Kenyataan menteri itu kemudiannya menjadi polemik di sosial media berikutan ramai yang beranggapan menteri mahu memantau akaun fake bagi pengguna individu.
"Hahaha, nampak sangat kerajaan dah takut," kata Aedil.
"Baru setengah tahun dah kecut perut, pergi matilah dengan kebebasan bersuara korang," tulis Iffah.
"Dah cakap kerajaan baru utamakan kebebasan bersuara, uturn macam mana tu," komen Azzam.
"Tu diaa dah keluar taring," respon Zaid.
"Kerajaan PH sekarang takut, telur tak ada," kata Tun Tan.
"Negara pertama di dunia yang buat," sindir Irzad.
Komen-komen berbaur negatif itu anda boleh akses kat sini.
Tapi apa yang sebenarnya KKMM mahu buat? Pihak kami difahamkan;
👉 KKMM bukannya mahu memantau akaun facebook/sosial media milik individu bagi tujuan peribadi;
👉 KKMM sebaliknya mahu memantau akaun-akaun yang menyamar sebagai agensi kerajaan, menteri, dan kementerian, yang mungkin disalahguna;
👉 KKMM juga mahu membendung kenyataan-kenyataan yang tidak sahih yang mungkin disebarkan oleh pihak tertentu, kononnya mewakili agensi kerajaan tertentu;
👉 Akaun-akaun seperti ini perlu dikenalpasti bagi tujuan keselamatan dan membendung penyebaran maklumat yang tidak benar.
KKMM juga berkata, akaun sosioal media yang mewakili menteri dan agensi kerajaan perlu diverifikasi sebagai sahih. Dengan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat hanya dari sumber yang disahkan.
Oleh itu mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan kelak, hanya akan membabitkan kumpulan pengguna media sosial yang dimaksudkan. - 5 November 2018.