Ini sumber dalaman pejabat CM katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Hadoi.
Lawak gile.
Bantahan apa sedara? Bantahan pun biar la atas benda yang terbukti sahih akan berlaku. Ini bantahan atas perkara fitnah. Nak melawak ke apa neh sedara?
Menurut laporan yang dipetik dari TMI ;
- LGE telah keluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
- Tiada mana2 jalan nama termasuk persiaran Gurney akan ditukar kepada persiaran Chin Peng.
- Satu laporan polis telah dibuat bagi menyiasat penyebaran laporan yang tidak berasas tersebut.
- LGE juga meminta ketua pemuda UMNO Penang, iaitu Rafizal Abdul Halim menyerahkan bukti bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang berhasrat menukar nama jalan persiaran Gurney kepada persiaran Chin Peng.
- Menurut LGE, dakwaan yang dibuat oleh UMNO terhadap DAP adalah bertujuan menyemai kebencian terhadap kerajaan negeri dan memupuk kebencian antara kaum di negara ini.
- Tambahan lagi, perbuatan mer-reka2 cerita itu dianggap sebagai gila dan tidak masuk akal dan bertujuan untuk mengalihkan perhatian daripada masalah yang dihadapi oleh parti (umno) tersebut.
Sebenarnya. Nama persiaran Gurney tue kalau tukar pun takda masalah. Kalau kekal pun takda masalah.
Aku tak ingat kat mana. Tapi pernah baca. Yang mana. Ada satu negara dia letak macam notis ataupun kenyataan kenapa satu2 jalan tue diberikan nama tersebut.
Kita boleh tiru tau. Persiaran Gurney dan mana2 jalan yang diletakkan nama penjajah neh, kita boleh letak satu notis ataupun kenyataan bertulis mengenai kejahatan mereka ke atas kita. Sebagai sejarah, pengajaran dan pengetahuan. Bukan nak mengungkit tapi nak menoktahkan fakta kejadian.
Oke tak cadangan aku?
Dan UMNO. Apa citer neh? Nak kalihkan tumpuan apa? Ka nak buat persepsi? Rakyat kritik nama2 jalan sedia ada yang ditukar dan dinamakan atas nama sultan. Korang rasa bengang ka? Lepas tue rakyat kritik pula monarki. Yang tue si menteri wilayah dah kalih persepsi dengan mengatakan ia cadangan dia (buat2 percaya jek neh). Rasanya isu tue dah mampos. Toksah buat kerja bangang la UMNO woi. P kerah idea selesai masalah rakyat lagi bagus.
KAH KAH KAH