Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Disember 2014

FELDA Saman Nik Nazmi 10 Juta.


Felda sentap lah plak.

1. Felda kemukakan tuntutan saman kepada Nik Nazmi kerana Nik Nazmi mengaitkan Ketua Pengarahnya, Datuk Faizoull Ahmad, ialah individu yang dikehendaki oleh polis antarabangsa pada 11 September yang lepas.

2. Felda melalui peguam Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam surat tuntutan bertarikh 27 November lalu meminta ketua Pemuda PKR itu membayar gantirugi RM10 juta dan memohon maaf dalam tempoh 7 hari kerana menurut mereka Nik Nazmi sedang menyebarkan satu kenyataan yang TIDAK BERASAS dan FITNAH.

3. Wakil guaman FELDA juga menyatakan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu sangat serius dan berupaya mencemarkan kredibliti, reputasi dan imej anak guam kami selama bertahun2.

4. Namun Nik Nazmi mempertahankan dakwaannya dengan enggan meminta maaf bahkan bersedia membawa kes tersebut untuk dibicarakan kerana menurut Nik Nazmi, perkara tersebut dibangkitkan dengan mengambilkira kepentingan dan hak rakyat atas kedudukannya sebagai adun dan ahli politik di negara neh.

Nik Nazmi tak takut woo.. nampak gayanya dia tak heran.

Stail orang2 politik sekarang.

Cakap sikit - saman orang. Nak bagi orang rasa kecut perut.
Belum tentu yang dedahkan tue melakukan fitnah. Tapi persepsi orang awam kadang2 anggap yang disaman itu melakukan fitnah. Padahal saman juga dijadikan sebagai alat untuk menutup mulut2 pihak tertentu daripada membongkarkan kebenaran.

Melihatkan kepada keberanian Nik Nazmi, aku rasa dia mesti dah timbang baik buruk sebelum keluarkan kenyataan tersebut. Takpe. Sama2 tunggu proses perbicaraan tue nanti. Mana tau. Kot2 banyak perkara dalam kain FELDA akan dibongkarkan dalam mahkamah kelak.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...