore Business Review. 

Menurut Exco Pemuda UMNO pula, Shahril Sufian Hamdan, kenyataan Lim Guan Eng itu boleh dianggap berbohong dalam Parlimen apatah lagi ketika membentangkan Belanjawan 2019.

Shahril juga mendakwa, jika syarikat insurans Singapura itu bersetuju untuk menyumbang RM2b sebagai modal permulaan, syarikat itu berkemungkinan besar akan dikecualikan dari peraturan terbaru Bank Negara Malaysia (BNM) yang mewajibkan semua syarikat insurans asing perlu ada 30% saham warga tempatan untuk kekal beroperasi di negara ini. - 9 November 2018. 

Farid Kamil Dedah BN Cuba Rasuah 5 Juta Untuk Maafkan Najib & Rosmah, Lokman Lapor Polis.

BERNAMA | POLIS akan memanggil pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis yang dibuat terhadap beliau berkenaan dakwaan cubaan dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika mengesahkan perkara itu berkata, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pukul 6 petang semalam, oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu Lokman Noor Adam.


“Dalam laporan polis itu, pengadu mendakwa melihat satu video di Youtube, di mana Farid memberitahu dia cuba dirasuah RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas perdana menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.

“Pengadu mendakwa Farid sengaja reka cerita untuk menjatuhkan imej Najib dan Rosmah dan mendakwa jika betul berlaku, kenapa Farid tidak membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),”
katanya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pelakon dan pengarah tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat.

Fadzil berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.

Dalam video yang dimuat naik dalam Youtube MyFokus Online pada 7 November lepas, Farid dalam program terbitan TV Al-Hijrah berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?” mendakwa beliau cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh pihak kerajaan terdahulu untuk memaafkan Najib dan Rosmah. – 9 November 2018.

 

Zuraidah 'Open Minded' Ditegur PW Community, Akan Perbetulkan Kesilapan.

Kenyataan Media | Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan

Menteri KPKT Ambil Maklum Teguran Dan Cadangan Rakyat

 
Saya maklum akan teguran yang telah dibuat oleh sebuah akaun anti-penipuan di platform Facebook yang dikenali sebagai PW Community berkenaan kehadiran saya ke sebuah majlis anugerah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan September lepas.


Pihak saya dan kementerian mengucapkan terima kasih dan menghargai teguran tersebut. Kerajaan Pakatan Harapan amat mengalu-alukan segala komen dan kritikan yang membina.

Sebagai kerajaan baru yang mengamalkan sikap terbuka dengan jemputan apa jua majlis untuk mendekatkan kementerian dan rakyat, kini kami telah melaksanakan pemilihan yang lebih terperinci dalam kehadiran ke majlis atau program-program akan datang.

Saringan yang ketat ini perlu, demi memastikan nama dan imej kerajaan dan kementerian tidak disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Program yang berteraskan pemberdayaan masyarakat dan komuniti akan diberikan tumpuan, selari dengan hasrat KPKT untuk mewujudkan komuniti dan generasi mampan.

Bersama kita membangunkan Malaysia yang lebih gemilang.

YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin

Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan

ICERD, Belanjawan & Kuasa Negara - Abdul Muein Abadi.

Abdul Muein Abadi | ICERD, BELANJAWAN & KUASA NEGARA

1. Kita di Malaysia kini dihadapkan dengan dua isu besar yang mengimpak secara langsung ke atas kuasa negara kita. Malah boleh dikatakan bahawa kedua-dua isu ini cukup signifikan hinggakan sesetengah pihak meletakkannya sebaris dengan peristiwa penentangan orang Melayu ke atas Malayan Union dan juga krisis Kewangan Asia 1998.


2. Pertama ialah cadangan Kerajaan Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination (ICERD) 1969.

3. Isu yang kedua pula ialah pembentangan Belanjawan 2019 yang merupakan Belanjawan pertama yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih teraju pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN).

4. Lalu bagaimana harus kita menanggapi isu ICERD dan Belanjawan 2019 hari ini? Di sebalik pelbagai pandangan yang telah diutarakan oleh pelbagai pakar tanah air – daripada bekas Ketua Hakim Negara dari perspektif perundangan ke atas isu ICERD hinggalah ke pakar ekonomi dan agensi antarabangsa yang mengulas Belanjawan 2019 dari perspektif makroekonomi – impak kedua-dua isu ini ke atas kuasa negara juga wajib diberi perhatian khusus.

5. Apakah yang aspek-aspek penting yang membentuk ‘kuasa’ bagi sesebuah ‘negara’? Terdapat empat komponen yang diajukan oleh Fareed Zakaria dalam karya beliau ‘From Wealth to Power’ terbitan Princeton University Press yang membentuk ‘kuasa negara’. Keempat-empat komponen dari perspektif ‘State-centered Realism’ yang diajukan Fareed Zakaria tersebut ialah autonomi negara (state autonomy), skop tanggungjawab negara (state scope), keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), dan kesepaduan negara (state cohesion).

6. Kuasa negara yang kuat dicirikan oleh negara yang berautonomi tinggi, skop tanggungjawab yang luas, mampu mengekstrak sumber dalam skala besar, dan bersepadu. Kuasa negara yang lemah pula dicirikan oleh autonomi yang rendah, skop tanggungjawab yang sempit, kurang mampu mengekstrak sumber, dan tidak bersepadu.

