Sabtu, 6 Disember 2014

Orang Malaysia Bodoh, Tidak Tahu Urus MAS - Mahathir.

 
Orang Malaysia memang bodoh. Aku, ko dan kita semua. Masing2 bodoh dengan cara tersendiri. Ada yang bodoh undi BN berkali2. Ada yang bodoh dengan berjuang tanpa landasan ilmu dan konsisten. Ada yang bodoh sebab tak suka sebar fakta dan gemar kempen2 isu bodoh lagi membodohkan umat. Ada yang bodoh sebab tau dah MAS rugi selama neh bertahun2, makan juta, then bail out, rugi lagi, juta lagi lebur, bail out lagi, semua tahu, rakyat tahu, aku tahu, ko tahu, pembangkang tahu, MAS tahu, pemimpin negara tahu tapi kita tak mengambil apa2 pendekatan HOLISTIK (tiru Najib) untuk menyelesaikan krisis dalaman MAS sehingga la peristiwa MH370 dan MH17 berlaku.

Memang kita semua bodoh. Dengan cara tersendiri. Bila dah terhantuk. Baru nak tergandah. Harap2 CEO dari luar negara boleh membantu membina semula MAS yang dah NAZAK. Dan harap2. Kerajaan tidak lagi mempolitikkan MAS atas apa2 tujuan sekalipun. Lepaskanla MAS dari unsur2 politicsma. Biar la mereka yang benar2 berkelayakan, berkredibliti menguruskan MAS. Mereka2 yang bersih, amanah dan berintergriti. Takmo ada lantikan atas nama politik, kroni dan nepotisma. Dah berjuta2 ringgit duit rakyat dilabur untuk bailout MAS. Orang miskin orang kaya semua bergabung nak selamatkan MAS. Sudah sampai masanya untuk MAS mendapatkan keuntungan melalui usaha sendiri tanpa perlu bantuan dari wang pembayar cukai (bailout).

Duit2 yang digunakan untuk bailout MAS selama neh membolehkan beribu2 unit perumahan kos rendah dibina tau.
 
Banyak kan?
 
Memang banyak.
 
Moga2 dengan perlantikkan CEO baru dari luar negara neh membolehkan MAS kembali untung tanpa rakyat perlu bailoutnya lagi dan lagi seperti 10 tahun terakhir neh.. 

Fikir2kanla ek.

"Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
 
Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.
 
Beliau berkata lagi tidak hairan jika 'orang luar' diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.
 
"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...