Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 November 2018

Terima Komisyen Jutaan Ringgit, Ahli Parlimen BN Ini Akan Didakwa SPRM, Siapakah Agaknya?

THE MALAYSIAN INSIGHT | SEORANG lagi Parlimen dijangka dihadap ke mahkamah untuk kes rasuah berhubung pelbagai projek kerajaan bernilai lebih RM3 bilion, lapor New Straits Times.


Laporan itu mendakwa, ahli Parlimen bergelar Datuk Seri tersebut melakukan perbuatan itu sejak 2015 sehinggalah Barisan Nasional tewas pada 9 Mei lalu.

Laporan berkenaan, memetik sumber yang dekat dengan siasatan berkenaan, mendakwa wakil rakyat tersebut meraih jutaan ringgit hasil komisyen dari pemberian projek terbabit.

Projek berkenaan antara lain dilaporkan melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Kesihatan.

Salah satunya melibatkan bahagian tertentu untuk Lebuh Raya Pantai Barat dan satu lagi bagi pembelian ambulans bernilai RM100 juta, lapor NST.

Selain itu, siasatan juga tertumpu pada projek pembinaan jalan di Pelabuhan Klang, Sik di Kedah dan kawasan lain di pantai barat semenanjung.

Menurut laporan tersebut, kes melibatkan ahli Parlimen itu merupakan tumpuan bagi siasatan lanjut ke atas Najib Razak semalam.

Bekas perdana menteri itu dilaporkan disiasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat jam semalam. - 10 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...