7. Belanjawan 2019 menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan mengemukakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukan sebanyak RM314 bilion. Terdapat 10 pengumuman yang memberi impak negatif dan positif ke atas kuasa negara dalam belanjawan 2019 ini. Lima pengumuman yang mengundang kesan negatif ialah ‘pengunduran kerajaan daripada pasaran’, ‘pengurangan pegangan kerajaan dalam aset bukan strategik’, model baharu kerjasama Awam-Swasta (PPP), ‘penjualan tanah milik kerajaan secara berjadual dan terancang’, dan juga ‘Bon Samurai’ Jepun. Pengambilan peruntukan yang besar daripada Petronas juga telah menyaksikan impak negatif dijangkakan ke atas perusahaan negara itu.

8. Kesemua pengumuman ini mengundang pengurangan kuasa negara dalam aspek autonomi negara, skop tanggungjawab negara dan juga keupayaan negara mengekstrak sumber. Namun demikian, ia diimbangi dengan lima pengumuman yang memberi impak positif ke atas kuasa negara iaitu peruntukan sebesar RM60.2 bilion kepada pendidikan, ‘Agenda Pemerkasaan Bumiputera’, Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0 (seperti dana berimpak tinggi MITI dan Hab Aeroangkasa Khazanah), pengenalan cukai baharu dan juga strategi pemerkasaan eksport, IKS, pelancongan, pertanian dan R&D bagi menghadapi Perang Perdagangan Amerika-China.

9. Jika isu Belanjawan melibatkan aspek material dalam kuasa negara, isu ICERD pula adalah melibatkan aspek ideologi politik dalam kuasa negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy telah menegaskan bahawa kerajaan Pakatan akan berusaha untuk meratifikasi ICERD seawal suku pertama 2019.

10. Langkah meratifikasi ICERD ini bakal mengimpak tiga dimensi kuasa negara secara negatif iaitu autonomi negara, skop tanggungjawab negara dan kesepaduan negara.

11. Dari segi autonomi negara, kita akan terbelenggu dalam pembuatan keputusan yang melibatkan dasar-dasar yang melibatkan kaum dan agama seperti dasar yang bersifat ‘affirmative action’ seperti peruntukan khusus untuk orang Melayu dan Bumiputera, perundangan Syariah dan praktik menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Autonomi kita akan terhakis dek dipantau rapat oleh badan asing serta pendukung mereka dalam negara ini. Jangan sekadar baca Artikel-artikel ICERD itu sahaja, bacalah juga laporan-laporan CERD yang banyak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain - khususnya di negara umat Islam.

12. Dari segi skop tanggungjawab negara pula, campur tangan kerajaan dalam ekonomi politik bagi menegakkan acuan sendiri akan semakin agresif dicabar dan dituntut untuk dikendurkan. "Jambatan" antara pihak tertentu dalam negara ini dengan jawatankuasa CERD antarabagsa akan wujud lalu memberi tekanan besar secara halus ke atas kuasa negara.

13. Demikian juga impak negatif ICERD ke atas kesepaduan negara di mana jelas sekali dalam keadaan tiada parti dominan yang menjadi tonggak pemerintahan, pertentangan dan percanggahan pendirian akan memburukkan jurang sedia ada dalam pentadbiran. Kestabilan politik yang kita capai selama ini bakal dirungkai akibat membuka ‘kotak Pandora’ yang tidak perlu.

Ingatlah. Kemakmuran ekonomi akan merudum bila mana kestabilan politik digugat. - 9 November 2018.

Khamis, 8 November 2018

FundMyHome Untuk Bantu Pemaju Jualkan Rumah Mewah Yang Tak Laku Bukan Untuk Bantu Rakyat Miskin Beli Rumah.

NAJIB RAZAK | RUMAH : BAYAR 20 PERATUS, TINGGAL PERCUMA 5 TAHUN

Saya baca tajuk berita ini, saya ikhlas nak beri dia tepukan.

Hari ini saya nak sambung komen mengenai Skim FundMyHome yang dilancar baru-baru ini dan yang diwar-warkan oleh Menteri Kewangan.


Ya, meskipun belum jelas sama ada mendapat kelulusan pihak berkuasa, tapi dah ada senarai hartanah untuk dijual.

Seolah-olah dah tahu lama dan bersiap sedia untuk dipasarkan.

Memang hebatlah cara promosi.

1) Bayar 20 peratus harga rumah kemudian tidak perlu bayar apa-apa untuk 5 tahun.

2) Baki 80 peratus dibayar peminjam dana/pelabur/institusi kewangan.

3) Mengikut laporan, 'deposit' atau bayaran pendahuluan 20 peratus yang dibayar oleh saudara-saudari akan diletakkan dalam satu akaun amanah (trust account) dan akan diguna untuk bayar sebagai pulangan pelaburan 5 peratus setiap tahun kepada peminjam dana/pelabur/institusi kewangan selama 5 tahun.

4) Jika nilai rumah meningkat dalam masa 5 tahun ini, peningkatannya dikongsi dengan peminjam dana 80%.

