Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 November 2018

Analisis #Belanjawan2019, Ramai Kumpulan Sasaran B40 Dipinggirkan - Syahir.

SYAHIR | BAJET 2019 - SIAPA RUGI?

Kalau dengar ucapan atau baca teks ucapan Lim Guan Eng semalam semua yang cantik, hebat, baik belaka.

Tapi, bak kata orang putih, "the devil is in the details."

Setakat mana yang saya sempat baca dan semak dokumen Bajet 2019 - saya nampak ada pemotongan peruntukan atau bajet yang signifikan bagi kumpulan-kumpulan tertentu berbanding peruntukan di dalam Bajet 2018 oleh Kerajaan sebelum ini.

Di bawah dan di dalam lampiran gambar saya senaraikan peruntukan yang dikurangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan:







1a. Bantuan Musim Tengkujuh kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dimansuhkan atau tidak diperuntukkan sesen pun bagi tahun 2019 berbanding peruntukan sejumlah RM261 juta pada Bajet 2018. Adakah PH meramalkan bahawa tahun depan tidak ada musim tengkujuh atau Pekebun Kecil dan Penoreh Getah tidak lagi memerlukan bantuan Kerajaan pada musim tengkujuh?

1b. Subsidi Baja Padi dikurangkan 50% daripada RM465 juta kepada RM232 juta.

1c. Insentif Pengeluaran Padi diturunkan daripada RM563 juta kepada RM281 juta

1d. Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta kepada RM98.5 juta.

1e. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dikurangkan daripada RM12.5 juta kepada RM3.5 juta

Apakah Lim Guan Eng atau Dr. Mahathir bin Mohamad menganggap golongan seperti petani, pekebun kecil, pesawah, penoreh getah dan nelayan tidak lagi memerlukan bantuan daripada Kerajaan? Kenapa insentif atau bantuan kepada golongan ini dipotong lebih RM500 juta bagi tahun 2019? Mana Menteri Pertanian?

2. Peruntukan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipotong daripada RM3.5 bilion kepada RM1.3 bilion. Potongan sebanyak RM2.2 bilion lebih 60%.

Semua sedia maklum MARA menjaga kepentingan Bumiputera dari segi bantuan biasiswa pendidikan dan bantuan perniagaan. Adakah potongan RM2.2 bilion terhadap MARA adalah persediaan terhadap Kerajaan PH untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)? Menteri bertanggungjawab Rina Mohd Harun mesti jawab. Dah dapat Datuk Seri lebih bersemangat nak buat kerja kan?

3. Peruntukan kepada Universiti Awam tertentu juga dikurangkan. Dulu bila dipotong, ramai yang nak tunjuk hero salahkan kerajaan BN contohnya macam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sekarang menikus atau sibuk mandi ais?

Bajet Universiti Malaysia (UM) dipotong RM40 juta daripada RM445 juta kepada RM405 juta. Baru-baru ni kecoh yuran pengajian di UM naik. Kesian mahasiswa, yuran naik, peruntukan daripada kerajaan kena potong. Harap Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sibuk dengan kasut & stokin hitam.

Peruntukan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) juga dipotong RM25 juta daripada RM524 juta kepada RM501 juta. Mana hero-hero dulu semua?

4. Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran oleh JPA dikurangkan daripada RM1.5 bilion kepada RM1.0 bilion. Pengurangan sebanyak RM500 juta. Apa cerita Syed Saddiq Syed Abdul Rahman? Tak ada lagi video-video mengutuk Kerajaan sekarang?

5. Bantuan Makanan Prasekolah dikurangkan RM10 juta, Biasiswa Kecil Persekutuan turun daripada RM118 juta kepada RM90 juta dan Biasiswa Perguruan Persekutuan dipotong RM7 juta.

Kenapa kumpulan-kumpulan sasar yang memerlukan bantuan Kerajaan seperti mereka di atas dipotong peruntukan, dikurangkan bajet, dimansuhkan bantuan?

Perdana Menteri Dr. Mahathir bin Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng wajib jawab. Ahli-ahli parlimen pembangkang wajib persoal dan pertikaikan.

Bukan semua rakyat gaji puluh-puluh ribu macam yang diisytiharkan Menteri-Menteri. Bukan semua rakyat anak beranak kaya raya ribujutawan macam yang TIDAK diisytiharkan.

Tak guna meratib kleptokrat, rasuah dan sebagainya tapi rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan dinafikan.

Rujukan :

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019: http://www.treasury.gov.my/ap_2019.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...