Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Disember 2014

Saya Sokong Perlantikkan Muller Sebagai CEO Baru MAS Biarpun Gajinya 6 Juta Setahun.

Laporan Malaysia Gazette yang menyatakan syarikat penerbangan nasional Ireland membayar hampir RM6 juta (1.29 juta Euro) pada tahun lalu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Aer Lingus, Christoph R. Muller. Muller akan menerajui Malaysia Airlines (MAS) mulai 2015.
Jumlah itu meningkat dari kira-kira RM5.3 juta (1.24 juta Euro) pada tahun 2011, yang dipetik dari laporan online Independent Ireland.
Laporan itu menyebut, pendapatan Muller untuk tahu lalu itu termasuk gaji kira-kira RM2 juta (475,000 Euro), sumbangan untuk pencen RM507,000 (119,00 Euro), bonus berkaitan prestasi RM2.8 juta (647,000 Euro) dan lain-lain faedah kira-kira RM220,000 (52,000 Euro).
Berapa agaknya yang akan dibayar kepada Muller kerana MAS sendiri belum mendedahkan gaji yang bakal dibayar kepada Muller yang akan menerajui syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Dah baca? Oke. Kita hurai satu persatu.

Semua kekecohan ini bermula dari Mahathir. 

- Mahathir start sindir Khazanah Nasional dan kepimpinan Najib yang melantik Muller sebagai CEO MAS New Co sebagai orang Malaysia neh bodoh dan lama kelamaan PM pun dari keturunan orang putih.

- Padahal. Dia buat2 tak sedar. Usah kata kepimpinan dalam negara, kerabat diraja pun dah lama bercampur baur dengan keturunan mat salleh. Itu yang si UMNO dok sibuk arah kita pertahankan plak. Monarki kemelayuan la sangat. Tak dengar pun si Mahathir mempersoalkan benda2 macam tue?

- Isunya. Kenapa Mahathir dengki dan meluat sangat dengan bakal CEO MAS yang baru neh? Bukan hanya Muller. Bahkan orang2 dalam PR sendiri meroyan dengan perlantikkan Muller.

- Sebab gajinya ke?

- Atau sebab bangsanya?

- Atau sebab peribadi? Seperti kepentingan dia atau orang2 dia yang bakal kena kacau ke?

- Aku tatau.

- Pendirian aku simple. Aku setuju kerajaan lantik Muller sebagai CEO MAS yang baru. Jika kerajaan kata ini adalah tindakan untuk menyelamatkan MAS, maka aku nak tengok apakah betul atau tidak Muller mampu menyelamatkan MAS. 

- Satu lagi. Muller neh bukan orang Malaysia.

- Disebabkan dia bukan orang Malaysia maka keyakinan pelabur dan pasaran luar mungkin memberikan lebihan kredit kepada Muller atas kapasiti dia 'orang putih' yang diamanahkan untuk menyelamatkan intergriti, kredibliti dan kewujudan syarikat MAS itu sendiri.

- Lantikan dia satu lagi, bukan atas kronisme dan nepotisme. Dia bukan ahli UMNO. Bukan orang BN. Bukan orang PR. Bukan orang sini. Takde favoritism dengan sesiapa atau terlibat dalam mana2 partisan, organisasi politik atau apa. Berdasarkan pengalaman, maka ini keputusan yang dibuat oleh kerajaan. 

- Namun dalam waktu yang sama, kerajaan masih mengekalkan mangkok2 ayun yang tak guna dalam MAS. Jika kerajaan ada niat mahu menyelamatkan MAS, kerajaan juga memasang niat mahu menyelamatkan kroni2 yang tak guna dalam MAS. Kalau macam tue, macam mana Muller nak buat kerja kalau akhirnya nanti kerajaan akan mempolitikkan beberapa keputusan dan strategi demi menyelamatkan geng2 kerajaan dalam MAS.

- Nampak? Nampak?