5) Jika nilai rumah menurun dalam masa 5 tahun ini, ia ditanggung oleh pembeli rumah (maknanya saudara-saudari lah)

6) Selepas 5 tahun, pembeli rumah boleh membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut (keuntungan dikongsi dengan peminjam dana 80%).

7) Selepas 5 tahun, jika tidak ingin jual, saudara-saudari boleh memiliki rumah tersebut sepenuhnya dengan membuat pinjaman perumahan mengikut nilai pasaran.

Sebenarnya, skim ini nak membantu siapa? Rakyat atau pemaju?

Saya rasa Menteri Kewangan perlu tanya diri.

1) Jika pembeli rumah mampu membayar 20 peratus "deposit", mengapa pembeli rumah tersebut tidak dapat membeli rumah selama ini dan tidak mendapat pinjaman daripada bank?

2) Mengapa pelabur/peminjam dana masih berkongsi keuntungan dengan pembeli rumah jika pembeli berhasrat menjual selepas 5 tahun? Sedangkan sepanjang 5 tahun tersebut, pelabur/peminjam dana telah menerima pulangan pelaburan 5 peratus setiap tahun selama 5 tahun daripada "deposit" 20 peratus yang dibayar oleh pembeli.

3) Perlu diingatkan juga bahawa banyak projek perumahan hari ini yang disertakan dengan pelbagai diskaun. Apa yang akan terjadi kepada semua ini dengan skim FundMyHome seperti ini? Lesap?

4) Selepas 5 tahun, pembeli rumah tetap kena pergi ke bank dan membuat pinjaman perumahan. Dan pada harga pasaran ketika itu! Jika pada masa itu pembeli rumah masih tidak mampu memiliki rumah dan membuat bayaran ansuran setiap bulan, apa akan terjadi kepada mereka? Dihalau keluar dari rumah?

5) Apa jadi selepas tamat tempoh 5 tahun dan harga hartanah tidak meningkat seperti yang diharapkan? Ditanggung oleh pembeli?

Saya ulang soalan utama saya. Sebenarnya, skim ini nak membantu siapa? Rakyat atau pemaju? - 8 November 2018.

Gagal Pertahankan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman Akan Buat Rayuan.

KENYATAAN MEDIA | Kenyataan Tan Sri Musa Haji Aman:

Saya mengucapkan terima kasih kepada mahkamah, keluarga, pasukan peguam dan semua penyokong setia yang sentiasa menjunjung dan menghormati Perlembagaan Negeri Sabah.



Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri atau tidak.

Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat KM. 


Saya berpendapat bahawa isu ini belum selesai sepenuhnya pada hari ini. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini.

Tan Sri Musa Haji Aman

Kota Kinabalu, November 7, 2018.

Dua Menteri PH Digelar Bangang Kerana Hadir Program Anjuran Syarikat Scam.

PW Community | MENTERI PH SAMA BANGANG

1. Slogan Malaysia Baru hanya gah pada nama, tetapi so far tiada apa-apa perubahan paradigma.

2. Sepatutnya menteri yang dikelilingi beratus pegawai ambil tahu sama ada event yang dijemput legit ataupun tidak.



3. Dua mangkuk politik PH iaitu Zuraida Kamaruddin dan Bian Baru menghadiri event Golden Phoenix Award berlangsung pada September 2018.

4. Golden Phoenix Award bukannya event yang memberi pengiktirafan yang genuine, sesiapa sahaja akan diberi award, janji bayar.

5. Award tersebut dikendalikan oleh Robin Tan, makhluk yang menjual PhD UM kepada Boy Iman (lihat gambar).




6. Dalam event Golden Phoenix Award 2017, Boy Iman diberi anugerah entrepreneur dalam bidang hartanah, apa punya bangang (rujuk video di bawah).


7. Event penganugerahan pertama yang dikendalikan oleh Robin Tan dirasmikan oleh Sultan Melaka ..... no kidding.

8. Makhluk bangsat seperti Robin Tan sepatutnya tidak sokongan, tapi menteri mangkuk PH tak reti buat due diligence.

CC : 1. Zuraida_kamaruddin
2. Baru Bian

Ahli Baru PKR Di Cabang Jalau Sah, Bukannya Pengundi Hantu.

KENYATAAN MEDIA | Mengenai Keanggotaan di Cabang Julau dan Pemilihan KEADILAN

Mesyuarat Biro Politik KEADILAN malam tadi telah membincangkan beberapa perkara berkait pemilihan parti, termasuk isu keanggotaan di Cabang Julau. Biro Politik KEADILAN dimaklum oleh Setiausaha Agung KEADILAN bahawa semua permohonan keanggotaan baharu hanya dimasukkan ke dalam pangkalan data keanggotaan selepas ia diluluskan Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Bagi tujuan pemilihan parti, tarikh akhir penerimaan permohonan keanggotaan baharu ialah 26hb Jun 2018. Biro Politik KEADILAN dimaklumkan bahawa jumlah besar permohonan keanggotaan baharu bagi Cabang Julau telah diterima ibu pejabat KEADILAN pada 12hb Jun 2018.

