Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 November 2018

Ahli Baru PKR Di Cabang Jalau Sah, Bukannya Pengundi Hantu.

KENYATAAN MEDIA | Mengenai Keanggotaan di Cabang Julau dan Pemilihan KEADILAN

Mesyuarat Biro Politik KEADILAN malam tadi telah membincangkan beberapa perkara berkait pemilihan parti, termasuk isu keanggotaan di Cabang Julau. Biro Politik KEADILAN dimaklum oleh Setiausaha Agung KEADILAN bahawa semua permohonan keanggotaan baharu hanya dimasukkan ke dalam pangkalan data keanggotaan selepas ia diluluskan Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Bagi tujuan pemilihan parti, tarikh akhir penerimaan permohonan keanggotaan baharu ialah 26hb Jun 2018. Biro Politik KEADILAN dimaklumkan bahawa jumlah besar permohonan keanggotaan baharu bagi Cabang Julau telah diterima ibu pejabat KEADILAN pada 12hb Jun 2018.

Selepas 26hb Jun, senarai akhir permohonan keanggotaan baharu telah diluluskan dalam satu mesyuarat khas MPP. Senarai tersebut kemudiannya diserah kepada setiap Cabang untuk semakan dan bantahan, yang tamat pada 17hb Julai 2018. Sehingga tarikh tersebut, ibu pejabat KEADILAN tidak menerima sebarang bantahan dari mana-mana pihak terhadap permohonan keanggotaan baharu di Cabang Julau.

Oleh itu, berdasarkan fakta-fakta ini, dan memandangkan tiada pelanggaran proses dalam kes ini, Biro Politik KEADILAN dimaklumkan bahawa permohonan keanggotaan baharu di Cabang Julau adalah sah.

Selain itu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) telah memaklumkan bahawa Cabang-Cabang berikut akan mengadakan pemilihan parti pada tarikh-tarikh berikut:

(Rujuk grafik)



Biro Politik KEADILAN juga telah mengarahkan Lembaga Disiplin parti untuk segera menyiasat semua insiden kekacauan dan gangguan yang berlaku sewaktu proses pemilihan berjalan. Mereka yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti atau tindakan yang melanggar disiplin parti akan dikenakan tindakan tegas.

Pada masa yang sama, semua anggota yang telah dipecat atau digantung keanggotaan sebelum ini adalah ditegah sekeras-kerasnya dari terlibat dalam proses pemilihan parti termasuk berkempen untuk mana-mana pihak.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

8hb November 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...