Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Oktober 2018

Main Games Kat Pejabat, Syed Saddiq Sebetulnya Promosikan E-Sukan, Ini Penjelasannya.

Helmi Effendy | Helmi Effendy ialah social media influencer, pentadbir halaman The Patriots, penulis Jangan Selewengkan Sejarah Melayu dan pengasas The Patriots Publication.

IZINKAN AKU PERTAHANKAN SYED SADDIQ...

Okey, semua dah bersuara bekap Syed Saddiq. Dalam marah ni, aku nak bekap dia jugak. Aku harus rasional jugak sebab kes dia dok masuk campur kes Ayman dengan FIFA ni satu kes berbeza. 


Sebenarnya mempromosikan sukan adalah salah satu daripada skop kerja Syed Saddiq. Bahkan, dia bukan sahaja promosikan E-Sukan iaitu FIFA di mana yang tengah main, bahkan dia sedang promosikan jaguh FIFA Malaysia iatu Fenrir yang merupakan salah seorang daripada pemain FIFA handalan dunia, dan merupakan bekas teammate adik aku, Am Tuah.


Main game PS4 waktu lunch dekat pejabat beliau tu bukan sahaja promosikan FIFA sebagai E-Sukan, malah promosikan Fenrir yang pernah ke kejohanan dunia beberapa kali mewakili negara. Yang orang tua tahi politik ni kena sedar betapa industri permainan video di dunia semakin membesar.

Pada tahun 2017, nilai industri E-Sukan di seluruh dunia bernilai dalam $696 Juta Dollar USA, dan dijangka untuk tahun 2020 pula, akan mencatat angka setinggi $1.5 BILLION sebelum pada 2023, angkanya akan mencapai sehingga sekitar RM2.3 Billion. Kalau ditukarkan dalam nilai ringgit, kira-kira RM6 Billion.

Untuk peringatan, nilai keuntungan itu adalah ketika permainan video ini masih belum masuk menjadi sebahagian daripada Sukan Asia dan Sukan Olimpik. 


E-Sukan akan dilagakan di Sukan Asia seterusnya, dan sedang diperjuangkan untuk masuk olimpik.

Untuk FIFA ni pula kita dapat menyaksikan bagaimana kelab-kelab terkemuka di dunia seperti Manchester City, Paris St Germain, West Ham, Barcelona memiliki pemain-pemain FIFA untuk kelab bola sepak mereka tersendiri.


Biasanya selain mewakili kelab-kelab bola sepak ini dalam pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan, pemain FIFA akan digunakan untuk mencuba taktikal-taktikal bola sepak dalam enjin permainan FIFA yang sememangnya dibina cuba untuk menyamai realiti permainan bola sepak utama di dunia.

Adik aku sendiri, AmTuah merupakan pemain yang mewakili kelab Schalke 04 sewaktu dipilih untuk menyertai sebuah kejohanan bola di Germany atas tiket wildcard Juara Asia Tenggara.

Lantak ler kome tak nak menerima E-Sukan sebagai karier, tapi dengar sini, pemain FIFA yang menerima bayaran tertinggi ialah Gorilla dari UK yang menerima bayaran setinggi $250 ribu dollar, persamaan dengan 984 ribu pertahun manakala pemain E-Sukan yang menerima bayaran tertinggi adalah KuroKy yang menerima bayaran setinggi $2.4 Juta Dollar Amerika, atau kalau ditukarkan dalam ringgit dalam sekitar RM 9.5 Juta SETAHUN! 


Beb, ini jumlah bayaran lagi tinggi daripada kebanyakan sukan di dunia!

Adik aku sendiri pernah dilamar oleh sebuah kelab E-Sukan professional di Malaysia iaitu Fire Dragoon untuk menjadi sebahagian daripada pasukan. 


Dia menerima gaji setiap bulan, dengan elaun serta diberi sebuah kondominium di Damansara sebagai tempat tinggal dan latihan, yang dimana untuk sewaan biasa sahaja, kondominium itu memakan sewa sebulan setinggi RM 4000! 

Untuk wang kemenangan pula, wang kemenangan yang dikumpulkan dalam sekitar lingkungan RM30,000 hanya untuk satu siri game FIFA sahaja!

Jadi, apa yang Syed Saddiq dok main game masa rehat tu adalah sebahagian daripada kerjaya dia mempromosikan FIFA sebagai sukan yang perlu dianggap sebagai normal dalam kalangan orang tua yang sentiasa ketinggalan dalam arus realiti dunia semasa. Syed Saddiq sedang normalisasikan dan decriminalized permainan video di mata anda semua.

P.S : Cuba kalau Syed Saddiq main bola sepak atau badminton masa lunch hour dia, ada tak kau orang melompat macam ni sekali?. - 3 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...