Selepas 26hb Jun, senarai akhir permohonan keanggotaan baharu telah diluluskan dalam satu mesyuarat khas MPP. Senarai tersebut kemudiannya diserah kepada setiap Cabang untuk semakan dan bantahan, yang tamat pada 17hb Julai 2018. Sehingga tarikh tersebut, ibu pejabat KEADILAN tidak menerima sebarang bantahan dari mana-mana pihak terhadap permohonan keanggotaan baharu di Cabang Julau.

Oleh itu, berdasarkan fakta-fakta ini, dan memandangkan tiada pelanggaran proses dalam kes ini, Biro Politik KEADILAN dimaklumkan bahawa permohonan keanggotaan baharu di Cabang Julau adalah sah.

Selain itu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) telah memaklumkan bahawa Cabang-Cabang berikut akan mengadakan pemilihan parti pada tarikh-tarikh berikut:

(Rujuk grafik)



Biro Politik KEADILAN juga telah mengarahkan Lembaga Disiplin parti untuk segera menyiasat semua insiden kekacauan dan gangguan yang berlaku sewaktu proses pemilihan berjalan. Mereka yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti atau tindakan yang melanggar disiplin parti akan dikenakan tindakan tegas.

Pada masa yang sama, semua anggota yang telah dipecat atau digantung keanggotaan sebelum ini adalah ditegah sekeras-kerasnya dari terlibat dalam proses pemilihan parti termasuk berkempen untuk mana-mana pihak.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

8hb November 2018

Kenapa Ezam, Latheefa Tak Pertikaikan Azmin Ke Sarawak Guna Jentera Kerajaan? Kenapa Hanya Serang DSWA Sahaja?

KENYATAAN MEDIA | Tuduhan Tidak Berasas Terhadap TPM, Latheefa Koya dan Ezam Patut Malu

Susulan lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail ke Julau, Sarawak. Tampil beberapa individu yang menunjukkan rasa tidak puas hati tanpa sebab yang munasabah.


Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya mempersoalkan lawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail ke Julau, Sarawak menjelang pemilihan parti di negeri itu Sabtu ini adalah tidak berasas.

Beliau yang menyifatkan lawatan itu sebagai tidak wajar serta mendakwa Presiden Keadilan menggunakan jentera kerajaan untuk melawat negeri itu atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah alasan yang sangat tidak boleh diguna pakai.

Ini kerana beliau (Wan Azizah) tidak bbertanding dan beliau bukan calon untuk sebarang jawatan pada pemilihan kali ini.

"kita boleh saja andaikan beliau (Wan Azizah) melawat kawasan berkenaan kerana sebelum ini ramai tidak tahu tentang Julau sebelum nama kawasan ini hangat diperkatakan. Maka beliau turun sendiri ke kawasan berkenaan dan kebaikannya adalah beliau (Wan Azizah) sendiri melihat keperluan di kawasan Julau.

Adakah beliau berkempen? Sudah tentu tidak. Dan tiada asas mempersoalkan kehadiran YB Larry Sng kerana beliau merupakan Ahli Parlimen kawasan berkenaan."


Seorang lagi individu yang mempersoalkan lawatan TPM ke Julau adalah Mohamad Ezam Mohd Nor. Beliau berkata berlaku perlanggaran etika kewangan negara yang amat ketara.

"Ezam yang turut mendesak Wan Azizah disiasat kerana didakwa melakukan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan sumber kewangan negara atas alasan memberikan peruntukan Rm100,000 kepada Julau adalah sangat tidak berasas kerana beliau tidak bertanding pada pemilihan kali ini dan dakwaan seolah beliau cuba membeli undi sangat tidak masuk akal."

Saya melihat kedua mereka ini ada kesepakatan cuba menjatuhkan kreadibiliti Timbalan Perdana Menteri dan menunjukkan betapa terdesaknya mereka untuk membidas Timbalan Perdana Menteri sehingga membuat tuduhan tidak berasas.

Mereka patut berasa malu dan tidak perlu mencampuri urusan TPM yang membuat lawatan ke Sibu. Ini adalah tanggungjawab beliau dan sepatutnya kedua individu terdesak ini menyokong niat baik TPM.

Saya juga ingin bertanya kepada Latheefa dan Ezam mengapa mereka tidak mempersoalkan lawatan Azmin Ali ke Sarawak yang menggunakan jentera kerajaan ketika ini sedangkan beliau merupakan calon Timbalan Presiden Keadilan dan pemilihan peringkat negeri Sarawak akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad ini.

Razeef Rakimin
Setiausaha 

Pemuda Pakatan Harapan
Sabah

Rabu, 7 November 2018

Isu Pantun, Apa Yang Anda Patut Tahu Disebalik Larangan ATM.

Mohd Raduan Ja’apar, Ketua Penerangan PPBM Negeri Melaka | Assalamualaikum WBH dan Salam Sejahtera.

Gambar viral di sosmed
Saya rasa terpanggil untuk menyampaikan maksud yang dimaksudkan tentang larangan berpantun oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM). Disamping saya juga mempunyai sedikit latarbelakang ketenteraan yang agak ranum dengan protokol.

Larangan tersebut cuma dikenakan kepada 3 Majlis Rasmi Berprotokol yang telah dilaksanakan sekian lama iaitu:-

1) Yang melibatkan ATM dengan YDPA atau raja-raja dan Pembesar Negeri/Negara.

