Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 7 Disember 2014

Ini Dia Gambar Kapal Mewah Pelayaran Islamik - Milik Kapitalis Judi Terkenal Malaysia?

Part 1 pelayaran Islamik disini.


Oke. 

Aku tak peduli jika kau semua nak berniaga apa2 pun atau berniaga dengan sapa2 pun. Cuma aku harap jangan propagandakan dan manipulasikan agama Islam dengan unsur2 opportunistma. Sebab unsur2 macam itu akan menyebabkan Islam dipandang serong. Unsur2 itu juga akan membuatkan orang bukan Islam memandang rendah pada agama bahkan memandang rendah pada agamawan2 kerana sangkaan mereka inila nilai agamawan sebenar. Mereka tidak memperjuangkan kebenaran. Mereka ialah sesuatu entiti yang diperanankan untuk halalkan apa saja berdasarkan telunjuk duit dan kuasa. 

Jangan begitu. Semakin agama dirosakkan oleh golongan agamawan seperti ini. Semakin orang menjauh pada agama kerana pada mereka agama tidak menyelesaikan masalah penduduk miskin dan yang tertindas. Dan inila antara pencetus kepada murtad. Orang jadi benci pada agama kerana perkara2 seperti ini.

Berbalik kepada isu pelayaran Islamik tadinya tue. Kita buka website dia. Ini gambar kapal yang bakal membawa anda ke alam SYUKUR. TENANG. Damai.

Lihat ;



Nama kapal yang akan membawa anda ke dunia SYUKUR, TENANG dan DAMAI.

 
Tapi sebenarnya. Kalau rujuk pada website rasmi yang menganjurkan pelayaran islamik, mereka terang2 sebut menggunakan kapal Star Libra. Rujuk sini.


Samada Star Aquarius ataupun Star Libra tetap takde beza dari segi harga tiket pun. Ini harga2 yang ditawarkan untuk membuatkan anda rasa SYUKUR. TENANG. Damai.


Dan berdasarkan nama kapal tadi tue kita buat sedikit research. Dan kita dapati samada kapal tue nama dia STAR AQUARIUS ataupun STAR LIBRA, ia adalah kapal2 persiaran yang mana turut dimiliki oleh syarikat perniagaan Star Cruise yang terkenal dengan perniagaan kapal persiaran mewah di sekitar Asia. Star Cruise neh ialah anak syarikat yang dimiliki oleh Genting Hong Kong. Genting Hong Kong neh pula ialah syarikat yang diterajui oleh Lim Kok Thay. Lim Kok Thay ialah anak kepada Lim Goh Tong. Lim Goh Tong ialah peniaga cina yang berjaya mendapatkan berhektar2 tanah di Genting Highlands. Tanah tersebut kemudiannya dimajukan dengan perniagaan2 yang berasaskan taman tema, perhotelan dan PERJUDIAN.

Berkat majunya perniagaan tersebut maka Lim dan empayarnya berhasil membina rangkaian perniagaan dalam bidang ;

- Perhotelan
- Resort
- Pelayaran (persiaran kapal mewah)
- Taman tema
- Perjudian

Ini adalah gambar kapal seperti yang dipetik dalam laman web rasmi Star Cruises.

Lihat ;


Kat atas neh aku screenshot gambar kapal AQUA sebab website pelayaran islamik letak nama AQUA. Dari segi ciri2 kapal. Semua sama. Kecuali bilangan kabin. Aku syak itu kesilapan taip. Sebab beza angka 56 atau 65. Meleis. Normal. Then. Aku buat cross check. 

Lihat ;


Pelayaran Islamik pada Januari 2015 ialah 25, 26, 27 dan berakhir pada 28. So. Bila aku analisa tarikh pelayaran kapal Star Cruise Aquarius di atas. Aku dapati tiada maklumat pelayaran yang timbul kecuali STAR LIBRA. Dan STAR LIBRA pula tiada maklumat pelayaran (yang boleh ditempah) pada 25, 26, 27 kecuali 28. 28 ialah hari terakhir pelayaran islamik dan ia mungkin dijadualkan untuk memulakan pelayaran seterusnya pada hari yang sama selepas berakhirnya pelayaran islamik.

So ini apa yang aku fikir. 

