Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Disember 2014

Minyak Dunia Kini USD60 Setong - Rakyat Malaysia Tuntut Ahmad Maslan Tunaikan Janji.

Ini ialah JANJI yang dibuat oleh Ahmad Maslan kepada semua RAKYAT MALAYSIA di negara ini berhubung isu harga minyak.

Baca ;


Menurut Ahmad Maslan ;

1. Dia sendiri akan menuntut / mencadangkan kepada kerajaan agar turunkan  harga minyak jika harga minyak dunia terus menyusut.

2. Dia membuat kenyataan itu dengan memberikan penanda aras bahawa dia akan tunggu ketika harga minyak setong turun pada tahap 70 -75 per tong.

3. Sebagai seorang timbalan menteri kewangan II, Ahmad Maslan menyakinkan rakyat bahawa dia sendiri yang akan memberikan pandangan kepada jawatankuasa dasar fiskal supaya turunkan harga minyak.

Maka.

Rakyat Malaysia menuntut Ahmad Maslan untuk tunaikan janji2nya terhadap rakyat di negara neh.

PERTAMA. Rakyat Malaysia mahu tahu bila, di mana, apa dan bagaimana dia akan mencadangkan kepada jawatankuasa dasar fiskal supaya turunkan harga minyak.

Kedua. Harga minyak dunia sekarang berada di paras USD 60 per tong. Maka ini bermaksud anggaran harga jualannya di negara ini sepatutnya lebih murah lagi dari harga jualan sedia ada. Bukan saja subsidi dimahsuhkan secara automatik bahkan, harganya juga perlu lebih rendah memandangkan kos untuk memproses minyak semakin berkurangan.

Ketiga. Ahmad Maslan perlu memberikan bukti bahawa dia telah menyediakan satu plan kepada jawatankuasa dasar fiskal bagi mengurangkan harga minyak jualan di negara ini bagi membuktikan kepada rakyat dia telah menunaikan janji2nya.

Sekarang, Ahmad Maslan, bila lue nak tunaikan janji2 lue?

Gua tunggu neh.. tunggu.. tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok... 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...