2) Acara Perbarisan dan adat istiadat panji-panji.

3) Acara rasmi yang melibatkan 3 cabang perkhidmatan (TDM, TLDM, TUDM).


Saya mohon kepada semua netizens agar tidak menerima sebarang berita tanpa memahami isi kandung terlebih dahulu. 


Adakalanya, berdiam diri itu lebih besar faedahnya dari berkata-kata. - 7 Oktober 2018.

Melayu Adalah Kaum Malas, Bastard Tak Bayar Cukai.

KHAIRUL AZRI | Melayu Adalah Kaum Malas, Bastard Tak Bayar Cukai.

Den cukup semak bila mana kita dah masuk tahun 2018, dan di era so-called 'Malaysia Baharu' ni, masih ada lagi golongan yang perasan dan percaya propaganda tahun 90an yang kaum dia je yang bayar cukai dan orang Melayu ni adalah kaum pemalas dan 'bastard' sebab makan duit cukai kaum dia.


First off all, den tak goma nak mencarut, tapi dalam kes ni den buat exception sebab sebenarnya engkau tu lah yang bastard, ataupun lebih tepat lagi RACIST-BASTARD!

Sebab apa den koba begitu, sebab engkau mengarut dan sebenarnya tak tahu malu dan tak sedar dek untung.

Meh sini den nak ajar ekau,

Jumlah keseluruhan hasil cukai bagi tahun 2018(anggaran) adalah RM174.67 Billion.


Pecahan hasil cukai kerajaan ni pula ada 2:

i. Cukai Langsung
ii. Cukai Tidak Langsung.


Dan daripada RM174.67 Billion tersebut, jumlah kutipan cukai pendapatan adalah sebanyak RM125.59 Billion.

Now, kita kena tahu juga bahawa daripada cukai pendapatan berjumlah RM125.59 Billion tu pula bukan semuanya cukai pendapatan individu.

Habis tu, cukai apa?

FYI, dari RM125.59 Billion tu,

- RM70.53 Billion adalah cukai korporat
- RM16.85 Billion adalah cukai petroleum


Cukai pendapatan individu pula hanyalah sekitar RM34.8 Billion.

Now apa yang ekau boleh faham dari angka-angka yang den bagi kat atas ni?
asdfdf


Kalau kau pandai membaca, kau akan dapati kenyataan 'syok sendiri' golongan macam ekau ni yang koba kaum kau saja yang bayar cukai dan kaum Melayu pemalas dan 'bastard' ni enjoy adalah merepek lagi merapu.

Sebab katakanlah keseluruhan cukai pendapatan tu kaum kau saja yang bayar, daripada jumlah keseluruhan 14.6 juta pembayar cukai pendapatan tu semua kaum dan bangsa kau saja, tak ada orang Melayu sekoq pun, seolah-olah sesen pun orang Melayu tak bayar..

Maka peratusannya hanyalah 19.9% dari keseluruhan hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan.

Tapi tak logik pun kalau kita kira mcamtu, sebab bersepah orang Melayu bayar cukai pendapatan ye dak?

Den ni yang memang orang Melayu totok pun bayar cukai la sejak dari tahun pertama berkerja. cermin sikit muka sebelum bercakap.

Oh jap, sebelum golongan kau nak claim jugak bahawa cukai korporat tu company kaum kau jugak yang bayar..

Ni den nak ingatkan jangan perasan sangat, sejak tahun 2004 lagi big chunk daripada cukai korporat tu dibayar oleh GLCs, di mana GLC telah menyumbang >RM60 Billion kepada hasil cukai kerajaan tanpa gagal! Power bai.

Kita ambil contoh tahun 2015, Petronas, Tenaga, Axiata, Maybank dan GLC-GLC milik kerajaan yang bayar RM63.5 bilion cukai korporat, iaitu lebih kurang 37% daripada keseluruhan kutipan cukai kerajaan bagi tahun tersebut, maka tak payah nak perasan sangat la bang syarikat kaum kau yang bayar cukai korporat tu.

Nak tanya jap, majoriti yang kerja dan lead GLCs ni bukan kebanyakkannya Melayu BASTARD dan PEMALAS tu ke?

Cuba cek jap? siapa yang lead Petronas? Tenaga? Axiata? Maybank?

Hello?

Lagi satu, kita jangan lupa bahawa dari RM174.67 Billion ni pula, kerajaan juga akan mengutip cukai tidak langsung sebanyak RM41.25 Bilion yang terdiri daripada cukai GST, SST, eksais duti setem dll.

Tahu ke tak yang by numbers, Bumiputera menyumbang 65.9% (Melayu 60.1%) daripada jumlah isi rumah dan 59.5% agihan pendapatan seluruh negara

So den nak tanya kat kau ni..

Bukankah 65.9% BUMIPUTERA ini juga yang berbelanja dan akan dikutip cukai daripada mereka?

Ke bila 65.9% BUMIPUTERA ni pergi beli barang kat shopping mall or supermarket, dia boleh kata, "aku BUMIPUTERA, aku kaum BASTARD, kau jangan collect GST/SST dengan aku, pergi collect dengan kaum sekian-sekian?"

