Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 November 2018

SPRM Dedahkan Lim Guan Eng Raih Gaji Tertinggi, Azmin, Anwar Belum Isytihar Harta.

LAPORAN | Mulai tahun ini, SPRM akan mendedahkan pendapatan yang diraih oleh ahli-ahli politik khususnya yang memimpin dalam kerajaan hari ini.


Pendapatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri didedahkan dalam satu portal khas yang mengkhususkan mengenai gaji dan aset pemimpin serta pasangan masing-masing.

Rujuk : https://mydeclaration.sprm.gov.my/

Maklumat itu boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuklah oleh orang awam. Ini adalah kali pertama SPRM menguatkuasakan peraturan tersebut selepas Pakatan Harapan mengambilalih pentadbiran negara dari BN pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Berikut kami susun pendapatan yang diraih oleh pemimpin-pemimpin negara mengikut susunan yang paling banyak dan kebawah;



Lim Guan Eng ditempat pertama dengan pendapatan bulanan RM 86,464.92. Selain pendapatan dirinya, beliau turut mengistiharkan pendapatan yang diraih oleh isterinya. Lim Guan Eng diketahui menjawat jawatan Menteri Kewangan, Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih.

Saifuddin Nasution di tempat kedua. Beliau ialah Menteri KPDNKK, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu dan ADUN Pantai Jerejak. Beliau memperolehi RM 77,629.68 sebulan. Isteri beliau turut mengisytiharkan pendapatannya kepada SPRM.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad di tempat ketiga. Beliau meraih RM 75,861.57 bulanan. Pendapatan isterinya Tun Siti Hasmah turut diisytiharkan kepada SPRM.

4. Tuan Chow Kon Yeow | MP Tanjong, ADUN Padang Kota, KM Pulau Pinang : RM 73,576.15
 

5. Tan Sri Muhyiddin Yassin | MP Pagoh, ADUN GAMBIR, Menteri KDN : RM 72,276.37
 

6. Teresa Kok | MP Seputeh, Menteri Industri Utama : 
RM 68,142.66
 

7. Mohammad Bin Ketapi | MP Silam, Menteri Pelancongan : RM 67,483.43

8. Anthony Loke Siew Fook | MP Seremban, Menteri Pengangkutan : RM 64,569.81


9. Dato' Mansor Bin Othman | MP Nibong Tebal : RM 60,719.00


10. Tuan Larry Soon | MP Julau : RM 59,065.39

Datuk Larry ialah ahli perniagaan. Beliau tidak menjawat sebarang jawatan kementerian. Dato Mansor juga tidak menjawat sebarang jawatan di kementerian. Mereka berdua tersenarai mempunyai pendapatan 10 tertinggi bagi ahli politik di Malaysia. 


Di tempat kesebelas ialah Dato' Seri Wan Azizah. Perbezaan pendapatannya dengan Datuk Larry hanyalah sebanyak RM17.00 sahaja.

11. Dato Seri Dr. Wan Azizah | MP Pandan, Timbalan Perdana Menteri : RM 59,048.33

12. Gobind Deo | MP Puchong, Menteri SKMM : RM 58,100.98
 

Ahli Parlimen berprofil tinggi seperti;
 

Mujahid Rawa berada di tempat ke 17; pendapatan : RM 53,736.48

Yeo Bee Yin berada di tempat ke 19; pendapatan : RM 53195.69

Saifuddin Abdulah berada di tempat ke 20; pendapatan :
RM 52504.48




Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berada di tempat ke 24, dengan pendapatan bulanannya sebanyak  RM 50,253.88

Pendapatan terendah ialah YB Senator Waytha Moorthy A/L Ponnusamy. Di website SPRM tidak menyatakan pendapatan bulanan yang diraihnya namun namanya dimasukkan dalam rekod sudah mengisytiharkan pendapatan bulanan.

Manakala kami percaya pegawai SPRM telah tersalah 'key in' maklumat bagi pendapatan bulanan Baru Bian.


Dalam rekod SPRM juga menyatakan individu pertama yang mula mengisytiharkan pendapatan bulanannya ialah Teresa Kok. Beliau menghantar maklumat pendapatan seawal 1 Oktober 2018. Kemudiannya disusuli Dr. Xavier, Khoo Poay Tiong, Syed Saddiq, Tony Pua, pada 2 Oktober 2018.


Daripada 125 Ahli Parlimen Pakatan Harapan, 72 telah mengisytiharkan harta dan pendapatannya kepada SPRM manakala 53 orang belum lagi berbuat demikian. Ini termasuklah Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
  
Manakala 51 anggota pentadbiran (kabinet Tun Mahathir), 33 darinya telah mengisytiharkan pendapatan dan hartanya manakala 18 yang lain belum lagi berbuat demikian.

Langkah kerajaan Pakatan Harapan memaparkan secara terbuka pendapatan yang diraih oleh Ahli Parlimen dan anggota kabinet adalah sebahagian dari proses reformasi ke arah pentadbiran yang telus dan bebas rasuah. - 1 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...