- Daripada mempertikaikan perlantikkan Muller, kekalkan beberapa mangkok2 ayun UMNO dalam MAS itu lebih bermasalah dan patut dipertikaikan lagi sebenarnya. Muller perlu diberikan peluang untuk menunjukkan prestasinya. Keputusan kerajaan untuk melantik Muller, perlu diberikan peluang selagi mana kita tiada apa2 bukti yang boleh mematahkan atau mencalarkan intergriti Muller. Unless, kita sudah ada fakta yang Muller neh BULLSHIT. Boleh la sembang pongpang2 lawan, bantah, bidas atau apa. Ini tanpa apa2 fakta solid, beria2 nak bantah sebab dia ORANG PUTIH?

- Kenapa merepek sangat tue? Bukan dia dilantik jadi PM sekalipun. Dia hanya CEO sementara bukan CEO seumur hidup. Dia ada tarikh luput. Paling kurang pun, dia ada tarikh mati. Dia terikat dengan perjanjian ketika menjawat jawatan CEO. Bukan mai panggil lantik buta2 jek. Alahai.

- Bila dia gagal jalankan tugas, boleh bidas dia time tue. Sementara dia belum bermula, semua patut relax dan bertenang dulu. Tak payah ikut gendang Mahathir dan beberapa geng2 gila dalam UMNO dan BN tue.

- Jika. Orang melayu dilantik sebagai CEO kat dalam mana2 syarikat besar di luar negara. Bagi kita. Itu merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Bayangkan. Jika reaksi rakyat di negara tersebut seperti melayu kat negara neh. Apa kau rasa? Kau taknak orang discriminate bakat dan pengalaman bangsa kau, tapi kau discriminate pengalaman dan bakat bangsa lain takpe pula ek?

- Orang2 Malaysia pada aku memang bebalisme. Bukan semua tapi ada. Sepatutnya. Berikan Muller peluang berdasarkan pengalaman dia. Cedok cara dia buat kerja. Belajar. Perhati. Dan jadikan ia sebagai pengalaman kita pula di kemudian hari.

- Orang2 UMNO yang bebalisme yang komplen perlantikkan Muller neh sebenarnya melakukan kerja yang tolol lagi bebal nak mampos. Kalau tak lantik Muller nak lantik sapa? Nak lantik orang2 UMNO gak sebagai CEO? Hello kawan, orang2 UMNO semua BODOH NAK MAMPOS kot. Atau nak lantik orang2 BN? Orang2 BN pun sama BODOH nak mampos kot. Kerajaan takan nak letak orang2 PR plak dalam MAS? Mesti letak geng2 dia gak. Dah alang2 orang dia plak BODOH, nak letak orang PR plak tak bleh atas dasar perbezaan politik, baik letak orang luar. Nampak? Nampakk?

- Antara pengalaman Muller ;
Sementara itu, dalam satu kenyataan pada Jumaat, Khazanah Nasional Bhd berkata Mueller telah melaksanakan proses pemulihan korporat Lufthansa antara 1994 dan 1999 sebagai Naib Presiden Kanan bagi pengurusan rangkaian dan perancangan korporat.
"Warga Jerman itu yang merupakan CEO Aer Lingus sejak 2009, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan.
"Di bawah penyeliaan beliau, Aer Lingus menceburi pasaran dan model perniagaan baharu. Syarikat berjaya memperbaiki kedudukannya daripada hanya model perniagaan dengan perniagaan kepada model perniagaan dengan pengguna membabitkan pengedaran 90 peratus dalam talian," kata kenyataan itu.
Pada 1999, Mueller beralih ke Sabena S.A, yang merupakan sebahagian daripada Swissair Group, sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum menjadi CEO Sabena Group.
"Mueller membangunkan siri rancangan untuk disesuaikan dengan pemegangan saham kerajaan Belgium termasuk program pengurangan kos utama. "Secara keseluruhan, beliau mempunyai pengalaman kira-kira 10 tahun sebagai ketua eksekutif di bahagian dan kumpulan dalam sektor penerbangan, dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam lembaga pengarah, termasuk dalam sektor pelancongan," kata kenyataan itu.