Gitu?

Sebagai kesimpulan, ketahuilah bahawa isu kaum siapa bayar cukai terbanyak ni dah lapuk dan hanyalah sebuah propaganda tahun 90an yang merepek lagi merapu.

Maka kalau ada jumpa laei orang-orang macamni, boleh la gelakkan dia secara berjemaah.

Sekian.

p/s: Siapa orang Melayu yang bayar cukai macam den, bolehlah komen AKU PUN BAYAR CUKAI di ruangan komen.

Rujukan:
PERINCIAN ANGGARAN HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN
http://www1.treasury.gov.my/pdf/hasil/perincian.pdf

Driving GLCs to greater heights
https://www.nst.com.my/…/20…/09/driving-glcs-greater-heights

Government-Linked Companies:
Impacts on the Malaysian Economy
http://www.ideas.org.my/…/PI45-Government-Linked-comapnies-…

LAPORAN PENYIASATAN PENDAPATANISI RUMAH DAN KEMUDAHAN ASAS -2014
https://ongkianming.com/…/Household-and-Income-Survey-2014.…

"Syed Saddiq Bodoh, Rasis, Jangan Undi Dia Lagi", Siti Kasim Marahkan Menteri KBS Kaw-Kaw.

LAPORAN | Hanya kerana mempertahankan artikel 153 dan hak bumiputera, Syed Saddiq dikecam hebat oleh peguam dan aktivis kemasyarakatan, Siti Kasim.


Pada 5 November lepas, Menteri Belia dan Sukan itu mengeluarkan kenyataan mengenai ICERD yang menjadi perbahasan hangat dikalangan netizens berikutan dianggap akan memansuhkan hak bumiputera di negara ini.


Dalam kenyataan itu mewakili ARMADA, Syed Saddiq menegaskan artikel 153 berkaitan hak kaum bumi dan sistem raja berperlembagaan akan dipertahankan oleh anak muda PPBM itu. 

Gambar oleh The Patriots.

Dan menurutnya, PPBM tidak akan teragak-agak menolak ratifikasi ICERD andai ianya bercanggahan dengan artikel 153.

Sebelum ini peguam PPBM dan Tun Mahathir, Tuan Haniff Katri juga nampaknya memberikan beberapa ulasannya mengenai ICERD. 

Ramai percaya ulasannya itu adalah bayangan sedikit sebanyak mengenai pandangan Tun Mahathir mengenai ICERD. Yang mana berkemungkinan PPBM tidak mahu kepada ratifikasi ICERD. Bagaimanapun kerana kuasa PPBM yang sedikit dan lemah dalam parti, penolakan PPBM perlu dilakukan dengan cara lembut dan berhemah bagi memastikan isu itu tidak menjadi virus dalam perpaduan Pakatan Harapan. 

Untuk rekod, dalam manifesto PRU PH yang lalu, meratifikasikan ICERD adalah sebahagian dari agenda Pakatan Harapan. Jika PPBM menjadi satu-satunya parti yang menolaknya secara terbuka, ia mungkin menjadi drama politik yang berpanjangan. 

Kenyataan oleh Syed Saddiq itu kemudiannya dipetik Siti Kasim dan beliau mengulasnya di Facebook.

"Tolak ahli politik yang rasis dan sukakan perpecahan.

Ingat orang ini (Syed Saddiq), pada pilihanraya umum yang akan datang, tolaklah ahli politik sebegini. Kita tak perlukan si bodoh ini dalam Parlimen menembak sana sini tanpa menyemak kesahihan fakta. 


Dia berkata seperti ini kerana mahu mendapatkan sokongan politik dari apa yang dia anggap, perlembagaan melayu (ketuanan melayu). Dia lupa ke yang non melayu (non muslims) undi dia juga. Dia lupa ke ada melayu yang macam saya juga. Kita tolak ahli politik seperti ini sekeras-kerasnya," kata Siti Kasim dalam satu kenyataan. 

Untuk rekod, Siti Kasim membuat ulasan itu dengan hanya membaca laporan berita dari Free Malaysia Today yang tidak menyiarkan laporan penuh kenyataan Syed Saddiq.

Dan disini kami siarkan kenyataan penuh Syed Saddiq mengenai isu ratifikasi ICERD;

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN | Merujuk kepada cadangan Kerajaan Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination (ICERD) 1969, ARMADA selaku sayap pemuda bagi parti BERSATU ingin menegaskan beberapa perkara seperti berikut:

(1) Sekiranya proses meratifikasi ICERD akan melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak yang termaktub di Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957, pihak ARMADA tanpa kompromi akan menolak sekeras-kerasnya proses tersebut. Ini berdasarkan persefahaman dan ketetapan bersama yang dibuat oleh kesemua parti komponen di dalam Pakatan Harapan untuk meneruskan dan mensejahterakan Malaysia melalui asas dan dasar yang telah sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.

