Lihat ;
Kata Muhyiddin Yassin.
- Kementerian pendidikan sekarang berusaha keras bagi membela nasib penganggur2 lepasan ijazah berkaitan jurusan pendidikan.
- Antara usaha mereka ialah mewujudkan sekolah2 baru dan peluang2 pekerjaan bagi memenuhi permintaan yang semakin mendesak.
Kenyataan ini dikeluarkan pada tahun 10 Jun 2014. Rujuk sini.
Aku tak ingat bila. Pada tahun 2013 tak silap aku kerajaan ada keluarkan kenyataan bahawa jawatan pembantu guru akan diwujudkan demi meringankan kerja guru tapi sampai sekarang haram ada. Itupun janji yang tak tertunai gak.
Sekurang2nya jawatan pembantu guru boleh dipenuhi oleh lepasan siswazah jurusan pendidikan yang menganggur atas nama mencari pengalaman sebelum naik pangkat jadi guru sepenuh masa. Tapi itu pun tak tertunai. Lagi mao sembang bab pengangguran.
Berbalik isu pengangguran. Ini stastistik yang dikeluarkan oleh kementerian.
Pada tahun 2013, bulan Nov, menteri telah mendedahkan angka pengangur di negara neh.
Baca ;
Jumlah penganggur di negara ini sehingga Jun lalu adalah sebanyak 375,401 orang dengan 56 peratus daripadanya merupakan siswazah.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang manakala golongan bukan siswazah adalah 165,139 orang (44 peratus)."Pada masa ini, kementerian mengumpulkan data berhubung graduan menganggur melalui portal JobsMalaysia dan portal ini juga berperanan memadankan pencari kerja dengan kekosongan jawatan yang diiklankan," katanya.
Jumlah graduan yang masih menganggur pada ketika itu ialah 210,263.
WOW.
Itu satu angka yang besar tue.
Pada tahun 2012. Sehingga Mei 2012, kerajaan mengumumkan jumlah graduan yang masih menganggur pada ketika itu ialah 72,200.
Dan pada tahun 2010, 42,955 ialah angka graduan yang menganggur ketika itu menerusi rekod kementerian sumber manusia.
Nampak patern dia? Meningkat. Saban tahun.
Oke.
Sekarang ini jawapan kementerian mengenai punca utama pengangguran di kalangan siswazah di Malaysia.
Menurut maklum balas sektor industri, masih ramai graduan yang menganggur disebabkan kursus yang mereka ambil di universiti tidak sesuai dengan keperluan dan permintaan pasaran.Pensyarah Sains Kemanusiaan Amien Iskandar berkata, satu daripada faktor graduan sukar mendapat kerja ialah kelulusan yang ada pada mereka tidak sesuai dengan keperluan pasaran lalu menjadikan mereka tidak diperlukan.
Nampak?
Kelulusan yang ada tidak sesuai dengan kehendak pasaran. Universiti apa menawarkan kursus dan kemudiannya bila mereka keluar, rupa2nya ia tak menepati dengan kehendak pasaran.
Belajar penat2.
Siang malam belajar nak jadi top student.
Nak lulus taknak gagal taknak kecewakan ibu bapa.
Akhirnya. Bila keluar. Rupa2nya jurusan yang dia amek tak sesuai dengan kehendak pasaran.
Akai ada ka?
Belajar bukan percuma wo. Mahal nak mampos.
Sepatutnya. Ini yang Muhyiddin kena kasi settle down dulu. Dia kan kementerian pendidikan dan TPM. Dia patut bincang dengan kementerian pengajian tinggi macam mana nak atasi masalah2 universiti yang menawarkan kursus yang tidak menepati keperluan dan kehendak pasaran supaya graduan2 neh nanti tidak terperangkap dengan beban hutang dan buntu tentang hala tuju selepas habis belajar.
Itu satu. Yang kedua. Aku tatau pecahan macam mana. Tapi merujuk kepada data, sekurang2nya akhir tahun lepas, 2013, kita ada sekurang2nya 210,000 lepasan siswazah yang masih menganggur.
Jika hari tue Najib nak bawa masuk 12,000 banglasia ke Malaysia dalam sektor perladangan atas nama memenuhi kehendak pasaran (MoU). Kali neh Muhyiddin nak bawa masuk 30,000 guru dari China untuk di serap ke dalam sistem pendidikan negara.
Baca la ;
Menteri2 kita neh gila gamaknya. Asal menteri luar datang sini melawat terus bagi projek apa bagai.
PM Bangla mai dapat bawa masuk 12,000 pekerja (walaupun sekadar MoU).
China mai dapat bawa masuk 30,000 guru.
Sakit jiwa betul. Buat perjanjian macam minum air. Tak fikir2 langsung.
Sedangkan. Janji Muhyiddin nak mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah pendidikan pun kita tatau apa kesudahannya lagi.
Yang pasti kita ada data yang menunjukkan kadar pengangguran di negara ini semakin meningkat saban tahun. Mohon Muhyiddin tunaikan dulu janji dia. Adakah semua para siswazah bidang pendidikan telah mendapat kerja seperti yang dijanjikan sehingga pasaran kita mendesak kepada tenaga guru dari luar ataupun kita neh buat satu keputusan yang syok sendiri?
Tolong jawab Muhyiddin. Aku tanya kau neh. Ya. Kau. Jawab la cepat sikit kalau ada maruah.
Rujukan : http://news.abnxcess.com/bm/2014/06/masalah-siswazah-pendidikan-menganggur-dipandang-serius/
http://blog.mohe.gov.my/2012/11/punca-graduan-sukar-dapat-kerja.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131112/pa_02/56-peratus-penganggur-ialah-siswazah
KIPP Malaysia.