Ahad, 4 November 2018

Gagal Tunai Janji PTPTN, Menteri Kewangan Salahkan Jho Low.

THE MALAYSIAN INSIGHT | MENTERI Kewangan Lim Guan Eng hari ini menyalahkan ahli perniagaan yang kini diburu, Low Taek Jho atas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji pilihan raya mereka kepada peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jika Low tidak merompak berbilion ringgit wang 1MDB, sudah tentu PH dapat menunaikan janji manifesto itu, Lim memberitahu pemberita hari ini.
dfsdfg

“Kami memang mahu laksanakan manifesto kami tetapi kena tengok kedudukan fiskal kita. Saya terima semua kritikan tetapi kalaulah kami ada wang.

“Kalau Jho Low tak ambil RM50 bilion sudah pasti ia boleh dilaksanakan,”
kata Lim selepas majlis pelancaran program Fund My Home di Semenyih pagi tadi.

Menteri kewangan itu dikritik hebat berikutan pengumumannya bahawa peminjam PTPTN perlu membayar balik pinjaman selepas memperoleh pendapatan RM1,000 pada pembentangan Belanjawan 2019.

Putrajaya sebelum ini berkata hanya peminjam yang memperoleh pendapatan RM4,000 diwajibkan membayar pinjaman.

Walaupun kerajaan cuba menyediakan alternatif, masih sukar untuk memenuhi jangkaan disebabkan fiskal negara yang tinggi, jelas Lim.

Tambah beliau, kerajaan telah mempertimbangkan beberapa alternatif untuk peminjam.

“Kami ingin sediakan alternatif tetapi kami itu sukar disebabkan keadaan kewangan kita,” katanya.

Menurut laporan sebelum ini, PTPTN mengalami kejatuhan dalam pungutan pinjaman sejak Januari, iaitu selepas PH mengumumkan akan menangguhkan bayaran balik bagi peminjam yang berpendapatan bawah RM4,000.

Jumaat lalu, The Malay Mail melaporkan peminjam berpendapatan RM1,000 hanya 2% daripada gaji mereka akan dipotong menerusi pembayaran balik berjadual. Manakala bagi peminjam berpendapatan lebih RM1,000, mereka diberi pilihan untuk membayar balik antara 2 dan 15%.

Kerajaan juga menghapuskan pinjaman PTPTN bagi peminjam berusi 60 tahun ke atas dan memperoleh pendapatan kurang RM4,000. - 4 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...