Memang pelayaran islamik neh guna kapal kapitalis judi untuk buat program berbentuk keagamaan. Sebab kebetulan yang amat kebetulan. STAR AQUA ka atau STAR LIBRA ka, dua2 kapitalis judi tue ada beb. Gila kau. Dan kapal tersebut mungkin jenis kapal dwi agama. Kapal murtad tak dosa ma. Kejap dia kapal Islamik. Kejap dia kapal kafir. Ikut dia punya jenis pelayaran. Dia boleh tukar agama ikut jenis pelayaran yang dia perlu lakukan ketika itu.

Lagipun. Dia ada sijil halal dari JAKIM. Tak tipu.

Rujuk ;


Nampak?

KAH KAH KAH

Oke. Sekarang. Andaikan kapal tersebut ialah kapal yang sama dimiliki oleh kapitalis judi terkenal di Malaysia.

Tang mana bodohnya orang2 Islam yang berduit neh?

- Beri peluang perniagaan pada kapitalis yang menjual arak dan judi dalam rangkaian perniagaan dia.

- Memang la syarikat tersebut buat JV dengan kapal tersebut untuk buat pelayaran Islamik. Tapi sapa yang untung banyak? Mereka semua sama2 untung. Yang berceramah pun untung. Tapi yang keluar duit tatau aku nak cakap apa. 

HAHAHA..

- Kalau teringin sangat nak solat tengah laut, baik kau p ajak mana2 bot nelayan orang miskin, p lepak tengah laut sehari dua. Nelayan miskin dapat duit. Kau pun rasa senang ahti sebab bantu nelayan miskin berniaga. Kau ajak nelayan miskin tue sama2 berzikir. Berselawat. Ingat tuhan. Syukur. Tenang. Damai. Miskin takpe. Janji tak curi dan menjual agama.

- Buat pelayaran Islamik. Kita jadi penceramah dia. Lepas tue kita kutuk cina jahat. Suka judi. Suka arak. Menyusahkan. Otak takde guna. Tapi. Kita juga terhegeh2 buat bussiness plan dengan dia punya company. Dengan dia punya kapal. Kita jadikan agama sebagai tarikan.

- Tapi dalam sedar tak sedar kita membantu develop dia punya bisnes. Bisnes kapal dia ada jualan arak time pelayaran2 tertentu. Ada 'event2' tertentu pada pelayaran2 tertentu. Semakin berkembang bisnes kapal dia semakin banyak kapal persiaran mewah yang dia boleh beli dan niagakan. Don't worry. Dia ada orang2 macam kita neh untuk kembangkan perniagaan dia. 

- Then sapa yang bodoh? Kita ke dia?

Eh. Kita kat sini bukan aku tau maksudnya. Kita tue bahasa pembayang yang merujuk pada dia tau.

KAH KAH KAH

Dan. Satu lagi. Charge orang mahal2 pun sibuk cari sukarelawan lagi. 

Tengok ;


Geleng2 kepala jek gua tengok orang2 beragama punya permainan neh.

KAH KAH KAH

Oke. Ringkasnya. Aku tak peduli langsung dengan orang2 Islam yang banyak duit neh nak berlayar atau apa. Penceramah2 neh nak berceramah kat kapal dwi agama atau apa. Penceramah2 neh nak cari makan atau merasa pengalaman berceramah atas kapal la bersolat ka apa ka lantak lue orang la. 

Cuma. Aku tak berkenan bila agama Islam dipropaganda sedemikian rupa.

Bagi aku.

- Kau nak ajar solat Jama'? Qasar? Bersepah kapal biasa aka nelayan yang ko boleh JV.

- Boleh bantu rezeki orang2 Islam dan miskin yang tertindas tanpa kira agama pun.

- Nak berceramah? Berkuliah? Lantak lue orang. Tapi ayat islamik tue kasi cantik sikit. Jangan guna sebarang guna. Pastikan proses islamik tue benar2 menepati konsep ke-islamik-kan dari awal sampai akhirnya.

- Jangan buat2 menonjolkan ia islamik bagai. Tapi pada hakikatnya. Bila kita godek sikit. Media patner dengan ASTRO kaki penipu pelanggan no 1. Haramjadah.