(2) Sebarang bentuk agenda untuk mengubah dan menggubal dasar-dasar kenegaraan Malaysia yang baru di dalam Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dibuat melalui proses di Parlimen yang memerlukan 2/3 undi majoriti. Ini bermakna ianya dibuat atas kehendak politik (“political will”) rakyat Malaysia sendiri (“internal force”) tanpa campur tangan pihak asing. Kami menolak sebarang unsur tekanan dan ancaman pihak luar (“external forces”) dalam proses menggubal apa sahaja undang-undang di Malaysia termasuklah Perlembagaan Persekutuan sekiranya ratifikasi ICERD dilaksanakan.

(3) Kami sedia maklum bahawa terdapat ruang undang-undang antarabangsa untuk melakukan pengecualian tertentu di dalam ICERD dan juga konvensyen-konvensyen lain, namun ARMADA meletakkan kepentingan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang Malaysia seperti yang disebut di dalam Rukunegara melebihi apa jua undang-undang luaran dan antarabangsa. Atas hujah itu, ARMADA mendesak pihak Kerajaan untuk mengkaji semula cadangan ratifikasi ini sama ada ia akan meletakkan undang-undang negara pada tahap yang sama dengan undang-undang antarabangsa kerana ia boleh mengakibatkan keseimbangan sosio-ekonomi dan hak-hak tertentu di Malaysia mula terhakis.

(4) Resepi kejayaan sesebuah negara adalah berdasarkan acuan masing-masing dan tidak semestinya perlu menurut kesemua aturan yang diwar-warkan oleh pihak luar. Dalam proses pembentukan sosio-ekonomi negara, akan terdapat perkara-perkara fundamental yang mungkin bercanggah dengan konsep universal yang digunapakai oleh negara-negara tertentu, namun kita berhak membina model negara ini menggunakan cara dan acuan kita sendiri mengikut hukum agama, adat dan kearifan tempatan sesuai dengan prinsip Islam yang sejagat dalam menjaga kemuliaan insan (karamah insaniyyah), namun Kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan berlaku tidak adil dengan mana-mana pihak walaupun ICERD tidak diratifikasi.

(5) ARMADA percaya bahawa sesetengah bentuk diskriminasi positif dalam bentuk ‘affirmative action’ masih diperlukan dalam pembentukan masyarakat negara ini. Ini termasuklah polisi berkaitan pembangunan ekonomi, pendidikan dan pemilikan rumah Bumiputera. Namun, penambahbaikan dan urus tadbirnya akan diperkemaskan oleh Kerajaan Malaysia Baharu bagi mengelak ianya disalah guna untuk kepentingan peribadi, mengaut keuntungan secara salah dan penindasan. Di peringkat antarabangsa, jelas terdapat bukti bahawa diskriminasi positif dapat mengurangkan jurang perbezaan sosio-ekonomi sesuatu kaum atau agama. Contohnya Black Economic Empowerment (BEE) di Afrika Selatan berjaya meningkatkan tahap kehidupan penduduk berkulit hitam apabila “economic pie” negara Apartheid tersebut yang dahulunya dikuasai sepenuhnya penduduk kulit putih berbangsa Eropah telah dibahagikan mengikut keperluan dan kemasylahatan bersama dapat dijamin. Begitu juga dengan adanya skim kelebihan tertentu kepada “Indigenous People” dan “Aborigines” di Australia dan New Zealand yang pernah ditindas dahulu, berjaya menggalakkan penyertaan mereka di dalam sektor pekerjaan dan pemilikan harta. Pokok pangkalnya, tidak semua jenis diskriminasi kaum adalah negatif dari segi nama, perlaksanaan dan natijahnya.

Oleh yang demikian, saya selaku Ketua ARMADA akan membangkitkan perkara ini di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang dan mendapatkan penjelasan pihak-pihak berkenaan mengenai usul ini. ARMADA akan terus berusaha untuk memastikan Kerajaan Malaysia Baharu tidak lari daripada tujuan asal mentadbir negara tercinta ini. - 7 November 2018.

#Belanjawan2019 - Ada Apa Untuk Bumiputera & Orang Islam, Satu Ringkasan.

ZAHARUDDIN ABD RAHMAN | ISLAM & BUMIPUTRA DALAM BAJET 2019 SERTA PERKARA UTAMA LAIN.

Alhamdulillah, saya berhasrat highlight beberapa perkara yang menarik perhatian, khususnya ia melibatkan Islam, Bumiputra, pengurangan cukai, berian subsidi dan bonus, antaranya adalah :-

BERKAITAN ISLAM & BUMIPUTRA

 
1. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.


2. RM 150 juta lagi disediakan untuk laksana program pembinaan masjid dan surau serta modul pembelajaran agama gunakan braille.




2. RM 175 juta lagi diperuntukan kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan sekolah pondok berdaftar. Ini jauh lebih besar dari peruntukan agama lain.


3. Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam diketuai Kementerian Kewangan.


4. Diberikan 7 hari cuti tanpa rekod bagi laksana ibadah umrah.


5. Bank Pembangunan (iaitu Islamic Bank) dapat dana RM 500 juta untuk bantu teksi dan syarikat bas buat pembiyaaan hanya pada 2 % kadar keuntungan.


6. Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan kos tambahan sewaktu terbitan Sukuk di bawah prinsip Wakalah dan Ijarah. 


7. Biasiswa & Pinjaman pelajaran sehingga 3.8 bilion melalui agensi kerajaan. RM 2 bil daripadanya adalah untuk BUMIPUTRA.


