"Pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri Johor hari ini dikawal ketat dan kami wakil rakyat (ADUN) dari Pakatan Harapan dinafikan hak untuk masuk (ke dalam DUN).
Menteri Besar Johor, Khaled Nordin memberitahu kepada wakil media pada minggu lepas bahawa pihaknya akan memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang membabitkan dirinya dengan skandal penyelewengan penjualan hartanah di negeri itu pada hari ini.
Ketika ianya mula dibangkitkan oleh Adun Senai dalam persidangan DUN minggu lalu, Khaled memilih untuk mendiamkan diri.
Kami masih menunggu untuk mendengar penjelasannya kerana dia mempunyai tanggungjawab awam untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu. Kami mahu mendengar apa yang anda katakan, MB," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik di Facebooknya.
Baca : Dokumen Kenyataan Saksi Tersebar - Ada Dakwaan Kata MB Johor Terima Wang Rasuah
Terdahulu, Adun Senai Wong Shu Qi dihalau dewan selepas enggan menarik balik kenyataan yang mendesak Khaled Nordin agar menjawab dakwaan yang tular di laman sosial sejak minggu lepas.