Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 4 November 2018

'Bajet Pendidikan 2019 Lebihkan Sekolah Cina', Ini Jawapan Pegawai Khas Menteri.

ZF ZAMIR | Jawapan untuk Whatsapp yang tersebar mengenai Belanjawan KPM 2019.

Pertama, Sekolah Kebangsaan jumlahnya hanyalah 7772 buah sekolah. Dan aku percaya pembahagian ikut keperluan, bukan main hentam bagi sama rata. Maknanya kalau sekolah A ada atap sekolah B tak ada atap, pastilah sekolah B yang akan diutamakan.


Kedua, jumlah peruntukan untuk SJK Cina, SJK Tamil & Sekolah Mubaligh bukan tiba-tiba naik jadi RM50 juta. Jumlah ini adalah jumlah yang sama diberikan oleh kerajaan Umno-BN untuk Bajet 2018 yang lalu.

Lebih hairan, bajet untuk Sekolah Kebangsaan RM250 juta juga adalah peruntukan yang sama diberikan tahun lalu.

Ketiga, jumlah sekolah SBP adalah 69 buah manakala jumlah sekolah MRSM pula adalah 55 buah. Untuk SBP jumlahnya peruntukan RM50 juta, manakala untuk MRSM pula jumlahnya adalah RM50 juta. Kedua-dua sekolah ini majoriti para pelajar adalah dari kaum Melayu.

Ini bermakna, RM100 juta untuk sekolah majoriti kaum Melayu.

Keempat, untuk sekolah Tahfiz pula peruntukan berjumlah RM 50 juta manakala untuk sekolah pondok yang berdaftar pula adalah RM 25 juta. Serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang berjumlah RM 50 juta.

Sekali lagi, RM 125 juta hanya untuk sekolah kaum Melayu.

Kelima, untuk sekolah Mubaligh pula adalah RM 50 juta dan SM Persendirian Cina pula hanyalah RM 12 juta.


Ini bermakna berbanding peruntukan kepada sekolah majoriti Melayu yang berjumlah RM 225 juta, hanya RM 62 juta diperuntukkan kepada sekolah bukan majoriti kaum Melayu.

Jadi Tuan-tuan, kalau dapat Whatsapp mohon semak dulu dan baca betul-betul.

Zaman fitnah la ni dosa di hujung jari sebab malas membuat analisis lanjut dan berfikir.

Atau malas membaca walaupun dokumen ucapan Menteri Kewangan dah tersebar sejak jam 4.30 petang semalam. - 4 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...