Fakta kajian.
1. Warna merah merujuk kepada golongan rakyat yang sangat tidak mampu untuk membeli atau memiliki rumah di kawasan tersebut.
2. Negeri2 yang termasuk dalam kategori yang rakyatnya sangat tidak mampu untuk membeli atau memiliki rumah ialah ;
- Sabah
- Sarawak
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Pulau Pinang
- Kelantan
Merujuk kepada Sabah dan Sarawak, purata pendapatan bagi isi rumah adalah lebih rendah dari semenanjung tetapi harga rumah yang ditawarkan di sesetengah tempat adalah lebih mahal berbanding semenanjung.
Purata pendapatan isi rumah tahunan di Sarawak ialah RM 36,564.00. Namun harga rumah yang ditawarkan ialah RM 330,594 per unit secara purata.
Di Sabah purata per unit bagi harga rumah ialah RM 251,731. Menurut kajian tersebut, di Sabah, harga rumah adalah 11 kali lebih tinggi berbanding purata pendapatan tahunan isi rumah bagi Sabah iaitu RM 34,320.
Sabah dan Sarawak di letakkan di kedudukan no 1 dan 2 adalah merujuk kepada jurang pendapatan yang terlalu berbeza berbanding dengan harga rumah yang ditawarkan.
Di KL purata harga seunit rumah ialah RM 576,991 berbanding dengan purata pendapatan tahunan rakyat iaitu RM 70,164 ataupun RM 5,847 purata pendapatan per bulan.
Kajian ini membuktikan rakyat yang tinggal, menetap ataupun bekerja di keenam2 negeri tersebut SANGAT TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK MEMBELI RUMAH (decent house) berbanding gaji yang mereka perolehi bagi tujuan aset pemilikan tetap.
3. Warna oren merujuk kepada situasi yang mana rakyat di negeri2 tersebut BETUL2 TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH.
4. Rumah2 yang ditawarkan berbanding gaji yang diperolehi tidak la seteruk seperti warna merah dalam carta namun penduduk di kategori ini juga tidak mampu membeli rumah kerana tangga gaji yang rendah berbanding harga rumah yang ditawarkan.
5. Negeri2 yang termasuk dalam kategori ini ialah ;
- Terengganu
- Pahang
- Perak
- Kedah
- Perlis
- Johor
6. Warna hijau merujuk kepada serdahana tidak mampu untuk memiliki atau membeli rumah.
7. Hanya dua negeri sahaja yang diletakkan dalam kategori warna hijau iaitu ;
- Negeri 9
- Melaka
8. Rakyat di kedua2 negeri itu masih boleh memiliki rumah namun harga rumah yang ditawarkan tetap mahal iaitu 3 kali ganda dari gaji purata yang mereka perolehi secara tahunan.
9. Jika harga rumah di kedua2 negeri itu tidak dikawal, penduduk disitu ber-risiko untuk SANGAT TIDAK MAMPU membeli atau memiliki rumah sendiri.
10. Menurut kajian di atas, yang dilakukan oleh Institut Rakyat, harga rumah di Malaysia masih jauh daripada apa yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa meskipun Malaysia berjaya memperbaiki indeks kemampuan rumah kebangsaan berbanding tahun sebelumnya.
Teruskan lawan harga rumah yang mahal. Atau kita tunggu masa depan kita di bawah jambatan.
Lue fikirlah sendiri.
Bai.