Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Mei 2018

Ramai Puji Menteri Kesihatan Tak Bersalaman Dengan Kakitangan Wanita..

Oleh : Ahmad Lufti Othman

Ramai puji Dr Dzulkefly Ahmad,  tidak bersalaman dengan kakitangan wanita Kementerian Kesihatan di hari pertama bertugas masuk pejabat sebagai menteri. Ada orang beranggapan ia isu kecil dan terbuka kepada polemik.


Sejak lama saya terfikir sorang-sorang hal ini. Memang ada pihak terutamanya wanita bukan Islam yang tidak faham isu bersentuhan lelaki dan wanita. Mungkin ada yang tersinggung bila huluran tangan mereka tidak disambut.

Pengalaman saya dalam himpunan Bersih, beberapa wanita Tionghua ingin berjabat salam, mungkin tanda penghargaan mereka kepada OKU seperti saya yang turut sama berdemonstrasi. 

Saya membalasnya dengan isyarat tangan dirapatkan ke dada, ganti jabatan salam. Ada yang faham tapi ada juga yang tidak mengerti maksud respons saya itu.

Saya tidak pelik jika ada yang tidak selesa dengan kaedah itu. Seolah2 kita tidak sudi membalas huluran tangan mereka.

Ini kerana belum ada budaya menghormati dan meraikan orang lain, yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, selain bersalam-salaman.
Ya, bukan senang untuk membudayakan hal ini, diserasikan dengan tuntutan syariat.

Kadang-kadang,  dek mengelak dari bersalaman, kita pula terlupa dan teralpa untuk memberi tanda hormat dan meraikan kenalan/tetamu berlainan jantina.

Ini kerana tiada tanda yang seragam, yang telah dibudayakan dan diterima umum bagi menggantikan aksi bersalaman antara lelaki dan wanita. - 22 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...