- Dan baca apa laporan yang disiarkan oleh media luar negara dari Irish.



Even orang luar pun anggap tugas menyelamatkan MAS ialah kerja yang sukar bagi individu seperti Muller yang mempunyai pengalaman yang luar dalam syarikat penerbangan antarabangsa. Nampak sangat MAS ialah sebuah syarikat penerbangan yang dianggap NYAWA DI HUJUNG TANDUK oleh mereka semua. Geng2 penerbangan memberikan persepsi bahawa riwayat MAS akan berakhir tak berapa lama lagi. Muller sebelum neh berkhidmat di Lufthansa. Syarikat Lufthansa ialah syarikat penerbangan dari Jerman. Syarikat itu direkodkan sebagai syarikat penerbangan terbesar di Europe. Ini antara pengalaman dia.

- Sepatutnya. Kita gunakan pengalaman dia sebaik2nya. Jika dia mampu menyelamatkan MAS, ia bukan kerugian buat kita. Jika sebaliknya, kontraknya akan ditamatkan. Kita perlu cari jalan lain untuk selamatkan MAS. Ini adalah salah satu usaha dari kita. 

- Ada yang mempertikaikan bahawa Muller akan dapat kurang2 6 juta setahun. Kalau pun 6 juta setahun tiada masalah pada aku. Berbaloi. Daripada rugi 5 juta sehari. Menurut Wahid Omar, menteri di JPM, MAS ketika ini rugi 5 juta sehari, tahu tak? Rugi 5 juta sehari atau bayar gaji orang 6 juta setahun untuk elakkan dari terus rugi 5 juta sehari, mana lagi baik?

Aku bukan apa. Aku kesian pada kakitangan MAS yang terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan disebabkan MAS dipengaruhi unsur2 politicsma. Bila aku nampak Khazanah Nasional mula membuat satu keputusan yang diluar dari unsur2 kepolitiking, aku rasa aku perlu sokong usaha tersebut. Perlantikkan Muller pada aku berdasarkan judgement yang mana kerajaan akan bagi all out untuk selamatkan MAS buat kali terakhir. Dan andaikata ianya sudah tiada harapan lagi, maka MAS akan ditamatkan riwayatnya selepas perlantikkan Muller gagal menyelamatkan MAS. Ini pendapat aku apa yang kerajaan nak buat ketika ini. Cuma. Sedikit sebanyak ia akan memberikan kesan yang teruk pada pembayar cukai seperti kita.

Untuk menyelamatkan MAS, kerajaan perlukan dana.

Dana itu tidak datang bergolek. Ia datang terus dari poket rakyat kepada MAS.

Ini antara risiko besar yang rakyat perlu tanggung selepas BN mempolitikkan MAS dengan unsur2 kronisme, nepotisme dan tender2 yang tak masuk akal demi memberikan keuntungan kepada syarikat2 tersebut agar mereka ada pendapatan bulanan dan tahunan. 

Ibarat kita beri peluang pada perompak, untuk lantik hakim bagi membetulkan keadaan dalam waktu yang sama hakim tersebut terpaksa bekerjasama dengan perompak bagi membetulkan perkara yang salah. Tugas Muller pada aku memang sukar.

Bai.  

Rujukan : http://www.irishtimes.com/business/transport-and-tourism/toughest-job-in-aviation-for-former-aer-lingus-ceo-1.2030021

http://themalaysianreserve.com/new/story/mas-unions-accept-muellers-appointment

http://themalaysianreserve.com/new/story/mas-unions-accept-muellers-appointment

http://www.utusan.com.my/berita/politik/kaji-semula-lantik-pakar-asing-sebagai-ceo-mas-pemuda-umno-1.34475

http://www.malaysiagazette.com/ms/ekonomi/gaji-terakhir-bakal-ceo-mas-hampir-rm6-juta-setahun

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/12/07/mueller-a-perfect-match-for-mas/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...