- Lepas tue kapal plak. Perghh. Ada kaitan plak dengan kapitalis2 utama kat negara neh. Bukan cikai2 kau. Geng yang buat empayar judi wa cakap sama lue. Memang la dia ada banyak rangkaian perniagaan. Judi salah satu darinya. Selain dari kapal persiaran. Tapi still. Dia tetap geng judi juga kan. 

- Nak2 kapal tue boleh plak convert2 agama kau. Kejap kapal Islamik. Kejap kapal tak Islamik. Masa islamik tak jual arak. Masa tak islamik laju2 bawa masuk arak.

- Lebih baik kau buat je program berkenaan tanpa gunakan word islamik memandangkan banyak perkara2 yang boleh dipertikaikan ke-islamik-kannya.

Fikirlah. Kau tue agamawan. Banyak duit kau. Pe kata kau bantu pakcik yang duduk kat 'rumah kambing' tue buat rumah. Bleh?

Tak pun kau bantu ibu tiga anak yang Aduka tulis baru2 neh? Kesian kot.

Wo. Teringin nak zikir tengah laut. P la ajak mana2 nelayan miskin untuk rasa pengalaman di atas laut. Solat. Zikir. Selawat. Semua boleh ma.

Aku tak nampak Islam suruh berlayar atas kapal mewah, JV dengan kapitalis, bina perniagaan dengan heret nama tuhan, selawat, zikir dan islamik-kan ia adalah sesuatu perkara yang Allah mahu kita buat di atas muka bumi ini.

Cukupla.

Gunakan word ISLAMIK biar kena pada tempatnya.

Apa tempatnya? Tempatnya ialah di mana prosesnya dari A sampai Z tidak dicemari dengan unsur2 yang merosakkan, membinasakan, syubhah, maksiat, yakni tanpa perlu gunakan perkataan ISLAMIK pun kita tahu inilah dia ISLAM.

Macam Nabi SAW bawa Islam.

Nabi SAW tak jaja NEGARA ISLAMIK. BAJU ISLAMIK. BUKU ISLAMIK. AIR ISLAMIK. MAKANAN ISLAMIK. SEKOLAH ISLAMIK. ITU ISLAMIK. INI ISLAMIK. Ianya just be a true muslim dengan hanya mengamalkan apa yang Islam tekankan melalui ajarannya.

Kita buat. Orang tengok. Perhati. Kaji. Dan nilai. 

OooOoOoOoo.. ini rupanya konsep Islam.

Bukannya.

Ini islamik oi. Itu islamik weh. Orang tengok. Perhati. Kaji dan nilai.

Oi. Islamik hapa jadah macam neh. Siap berlayar dengan kapal yang dimiliki oleh kapitalis judi. Islamik ke macam tue?

Nampak?

Nampakkk?

Kalau kita tak islamik macam aku, cakap aje kita tak islamik. Biar la orang nak sembur kau pongpang2 maki seribu tahun. At least depa usaha nak tarbiah kau. Raikan aje. Tak pun buat muka bodoh macam aku. Hihi.

Jangan kita dah la tak islamik tapi sibuk menyamar islamik tapi perangai haramjadah. Bukan saja tak islamik bahkan berperanan merosakkan agama itu sendiri. Jangan jadi agamawan macam tue. Kita sebenarnya merosakkan keindahan agama itu sendiri secara langsung tahu tak. SECARA LANGSUNG.

Itu bahaya ma.

Akhir kata. Untuk mereka2 yang MENYOKONG pelayaran islamik. Semoga syukur. Tenang. Dan damai membaca gambar yang saya paparkan kat bawah neh.

KAH KAH KAH



Rujukan : https://pelayaranislamik.com/index.php/laman-utama-4-0

https://pelayaranislamik.com/

http://www.starcruises.com/en/home/ships/superstar-aquarius/introduction.aspx

http://www.gentinghk.com/en/home/bod.aspx

http://www.starcruises.com/en/home/meetingsincentives/why-star-cruises.aspx

https://pelayaranislamik.com/index.php/info-kapal-starcruise-aquarius

http://en.wikipedia.org/wiki/Genting_Highlands

https://pelayaranislamik.com/index.php/info-kapal-starcruise-aquarius

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...