Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 7 Disember 2014

Jangan Sekadar Ugut, Sila Batalkan Terus - Cabaran Terbuka Alvin Kepada Zahid Hamidi.


Zahid Hamidi ada keluarkan satu kenyataan yang menyentuh mengenai kritikan Alvin terhadap institusi monarki berhubung isu penarikan gelaran 'Datuk Seri' dari Anwar Ibrahim baru2 neh. Gelaran tersebut ditarikbalik oleh Sultan Selangor kerana Anwar mengkritik monarki dalam isu berkaitan perlantikan MB selangor yang baru di Selangor beberapa bulan yang lepas.

Ini laporan yang tersiar di TMI ;

Putrajaya sedang menimbang membatalkan pasport blogger seks Alvin Tan kerana didakwa mengutuk Sultan Selangor berhubung pembatalan darjah kebesaran negeri yang diberi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyentuh beberapa isu sensitif lain di negara ini.
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Imigresen mempunyai kuasa membatalkan pasport Tan kerana dokumen itu bukan harta seseorang individu.
 
"Kita boleh buat hari ini atau Isnin. Kita boleh lakukannya secepat mungkin," katanya pada satu sidang akhbar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia pagi ini.

Dan sejurus selepas ancaman tersebut di laporkan oleh portal online, Alvin membuat cabaran terbuka di account facebook miliknya. 

Ini apa yang disebut oleh Alvin kepada Zahid Hamidi ;


Kena cabar.
Kena maki.

Double.

KAH KAH KAH

Oke. Aku tak pernah sokong tindakan Alvin yang mempopularkan dirinya dengan unsur2 kelucahan terlampau. Dia nak beromen dia punya pasal. Tapi tak perlu beromen depan orang. Itu point aku.

Dan aku juga tak pernah sokong tindakan Alvin yang mempopularkan dirinya dengan unsur2 memprovokasi agama dan kepercayaan orang lain. Dia nak mengkritik Islam dia punya pasal. Tapi tak perlu provoke. Nyatakan pandangan dia dan aku terbuka. Bagi aku orang bukan Islam berhak kritik Islam dalam kerangka kritikan. Bukan hinaan, makian, cercaan ataupun selit unsur2 fitnah.

Dan aku lagi la tak sokong bila Alvin beria2 campakkan diri dia ke dalam satu masalah gila seperti mengkritik monarki kerana gelaran 'Datuk Seri' Anwar ditarikbalik. Tak sokong sebab gelaran 'Datuk Seri' Anwar bersepah2. Anwar sikit pun tak heran. 

Dan kita takde keperluan nak memperjuangkan isu tersebut sebab gelaran2 neh kerja orang2 yang pro kasta. Kita manusia semua sama. Bila aku mampos. Atau ko mampos. Kita selalunya ke tanah. Ada yang ke laut.  Ada yang dibakar dan ditabur abunya ke udara. Tak kisah la macam mana. Yang pasti kita tak bawa gelaran. Sebab tue aku tak beria2 sangat benda2 macam neh sebab ia satusen pun tak effect pada rakyat macam aku.

Jadi. Bila Alvin ditimpa masalah bahawa passportnya mungkin ditarikbalik akibat melawan isu2 bangang macam neh aku cuma rasa tak berbaloi. Aku suka keberanian dia melawan. Kalau la dia boleh selaraskan sikit pemikiran dia.. dengan melawan BN atas isu2 yang babitkan kepentingan rakyat, aku boleh respect dia neh.

Dan sekarang. Apa yang aku nampak pada Alvin. Dari marah bertukar benci dan kini menjadi dendam.

Dendam dia neh kalau kita pandai propaganda, insya-Allah, boleh revolusi dah Malaysia neh.

KAH KAH KAH

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...