8. Peruntukan RM 210 juta sebagai agenda pemerkasaan pendidikan BUMIPUTRA. 


9. EXIM Bank (sebuah perbankan Islam - untuk semua pembiayaan barunya) perolehi dana RM 2 bilion untuk bantu PKS.


10. 100 juta diberikan kepada syarikat PKS bagi kembangkan industri halal.


11. Dana khas bagi skim pembiayaan patuh Shariah untuk eksport produk halal sebanyak RM 1 bilion, kadar keuntungan kecil iaitu 2 %.


12. PUNB iaitu sebuah agensi 100 % patuh Shariah perolehi dana RM 200 juta dan TEKUN perolehi RM 100 juta.

Alhamdulillah ini suatu pernyataan Islam dan bumiputra tidak terusik malah masih elok terjaga kedudukan mereka dalam urusan pembahagian bajet kerajaan baru PH.

POTONGAN & KECUALI CUKAI

 
1. Potongan cukai perbelanjaan yang ditanggung syarikat semasa terbitkan sukuk runcit untuk 3 tahun taksiran mulai 2019.


2. Potongan cukai buat majikan yang bantu membayarkan hutang PTPTN pekerja sepenuh masanya, dengan syarat syarikat tidak menuntut kembali dari pekerjanya.


3. Pengecualian duti setem ke atas produk perlindungan tenang untuk dua tahun.


4. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM 4,000 ke atas caruman KWSP dan RM 3,000 ke atas takaful kesihatan.


5. Diskaun sehingga 15 % bagi bayaran awal PTPTN.


6. Hapus kira baki hutang peminjam berusia 60 tahun yang berpendapatan kurang RM 4000.


7. Potongan cukai korporat dari 18 % kepada 17 % bagi syarikat Perusahaan Kecil Sederhana pendapatan bawah RM 500,000 dan juga yang modal berbayar RM 2.5 juta ke bawah. Ini sangat bantu syarikat PKS.


8. Sistem kredit untuk potongan cukai jualan bagi pengilang KECIL mulai 1 Jan 2019.


9. Pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama untuk harga rumah RM 300,000 yang pertama.

SUBSIDI KEPADA YANG PERLU

1. Subsidi bil elektrik bulanan RM 40 ke bawah, ini membantu golongan miskin tegar.


2. Subsidi minyak bersasar kepada pemilik kenderanan 1500 cc [ dapat 30 sen seliter dengan maksimum 100 liter] ke bawah dan motosikal kapasiti enjin 125 cc[ maksimum 40 liter]. Kadar maksimum diperluakn bagi mengelakkan di salahguna.


3. Potongan majikan caruman majikan dikurangkan kepada 4 % kepada pekerja berusia 61-65 tahun, dan tidak perlu pekerja usia tersebut mencarum kwsp bagi meningkat wang bolehguna bulanan mereka sambil menggalakkan syarikat memberi peluang warga emas produktif untuk bekerja.


4. bagi kumpulan B 40, ada nikmati perlindungan percuma ke atas 4 jenis penyakit kritikal sehingga RM 8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital.


5. Bantuan RM 1000 bagi keluarga berpendapatan RM 2000 ke bawah.


6. RM 120 bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah sehingga anak keempat akan dapat bantuan ini. Manakala anak OKU terus dapat tanpa had umur. Ini bagi keluarga isi rumah kurang dari RM 2000. Bantuan ini akan jadi lebh banyak daripada BRIM.


7. Pinjaman rumah pada kadar 3.5 % untuk golongan pendapatan RM 2300 ke bawah, rumah berharga RM 150,000 ke bawah sahaja.


8. Pas bulanan RM 100 tanpa had perjalanan liputi rel dan bas, juga pas RM 50 bagi rapidKL bas sahaja. Ini menambah pendapatan boleh guna isi rumah.


9. Bonus RM 500 bagi penjawat awam gred 54 ke bawah.

PELBAGAI

1. Pegawai lantikan kontrak perkhidmatan awam sekitar 30,000 akan nikmati kemudahan tetap seperti penjawat tetap.


2. Kenaikan gaji minimum kepada RM 1,100 seluruh Malaysia.


3. Aplikasi Price Catcher sebagai platform pemantauan harga barangan melalui perkongsian data. Ini membantu meningkatkan info tepat buat pengguna dan kerajaan.


4. Syarikat besar dan tersenarai dikenakan peraturan baru agar merapatkan jurang gaji dengan memaparkan laporan nisbah gaji tertinggi dan terendah.Tindakan lanjut akan diambil kemudiannya.


5. Saringan kesihatan kanser payudara, vaksinasi HPV dan pap smear secara percuma di hospital & klinik kerajaan.
6. Semua restoran & kedai makanan, kawasan bebas merokok.


7. Kaedah 'Zero Based Budgetting' diperkenalkan bagi menambah efisyen, cekap dan jimat.


8. Tambahan pegawai SPRM sehingga 100 orang lagi bagi memningkat keberkesanan menangkap perasuah.


9. Cukai judi telah dinaikkan.

Begitulah ringkasan yang menarik perhatian saya. Kalian boleh menambah mana-mana yang perlu. - 7 November 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...