Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 8 September 2018

Gambar-Gambar Dr.Maszlee Lawat Sekolah Daif Di Sarawak.

ZF Zamir | Ramai yang tak tahu sekarang Dr Maszlee di Sarawak. Lepas berbulan rancang dan berperang dengan jadual Menteri yang tak masuk akal, akhirnya berjaya juga Menteri Pendidikan datang sendiri ke Sarawak untuk lihat sekolah daif.



Walaupun kali ni tak berjaya masuk ke Pedalaman, aku akan pastikan lawatan seterusnya ke Sabah paling tidak masuk ke P1. Dan siang tadi kami berjaya lihat 4 sekolah iaitu SK Terasi, Samarahan, SK Abang Man, Simunjan dan SMK Sri Sadong, Simunjan.

Tiap sekolah ada isu tersendiri dan yang paling penting, KPM komited untuk selesaikan isu sekolah daif. Ini memang hasrat aku daripada awal masuk pejabat iaitu untuk pastikan Menteri tengok dengan mata & kepala dia sendiri isu sekolah daif di Sarawak ini.

Tapi isu sekolah daif di Sabah & Sarawak hanyalah satu isu ranting dari ratusan isu pendidikan yang tak terselesaikan selama 60 tahun. Isu kemudahan asas, isu air bersih, isu elektrik & genset, isu kuarters guru serta isu keciciran murid adalah pakej isu pendidikan di sini.


Tu belum masuk isu kekurangan guru, kecelaruan opsyen guru serta isu anak pendidikan khas. Dan semua ini perlu masa.

Sebenarnya sehari sebelum meletup isu Presiden UIA, Dr Maszlee membentangkan penggulungan Dewan Negara yang aku anggap sebahagian isi penting komitmen beliau untuk mengurus dan memperbaiki sistem pendidikan nasional.


Malangnya pembentangan komitmen seperti isu guru & sekolah, isu pendidikan khas serta artikulasi TVET yang lebih menyeluruh termasuk komitmen beliau terhadap kempen membaca & Bahasa Melayu akhirnya tenggelam punca.

Aku mengucapkan terima kasih kepada teman-teman yang tak putus mengkritik. Ini juga menurut aku adalah sebahagian besar komitmen masyarakat Malaysia Baharu. Tapi kita juga tak harus takut dengan kritikan.

Dan pasti kritikan tersebut harus dijawab. Ada juga teman yang bertanya - kelihatannya seolah aku sudah berhenti menulis.

Realitinya aku berhenti menulis kerana risau nanti akhirnya aku kerja menjawab kritikan di medsos sahaja. Tanggungjawab kami kali ini lebih berat kerana jawapan yang sebenar adalah melalui tindakan.

Dan realitinya petang sebelum terbang ke Sarawak semalam, Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat susulan jemaah menteri di KPM berbincang mengenai isu anak-anak tanpa dokumen dan kemungkinan besar kita punya jawapan untuk menyelesaikan isu ini. Malah ratusan ribu buku juga akan dihantar ke Sabah & Sarawak dalam masa terdekat sebagai pemula kempen memperbaiki perpustakaan sekolah.

Apa yang boleh aku katakan adalah, kami sedang sebaik mungkin berusaha untuk meneliti & mencari jalan untuk memperbaiki sistem pendidikan kita. Dan aku tak fikir ada Menteri lain yang lebih sesuai ketika ini untuk menggalas tanggungjawab ini. Yang kami perlukan hari ini sebenarnya adalah masa.

Petang tadi sempat aku tanya dengan Menteri; “Dr, Jumaat ni, ada mahasiswa nak demo di UIA,” Dr Maszlee sambil tersenyum menjawab; “Biarkan,”. Dan dari riak dia aku tahu, wajah orang yang betul faham perihal perjuangan.

Ya aku juga faham ada yang berasa seolah kami bergerak terlalu lambat. Tiada perubahan yang dapat dirasakan di sekolah ketika ini. Tetapi jika kalian percaya pada aku, ketahuilah bahawa ketika ini semuanya sedang bergerak menuju perubahan besar.

Tetapi halangan yang kami sedang hadapi juga besar termasuk mentaliti birokrat serta amalan tradisional yang terlalu mengikat.

Terima kasih kerana membaca. Terima kasih juga kerana masih percaya bahawa perubahan sedang berlaku. Dan lebih banyak perkara yang kita impikan untuk anak-anak akan berjaya dilaksanakan dalam masa terdekat.

Doakan kami. - 8 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...